Saya kagum bila tengok kawan-kawan yang baru beli domain, berblogging dalam masa singkat dah dapat PR2. Contohnya blog bro Benjy. Dalam masa tak sampai setahun berdomain dot com, benjy berjaya menaikkan ranking dan PRnya. Itulah penangan seorang pakar. Begitu juga dengan banyak perkara sekeliling kita yang saya kagum. LRT bawah tanah, KLCC, matahari, bulan, bintang, pokok, binatang dan macam-macam lagilah. Kalau difikirkan dengan akal biasa, ia mustahil untuk dibuat. Semestinya penciptanya … [Read more...]
Archives for June 2012
Alternatif Kepada PTPTN, FGVH Menawarkan Biasiswa
Sesiapa yang berhajat tak mau berhutang dengan PTPTN, FGVH adalah alternatifnya. Ini satu berita baik untuk para graduan yang nak pendidikan percuma. FGVH memperuntukkan RM 25juta untuk menaja pelajar cerdik sahaja. Sebab apa saya kata hanya pelajar cerdik? Sebabnya syarat untuk memohon ialah cemerlang SPM dengan keputusan SPM 9A dan keatas. Punyalah susah nak memohon, pada tahun ni je seramai 4000 orang mohon tapi yang berjaya cuma 8 orang. Memang persaingan yang sengit. Mereka yang benar-benar … [Read more...]
Kekurangan Guru Sukar Diatasi, Cikgu Juga yang salah
Seperti yang dilaporkan di Utusan, kekurangan guru sukar diatasi. Persoalannya kenapa? Panjang lebar pihak-pihak berkenaan bagi sebab. Semua salah cikgu. Bila dipindahkan masing-masing tak nak. Bila ditempatkan di kawasan pedalaman, masing-masing menolak. Betul ke? Oleh sebab kedegilan cikgu taknak pindah, taknak ditempatkan di luar bandar, taknak berpisah dengan pasangan, maka kerajaan tak dapat mengatasi kekurangan guru? Kerajaan tak dapat melaksanakan penambahan guru dengan lebih cekap? Apa … [Read more...]
Monday blues
Assalammualaikum, selamat pagi. Awal hari ni sampai tempat kerja. Rasa segar sangat. Tak sabar nak memulakan tugasan. Sampai-sampai tempat kerja terus capai iPad dan bukak blog yang baru release dari di suspended selama dua hari. Nak buat kerja masih terlalu awal. Sambil menunggu kawan-kawan datang, buatla apa-apa yang patut dulu. Hari Isnin orang biasa kaitkan dengan Monday Blues. Hari kemalasan, hari kepenatan, hari malas nak bangun dan pegi kerja. Cerita ni dari dulu sampai sekarang. Tak … [Read more...]
Jangan Buat 8 Perkara Ni Bila Putus Cinta Tau
Sapa pernah putus cinta? Frust menonggeng la orang kata. Tak sekali mesti dua kali. Apa yang korang buat? Yang ni tips dari saya. Dari pengalaman sendiri, juga rakan-rakan sekerja. Nah terimalah 8 perkara yang tak perlu anda buat bila frust menonggeng. Meratap dan Menangis. Orang kata menangislah sepuas-puasnya. Gila apa.. Si dia gembira dengan pakwa baru, kita nak meratap tak kira masa. Sudah-sudah la tu. Tak payah menangis lagi. Simpan air mata tu untuk dosa yang pernah kita lakukan. Bukan … [Read more...]
Jerebu di Kuala Lumpur
Keluar dari masjid tadi cuaca redup tapi berbahang. Panas dan berpeluh-peluh sampai rasa macam nak masuk dalam kolah. Tengok di langit, jerebu tengah melanda. Putih menyelubungi bumi. Hari Jumaat pulak tu. Rasa insaf sekejap. Adakah ini harinya? Tazkirah dan khutbah hari ni cerita tentang Israk dan Mikraj. Dah berulang-ulang cerita tu. Tanpa bosan, tanpa jemu. Pengajarannya tak seperti yang dijangkakan. Sedikit tersentuh bila ustaz kata masih ramai yang tahu kesah Israk Mikraj tapi tak ambil … [Read more...]
Menular
Orang kita suka pada yang mudah-mudah, yang ringkas-ringkas. Kalau boleh hari ni tanam pokok esok terus boleh tuai hasil. Mungkin sebab itu ramai yang terjebak dengan skim cepat kaya. Tapi mana mungkin ada jalan pintas dalam kejayaan. Dalam penulisan, meringkaskan sesuatu perkataan dengan singkatan standard memang biasa. Lebih-lebih lagi dalam komunikasi canggih sms dan email. Apa yang jadi masalah ialah bila penggunaan singkatan yang tidak standard. Saya melihat fenomena ringkas ini dalam … [Read more...]
Makan Time
Tadi ada orang belanja makan KFC. Makan ramai-ramai macam ni memang seronok. Sepakat membawa berkat la orang kata. Ini juga dapat mengeratkan tali persahabatan sesama rakan sekerja. Apa yang pasti ini bukan bos yang belanja. Hahahah... Layan dulu la kerenah kami makan. Semua tak sabar. Dah disusun cantik. Tengah menunggu seseorang yang masih dalam perjalanan. Dengar cerita ada yang tak makan dari pagi semata-mata nak membaham apa yang ada petang ni. Hahhaha. Habis je bacaan doa dari Ustaz … [Read more...]
Tempahan Baju Raya Dah Tutup
Baru je nak buat baju raya, bila sampai ke kedai rupanya dah dua minggu tutup. Tahun ni ramai yang buat keputusan bijak. Buat persiapan seawal mungkin. Pelik juga kan, biasanya seminggu puasa baru tutup tempahan. Kali ni awal la pulak. Terpaksalah beli baju siap kat Masjid India. Lagi pelik orang berlumba-lumba nak buat persediaan raya, tapi persediaan puasa langsung tak terfikir. Ramadhan tinggal beberapa minggu je lagi. Puasa yang tinggal tahun lepas dah ganti ke belum? Kedai yang saya pegi ni … [Read more...]
Memperkasa Maruah
Saya malu menjadi sebahagian dari bangsa yang meminta-minta. Mana maruah diri kalian? Sudah diberi RM500, masih meminta lagi! Jangan marah andai kita dikata bangsa pengemis. Memang tak dinafikan, masih ada golongan yang memerlukan. Hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Golongan itu yang perlu kita bantu. Bukan golongan yang gagah perkasa ni. Ada yang nak melenting? Orang dah nak bagi, ambik je la. Kalau tak ambik bodoh namanya... Sekali lagi saya tanya. Mana kalian letakkan … [Read more...]