Tolonglah Sayang Duit RM500

20120425-064041.jpg

Peringatan buat warga kota. Denggi sedang menyerang. Sana sini kain rentang. Awas kawasan anda diserang denggi.

Ohhh takutnya! Pengalaman isteri masuk hospital disyakki dengi benar-benar buat saya insaf. Sekarang ni pantang jumpa bekas berisi air. Terus telungkup je. Nyamuk Aedes ni pantang jumpa bekas air bertakung, mesti nak bertelur.

Kalau saya balik kampung, saya akan cari tempat-tempat air bertakung ni. Jumpa dan musnah. Itu je misinya. Sangat fobia eh..

Demam denggi boleh jadi wabak yang sukar dikawal. Dalam kenyataan akhbar kementerian kesihatan [download] ada disebutkan perangkaan terperinci kes denggi sehingga 14 April 2012.

Memang betul-betul membimbangkan.

Setakat ni Selangor menjadi penyumbang besar nyamuk Aedes. Puncanya sikap masyarakat yang tak mahu bekerjasama untuk memusnahkan tempat pembiakan aedes. Itu kata pengarah kesihatan Malaysia la. Hakikatnya memang betul pun. Kalau ada gotong royong sikit sangat yang turut serta. Itu melalui pandangan mata kepala saya. Tempat lain tak tahu le.

RM500 untuk seekor jentik-jentik.

Itu harga yang perlu kita bayar kalau pegawai kesihatan jumpa jentik-jentik di premis kita. Biasanya nyamuk aedes bertelur antara 50-500 biji sekali bertelur. Kalau ada 250 ekor je yang jadi jentik-jentik berapa agaknya kita kena bayar?

Sayangilah RM500 anda semua..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

    • Macam tak keruan je bila orang tersayang kena denggi. Masa tu mulalah fikir yg bukan2. Sampaikan tengok baju pun boleh terfikir, sapala yang nak pakai lepas ni.. Hehehe

  1. kt kg saya mmg depa cek setiap minggu…mmg sbab kt situ ada sawah ada juga air,,ada juga warga2 tua terkena..anak2 mudah smua dh berhijarh ke ibu kota huhu..