Assalammualaikum. Alhamdulillah kita dah betul-betul berada di penghujung 2013. Catatan terakhir ini diabadikan untuk mengimbas kembali suasana setahun berblogging. Macam-macam ada dalam tahun yang sangat mencabar ni. Tahun depan dijangka lebih mencabar lagi suasananya. Terima kasih kepada pengunjung baru yang mungkin tersesat ke sini mencari-cari maklumat. Tak lupa juga kepada pengunjung setia blog ni. Terima kasih daun keladi. Jangan serik datang lagi. Lebih kurang sama je. Kira semua … [Read more...]
Archives for December 2013
La felle
Bismillahhirrahmanirrahim. Tajuk "La felle" di atas ada sikit kena mengena dengan post ni. Saja letak sebab teruja dengan Duolingo. Post ni tentang "app percuma" dalam App Store. Bagi pengguna iPhone, sambil baca post ni sambil-sambillah download "12 Days". Apple biasa juga bagi diskaun dan app percuma di App Store. Biasanya untuk masa terhad. Jadi ada pula developer yang buat app untuk monitor perkembangan ni. Terkini Apple sendiri lancarkan "12 Days". Selama 12 hari Apple beri app dan … [Read more...]
Virus Menyerang Hati
Kita heboh memperkata kenaikkan harga barangan keperluan tanpa kawalan. Cuba teliti, adakah itu benar-benar barang keperluan? Okeh.. tak apa, kita tinggalkan langau-langau yang berbunyi. Pekakkan telinga sekejap. Duduk diam-diam dan muhasabah diri. Bila terjadinya sesuatu musibah, itu memang Allah nak tujukan untuk kita. Tanpa tersasar dari target. Jadi, dengan muhasabah diri diharap kita tahu apa salah kita, apa yang perlu kita buat dan tidak menyalahkan orang lain, malah tidak pula menyalahkan … [Read more...]
Kisah Keldai
Seekor keldai telah terjatuh ke dalam sebuah perigi buta. Tuan keldai susah hati. Berhari-hari keldai merintih, namun tuannya ibarat kebuntuan mencari jalan penyelesaian. Mahu ditarik menggunakan tali, takut menyakiti, mahu dicapai guna tangan, tapi tak sampai. Pendek kata pelbagai usaha telah dibuat untuk menaikkan keldai kesayangannya itu. Akhirnya dia dapat satu akal. . Dipanggil orang kampung datang membantu. Ada yang membawa tali, ada yang membawa cangkul, ada yang membawa tangga. Tiba-tiba … [Read more...]
BR1M, Antara Layak Dan Maruah
BR1M telah kembali. Jaguh berkokok mencanang seluruh alam tanda makanan sudah disua. Tinggal mahu memagut sesuka hatinya. Namun ada perkiraan yang perlu dibuat bagi memagut sejemput makanan itu. Tidak semua layak menerima. Tidak semua wajib menerima. Perut masih kenyang. Sisa makanan semalam jua belum terbuang. Datang pula makanan baru. Owh.. besarnya Rahmat Tuhan. Kepak dikibas lalu berkokok tanda bersyukur. Sambil-sambil menyapa jiran terdampar kekenyangan di perdu ketapang depan rumah, … [Read more...]
Terasing Di Bumi Sendiri
Toleh kanan dan kiri, terasa ada mata-mata yang memandang. Perjalanan dari Setiawangsa ke KL Sentral menaiki LRT terasa sangat lama. Bukan kerana jauhnya jarak, tapi kerana mata-mata yang menumpu. Entah ada apa yang tak kena pada aku hari ini.. Nak kata hidung tak ada, mustahil.. Baru pagi tadi aku korek hidung sampai nak terkopak rasanya. Nak kata takde mata, mustahil! baru kejap tadi mata aku melihat awek cun tanpa bra. Tapi pandangan-pandangan manusia di sekelilingku sangat ketara. Terasa … [Read more...]
Konoha
Bismillahhirrahmanirrahim. Kampung tempat tinggal saya ni walaupun bukanlah namanya Konoha tapi dari satu sudut pandang ia sama dengan Konoha. Ada yang hilang keluar masuk ke alam bunian macam pergi ke pasar. Ada yang bercakap dengan orang mati. Ada ramai yang suka hati menggerakkan rawan. Ada yang berkhadam dan ada yang teguh dengan diri batin. Ada juga yang "telanjang". Kalau bergaduh pula masing-masing gunakan jurus. Ada yang gunakan khidmat khadam. Ada juga yang guna batin diri. Ada … [Read more...]
Silat dan ilmu kebatinan
Bismillahhirrahmanirrahim. Silat dan ilmu kebatinan sejak dulu dah jadi begitu sinonim sehingga ia juga jadi alasan ibu bapa melayu lebih selesa menghantar anak-anak mereka belajar taekwondo dan aikido berbanding silat. Saya kata itu pilihan yang betul. Sayangnya tak tepat. Pengisian dalam taekwondo dan aikido tiada ilmu kebatinan. Anak-anak takkan diajar tentang ilmu kebatinan di dojo. Kesannya mereka akan berjaya sebagai tubuh kosong tanpa sahsiah yang diperlukan. Pengisian silat pula tak … [Read more...]
Suka Join Program Entah Apa-Apa
Pelik juga memikirkan perangai dan sikap manusia ni. Sampai satu tahap, kita tak boleh nak terima perangai dan sikap mereka yang pelik itu. Fikir lama-lama, terasa akal kita tak sampai ke tahap pemikiran mereka. Obses dengan program buat duit di internet tanpa tahu hujung pangkalnya membuatkan orang sekeliling pening kepala. Kadang-kadang tengok sekali lalu pun dah tahu program tersebut satu scam. Tapi masih ada juga yang promote bagai nak gila. Selalunya perkara ini terjadi kepada mereka yang … [Read more...]
Remaja buru cinta
Bismillahhirrahmanirrahim. Balik kampung mertua memenuhi undangan majlis perkahwinan jiran di sana dan serba sedikit berusaha menyibukkan majlis tu, ada pula selingan tentang remaja. Mungkin kerana saya agak mudah berbual dengan remaja, dalam sibuk itu saya dihampiri Lan dan Firdaus (bukan nama sebenar). Saya dah biasa dengan mereka sebelum ni. Cuma kali ni mereka datang dengan masalah dan dilema remaja. Dilema cinta. Adoi, apa saya nak buat? Saya bukan pandai kaunseling apa lagi motivasi. … [Read more...]