Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar dah 10 hari kita puasa. Rasa macam baru semalam je berpuasa.Peniaga bazar Ramadhan juga dah ramai yang balik modal dan kaut untung juta-juta. Kita yang membeli ni dah kira ke berapa pembaziran terkumpul setakat ni? Saya cuba membayangkan pembaziran yang berlaku semasa bulan Ramadhan terutama masa berbuka puasa. Kadang-kadang rasa takut pulak. Congak punya congak, terasa jauhnya kita dari syariat islam sebenar. Sana sini bazar Ramadhan. Nampak macam bulan … [Read more...]
Archives for July 2012
Nilai diri
Matahari mula meninggi. Perut juga mula membunyikan lagu-lagu syahdu. Mata pula memohon untuk dilelapkan barang seketika. Cuaca yang agak panas hari ini buatkan seluruh anggota badan terasa longlai. Dalam melayan hayal, tiba-tiba teringat motivasi pagi semalam. Setiap pagi corong radio dalam kereta itulah yang membuatkan hati saya jadi macam-macam rasa. Ahh kenapa menerawang jauh? Sejauh KL-JB. Tiada kaitan... Nilaian yang kita berikan kepada diri sendiri tak semestinya mengambarkan siapa kita. … [Read more...]
Isu air, ada yang lebih kritikal
Masih belum reda isu air di Selangor. Masing-masing mahu menjatuhkan satu sama lain. Nak duduk semeja menyelesaikan masalah rakyat jauh sekali. Setiap isu yang memberi manafaat kepada mereka diolah dan dimanipulasi sebaik mungkin untuk meraih undi. Ada sapa kesah? Isu lebih besar ialah kualiti air yang sangat mendukacitakan. Saya pernah membuat lawatan di logi air fasa dua sungai Selangor beberapa tahun lepas. Sedikit sebanyak ada input berguna untuk saya. Saya pun pernah tulis bagaimana air … [Read more...]
Hacked by NoEntryPhc : Terima Kasih
Bulan puasa ni ada juga yang nak pedajal orang. Tak habis-habis nak buat dosa. Hackers dari Team PHC yang buat kerja masa bulan puasa ni saya nak ucap terima kasih ye. Jasamu dikenang. Terima kasih sebab mengingatkan saya kepada beberapa lubang yang masih terdedah. Edisi siasat mendapati satu link imej dari shahabudeenjalil.com telah memaparkan message blog ini telah kamu hack. Tak apa, ini hari kamu. Nanti tak tertanggung nak terima balasan dari Allah bro. Tak tahu la samada Sahabudeenjalil ni … [Read more...]
Salam Ramadhan : Batal puasa kalau…
Bismillah, Assalammualaikum sahabat blogger semua. Sama-samalah kita berdoa semoga sempat jumpa Ramadhan 1433. Dah ready nak puasa? niat puasa, perkara yang membatalkan puasa, amalan-amalan sunat, amalan-amalan yang makruh, semua tu mesti dah terpahat rapi dalam diri masing-masing kan. Tinggal nak implimenkan je. Bermula petang ni kita kena rebut peluang yang Allah bagi sebanyak mungkin. Ini salah satu cara merempit ke syurga. Apa pun saya nak juga share beberapa perkara yang boleh membatalkan … [Read more...]
Gigih
Mereka gigih mendapatkan pelanggan. Saya sangat kagum dengan mereka yang bekerja sebagai ajen jualan langsung. Tanpa malu, tanpa segan berjumpa dari seorang ke seorang. Sikit pun tiada kekecewaan di wajah mereka kalau tiada yang membeli. Masa saya masuk kelas psikologi dulu, lecturer saya kata kalau nak buang perasaan malu, jadilah promoter. Bukan calang-calang orang sanggup buat kerja tu. Menebalkan muka, mengentalkan jiwa demi sesuap nasi. Gigihnya mereka. Saya pernah bertanya kepada mereka, … [Read more...]
Kebaikkan Duit Baru
Sapa dah dapat pegang duit baru? Saya tadi cuba dapatkan note baru RM20 di bank. Tak ada pun. Mungkin esok lusa baru ada stok kot. Tengok dari gambar Cantik, canggih dan lebih berkualiti. Itu first impression saya. Tak tau la macam mana kalau dah digunakan nanti. Saya mula la terfikir benda ni. Ada baiknya BNM keluarkan duit baru dekat-dekat nak raya ni. Dapatlah budak-budak merasa duit baru nanti. Duit yang cantik-cantik tu mesti dia sayang nak guna. Selamat... Bukan setakat budak-budak, saya … [Read more...]
Apa Agenda Disebaliknya?
Flip-flop keputusan dibuat. Satu masa dulu, handset tak dibenarkan dibawa ke sekolah. Lepas tu dibenarkan, lepas tu dilarang dan sekarang dibenarkan pulak. Dari segi kebaikkan, sesetengah pihak nampak ia satu keperluan. Ibu bapa mudah nak hubungi anak. Cerita lama.. Agak-agaknya apa agenda di sebaliknya? Sudah ada orang dalam yang mahu bikin bisneskah? Mahu meletakkan mesin topup di sekolah kah? Atau mahu jadi ejen penjual topup? Semuanya jadi tanda tanya. Tidak ingatkah kesah video pelajar … [Read more...]
Dato’ Fazley First MasterChef Selebriti Malaysia
Berminggu-minggu tengok rancangan MasterChef Selebriti. Paling teruja bila tengok Double A keluar. Entah kenapa, saya tak berapa berkenan dengan dia punya perangai. Opssss.. Heheh. Semalam lagi la excited nak tengok sapa yang dapat masuk final. Fuhh lega rasanya bila yang dapat masuk final dua-dua lelaki. Memang dah agak dah. Kat malaysia ni paling pandai masak lelaki. Hehe.. Jangan marah sayang.. Angah dan Dato' Fazley masuk final. Dua orang tu memang terbaik la. Dua-dua memang nampak hebat. … [Read more...]
Kenapa banyak typo
Cuba tengok keybord acer zaman Tengku Kudin saya ni. Huruf dan nombor dah hilang. Saya menaip main teka-teka je. Sebab tu la banyak typing error. Nanti la, saya dapat duit bonus saya nak beli pc baru. Rasanya dah habis tempoh berkhidmat acer ni. Kira sambung kontrak lepas pencen la. Nak buang sayang. Guna la sampai semput dan mati. Hari tu dah semput, tapi boleh berkhidmat lagi. Terima kasih pada yang memahami. Ada yang nak sponser keyboard? Hehehe.. My wife dah angkat tangan dulu. Wakaka … [Read more...]