Usaha vs Nasib

Situasi 1 : “Aku dah study sungguh-sungguh, tapi keputusan exam aku cuma cukup-cukup makan je”

Situasi 2 : “Walaupun aku tak study, tengoklah keputusan aku memang terbaik la.”

Pernah tak dengar dialog macam tu? Antara kedua-dua situasi tersebut mana agaknya yang lebih baik? Usaha dan gagal atau tak usaha tapi berjaya?

Dari segi motivasinya, situasi 1 tu lebih baik. Tetapi adakah kita masih mengharapkan kepada nasib?

Sebelum tu cuba lihat difinisi usaha dan nasib. Usaha ialah satu perbuatan bagi mencapai satu kejayaan samada secara betul atau salah. Nasib pulak ialah bukan tindakan atau perbuatan, hanya menunggu sesuatu kejayaan tanpa berbuat apa-apa.

Adakah dengan berusaha kita akan berjaya? Biasanya orang yang berusaha akan berjaya. Contohnya, kalau anda nak makan nasi dan berusaha menyuap menggunakan tangan. Dengan usaha anda itu, sepanjang anda makan menggunakan tangan adakah pernah tak masuk dalam mulut? Mungkin ada sekali dua. Itu pun masa makan anda diganggu atau masa tengah mamai.

Berbeza dengan orang yang cuma mengharapkan nasib. Duduk diam depan pinggan dan mengharapkan nasi itu masuk mulut sendiri. Kalau nasib baik nasi itu masuk mulut sendiri. Bolehkah macam tu? Boleh kalau anda orang yang ternama, orang glamour dan ada orang baik hati menyuapkan nasi ke mulut anda. Kalau setakat kita ni orang biasa, jangan harap la ada orang yang nak tolong suapkan.

Kadang-kadang kita sudah berusaha sedaya upaya. Tapi kejayaan tak berpihak kepada kita. Janganlah risau dan berputus asa. Selalunya orang yang berusaha akan mendapat nasib yang baik. Jarang-jarang jumpa orang yang nasibnya baik tanpa usaha. Berusaha untuk mendapatkan nasib yang baik itu sebaiknya.

p/s: Sekadar menyampaikan apa yang didengar di radio pagi tadi.

Cikgu Hairul

Tak banyak yang mampu ku ungkapkan tentang diriku. Aku hanyalah seorang manusia biasa sama seperti yang lain. Semua tulisan hanyalah pandangan peribadi.

More Posts - Twitter - Facebook - Google Plus


19 thoughts on “Usaha vs Nasib

  1. dialog no. 2 tu boleh buat orang yg dalam dialog no.1 tensen. tambah2 lagi bila kena provoke ntuk stop berusaha dan harap pada nasib ja.

    tensen woo bila member datang ckp “jom la lepak2 layan game. study banyak2 pon bukan leh score” sedangkan korang ada exam esok lusa.
    Baca Post Menarik dari kodinz …Tips Untuk Kurangkan Bounce Rate BlogMy Profile

  2. Lagi kureng kalo ayatnya..”ala,ikut nasibla..kalo ada kita dapat”..semua nk ikut nasib.sejak bila nasib jd leader kita?sebaliknya kita yang kene tentukan nasib kita sendiri..Firman Allah juga menyatakan bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kalau kaum itu tidak berusaha untuk mengubahnya..so,berusaha lah kita untuk sesuatu yang lebih baik,moga Allah mudahkan urusan kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge