Pernahkah korang merasa sangat mengantuk? Rasa mengantuk sampai nak bukak mata pun tak boleh. Aku selalu sangat menghadapi situasi macam ni. Lagi-lagi masa drive. Perjalanan jauh dari utara ke selatan di panas terik mentari menyebabkan aku boleh terlelap. Sangat-sangat bahaya! Dulu masa aku kerja shift malam, mengantuk adalah sesuatu yang biasa. Bila berjaga seharian mengantuk tak dapat dielakkan. Memandu juga macam orang mabuk. Ke kanan dan ke kiri. Silap-silap terbalik kereta dan total … [Read more...]
Archives for October 2011
Percaya Tapi Tidak Yakin
Seorang lelaki separuh umur kelihatan mundar mandir dalam satu pertunjukkan funfir. Dia tertarik dengan sekumpulan orang ramai yang sedang berkerumun di suatu sudut. Lelaki itu terus menyertai kumpulan tersebut. Kelihatan seorang pemanah sedang menunjukkan kehebatannya. Aksi pertama pemanah itu memanah sasaran sejauh 50meter. Tepat mengenai sasaran. Orang ramai bertepuk tangan. Aksi seterusnya pemanah itu meletakkan sebiji epal di atas kepala rakannya. Lalu dengan yakin dia memanah epal itu. … [Read more...]
Protes Senyap
Kesan berantai daripada pengumuman kenaikkan gaji, bonus dan imbuhan rakyat semakin dirasai. Sana-sini kedengaran rungutan harga barang naik. Orang kaya semakin gembira, orang miskin semakin derita. Itulah gambaran sebuah negara kapitalis. CUPEC baru-baru ni mengumumkan akan menggesa ahli-ahlinya yang terdiri daripada kakitangan kerajaan membuat protes senyap. Protes bagi memboikot kenaikkan harga barangan yang semakin menjadi-jadi. Apa rasionalnya protes tersebut? Adakah peniaga akan menurunkan … [Read more...]
Kenapa Marah Orang Filem?
Filem kita semakin carca marba, merapu, mengarut dan tak berkualiti. Itu kata orang. Ramai yang marah dan beremosi bila karyawan kita menonjolkan cerita-cerita sebegitu. Macam sekarang, dari cerita gangsterisma, khurafat, cintan cintun, sex 18 SX dan macam-macam lagi. Alasan yang diberikan oleh penerbit ialah mendidik masyarakat. Sejauh mana nak mendidik aku kurang pasti. Bila ada kontervesi penayangan filem, semua orang bukak mata. Namawee yang hina Islam tu pun bila buat filem semua orang bukak … [Read more...]
Sup GearBox Cindai
Namanya saja dah buat aku teruja. Macam best je nak makan kat sini. Gerai yang terletak di Bandar Tun Razak ini menyediakan pelbagai jenis masakan alakad. Makanan istemewa di gerai ini Sup GearBox. Pada aku ianya tak mengecewakan. Destinasi pengembaraan mencari makan kali ini singgah sebentar untuk merasai kenikmatan sebenar sup oleh Pak Usop. Peniaga ini bermula dengan berniaga di Bazar Ramadhan. Terkenal dengan panggilan Usop Daging, gerai sup gear boxnya mendapat sambutan yang hangat dari … [Read more...]
Ikut Salah, Tak Ikut Pun Salah
Apa nak dikata. Dah itu memang sifat semulajadi manusia. Selalu tak puas hati dengan apa yang dia dapat. Juga tidak puas hati dengan apa yang orang buat. Susah sangat nak memuaskan hati semua orang.Memang tak akan dapat puaskan hati semua orang pun. Itu mustahil! Aku tertarik dengan cerita sembang politik masa kini. Aku juga tercuit dengan cerita umat islam masa kini. Masing-masing saling menyalahkan. Mengaku pihaknya betul. Aku senyum je.. HIMPUN yang akan diadakan sebentar lagi dipandang sepi. … [Read more...]
Musim Konvokesyen : Selamat Datang Pencari Kerja
Sana-sini majlis konvokesyen. Tiap-tiap minggu dalam bulan September sampai bulan Oktober dipenuhi dengan majlis yang gilang gemilang itu. Berapa ramai ye graduan yang dikeluarkan tahun ni? Aku agak-agak paling kurang pun 10000. Yelah kita kan banyak universiti. Itu tak termasuk universiti luar negara. Sangat ramai kan? Apa akan jadi kalau pasaran pekerjaan tak dapat menempatkan jumlah graduan ini? Sudah semestinya akan ada ramai penganggur di Malaysia. Tambahan pulak kerajaan dan swasta dah … [Read more...]
Harga iPhone 4S Cuma RM620
Dalam masa 3 hari sahaja iPhone 4S dah berjaya dijual sebanyak 4juta unit. (4,000,000 unit). Wow! banyak tu.- sumber. Antara faktor yang menyumbang kepada kegilaan peminat Apple ialah HARGA. Sebelum ni iPhone 4 dijual pada harga yang tak masuk akal (pada pendapatan aku je la). Dengan harga yang boleh buat orang terkejang tu pun masih ramai yang mampu memiliki gadjet canggih lagi tak bermaya tu, inikan pulak bila harganya cantik. Aku katakan cantik sebab ia dijual pada harga bawah RM1000 (kalau … [Read more...]
Ini Sahaja Kelajuan P1 WiMax
Speed test ni di buat untuk mengukur kelajuan broadband P1 Wimax. Malangnya apa yang dijanjikan ibarat menanam tebu di pinggir bibir.. Setakat ni je kelajuan yang mampi mereka berikan. Dalam perjanjian untuk pakej Home Lite, kelajuan dijanjikan adalah 400kbps. Ni cuma 100kbps jer. 50% pun tak sampai. Hai la.. Idip-idup kau tipu aku. Bila nak terminate kena bayar la pulak. Katanya melanggar perjanjian kontrak. Abistu kalau kau langgar kontrak tak de pulak nak bayar kat aku. Nampaknya P1 wimax dah … [Read more...]
You have exceeded your monthly usage quota
We would like to inform you that you have exceeded your monthly Usage Quota as of Thursday, October 13, 2011 4:36:09 PM.You can continue enjoying your P1 4G service for FREE but at much reduced speeds. Don't worry, your full speed will be reinstated when your new billing cycle starts! Email serta merta beserta popup dan sms hampir serentak aku terima. Ayat lebih kurang sama macam ayat kat atas tu. Bila kuota bulanan yang sepatutnya berakhir setiap 28 haribulan dah habis, cepat sungguh mereka … [Read more...]