Teksi Oh Teksi

Dah lama nak cerita tentang pemandu teksi di KL. duta kecil adalah gelaran yang biasa diberi kepada pemandu teksi. Oleh kerana pemandu teksi ni berjumpa secara terus dengan pelancong mungkin itu sebabnya mereka layak bergelar duta kecil. Memperkenalkan KL khasnya dan Malaysia amnya kepada pelancong. Khidmatnya kepada masyarakat tak siapa mampu pertikai.

Tapi…..

Disamping itu juga banyak kedengaran di sana sini pemandu teksi menipu pelanggan, tipu meter, mengenakan tambang yang terlalu mahal dan sebagainya. Tak kurang juga yang merungut, pemandu teksi bawak teksi macam sial. Menukar lorong sesuka hati, menghimpit kereta lain tanpa belas kasihan, parking ikut suka mak bapak dia dan paling menakutkan mereka terlibat dengan aktiviti jenayah.

Ngeri juga bila nak naik teksi. Terpaksa tengok dulu penampilan dirinya. Alhamdulillah inisiatif kerajaan telah menyediakan perkhidmatan pemandu teksi wanita. Tapi itu pun belum boleh menjamin mereka tidak ganas di atas jalan raya.

Ragam pemandu teksi yang paling tak dapat diterima ialah bawak kereta bagai orang gila. Suka suki je nak berhenti. Mencelah dan langsung tak hormat pengguna jalanraya lain.

Bila kena maki dari awal pagi sampai dinihari, macam mana nak berkat rezeki yang diperolehi? Bila tiada keberkatan dalam rezeki, mulah menuntut nak naikkan harga tambang teksi. Apa taknya, duit yang diterima rasa sentiasa tak mencukupi.

Abang teksi jangan la terasa hati. Saya cuma meluahkan rasa hati. Tak terniat pun nak dengki. Yang buruk, yang busuk, cubalah baiki. Agar anda tak dimaki.


29 thoughts on “Teksi Oh Teksi

  1. jangan bergaduh dengan teksi di jalanraya.. kalau berebut di simpang tu kita beralah tidak mengapa. aku merasakan yang mereka telah terlalu lama berada diatas jalan raya dan ini menyebabkan tumpuan mereka menjadi semakin lemah.. masuk simpang sesuka hati, berhenti sesuka hati.. ini menunjukkan yang mereka sudah terlalu letih.. kerja kuat mungkin nak menyara anak sekolah.. kadang kadang kesian melihat mereka mencari rezeki hingga membahayakan nyawa mereka dan orang lain..

  2. Aku pun dah byk kali kena dgn pmandu teksi ni..hampir2 kena himpit time dia sesuka hati tukar lorong..aku malas cakap byk la..bkn nk kutuk tp sbb tu la diorang ni bwk teksi..tuhan x bg diorg ni bwk bmw atau merc..sbb drive teksi ni cukup2 kurang ajar!
    sorry la bro2 teksi ek..mmg korang dr kecik biadap..

  3. Pingback: Skim Bantuan Tayar Untuk Pemandu Teksi, Jangan Buat Hal Lagi | Blog Cikgu Hairul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge