Cuti hujung minggu dihabiskan untuk menghabiskan rambutan di kampung. Tahun ni tak berapa banyak berbanding tahun lepas. Mungkin doa mak tahun lepas agar rambutan ni berbuah cukup-cukup je. Sampai-sampai je rumah tengok 3 pokok rambutan tengah masak ranum. Tak sabar nak memanjat dan menikmati kemanisan buah-buahan tempatan ni. Lipat seluar, capai parang dan terus melakukan panjatan. Mana-mana ranting yang terkena kat bumbung rumah dipotong. Mudah-mudahan tahun depan berbuah lagi kat ranting … [Read more...]
Archives for December 2013
2014 Tahun Pening, 2 Cara Sempoi Tangani Tekanan
Tekanan semakin memuncak. Bil Astro dah naik. Harga gula dah naik. Harga minyak akan naik dan naik. Bil elektrik pulak bakal dinaikkan lagi. Terbaru, tambang LRT juga bakal dinaikkan. Kesan domino dari kenaikkan minyak tempoh hari akan dirasai tak lama lagi. Sudahkah kita bersedia? Satu demi satu tekanan yang muncul kepada masyarakat. Nak duduk diam sambil goyang kaki? Nak terus menerus menyalahkan orang lain? Jangan jadi BODOH.. Bertindak sekarang! 2 Cara Sempoi Tangani Tekanan PERTAMA, … [Read more...]
Hari Terakhir Travelog Sabah- Selamat Tinggal
Travelog Sabah- hari ke-4, Memang rasa malas nak keluar. Seronok menikmati udara segar dan pemandangan indah di sini. Tenang dan damai. Dengan kabus lalu depan mata..Subhanallah.. 'Satu Janji' memang membantu kami ke sini.. Tentatif pagi ni semuanya satu laluan balik. Bagi panduan korang yang datang tanpa agen, boleh ikut tentatif ni supaya tak terlepas tempat menarik. Keluar tadi pun agak lewat sebab berkabus tebal, so agak bergegas juga la lepas ni. Desa Cattle Farm . Mesti … [Read more...]
Hari Ketiga Di Sabah- Menggamit Gunung Kinabalu
Hari ke-3 travelog ke Sabah, Awal pagi selepas sarapan kami bersiap untuk check out dari hotel. 2 malam kami di sini. Layanan dari staff bagus dan sangat membantu. Sambil menanti kereta sewa sampai, kami jalan-jalan di sekitar hotel. Banyak kedai jual cenderahati. Kalau tak cukup boleh tambah lagi. Hehehe... Tentatif 3. Ke Kundasang. Sebaik kereta sewa sampai, test drive jap. Puas hati, kami pun bertolak ke Kundasang. Nak ke Kundasang, kita akan melalui Tamparuli. Tempat wajib dikunjungi di … [Read more...]
Kerja background dalam komputer
Bismillahhirrahmanirrahim. Lazim bila suatu cip atau perisian komputer baru dihasilkan, ia akan ditampilkan dengan beberapa ciri baru sebagai umpan. Ada yang benar-benar bermakna dan diperlukan dan ada juga sekadar suka-suka. iMovie, perisian suntingan video dalam komputer Mac yang baru memanfaatkan sepenuhnya keupayaan multi-tasking yang ada dalam sistem terbarunya OSX Mavericks. Kalau dulu asal saja buat render video, komputer tak lagi boleh diusik. Kena tunggu progress bar sampai 100 peratus … [Read more...]
Sabah Hari Kedua – Round Island dan Sekitar KK
Seusai solat subuh, berdoa mohon Allah mudahkan perjalanan kami, berikan kegembiraan buat kami dan kurniakan hari yang indah dan cerah sepanjang percutian kami di Sabah. Tentatif 1. Round Island ( 8 pagi-4 petang). Jam 6.30 pagi kami sarapan di restoran bawah hotel. Selesai sarapan, cari teksi untuk ke jeti Jesselton Point. Kalau jalan kaki dalam 20 minit. Naik teksi kene dalam RM15. Sepanjang perjalanan usya juga tempat yang mungkin patut pergi. Hmm..semua shopping Mall. Sampai … [Read more...]
Hukum saya masuk neraka
Bismillahhirrahmanirrahim. Kalau kamu buka rahsia ni, hidup kamu takkan selamat. Kalau selamat pun, kamu tak hidup. #1. Dalam Al-Quran tak ada satu ayat pun yang menyuruh kita menyembah Allah. Tak ada satu pun. #2. Dalam dua kalimah syahadah juga tak kata bahawa Allah itu layak disembah. #3. Dalam Islam tak ada ibadat sembahyang. Tiga rahsia ni sudah cukup untuk manusia menghukum saya masuk neraka. Hukumlah. Manusia memang suka menghukum. Menjawab point #1. Al-Quran suruh kita mengEsakan … [Read more...]
Bercuti di Sabah- Hari Pertama.
Sabah merupakan salah sebuah destinasi percutian yang menarik di Malaysia. Kalau buka carian di google pun macam-macam tempat yang disenaraikan sebagai tempat menarik yang mesti dilawati jika bercuti ke Sabah. Tapi, harus diingat, tak semua tempat tu kita mampu pergi jika tempoh percutian tu singkat. Saya berminat nak kongsikan tips percutian ke Sabah berdasarkan pengalaman 4 hari 3 malam di sana baru- baru ni. Saya cuba aturkan tempat yang patut dituju mengikut keutamaan (priority) percutian … [Read more...]
10 Perkara Tentang Android
Bismillahhirrahmanirrahim. Di sini saya tuliskan beberapa perkara perlu tahu tentang Android. Setidaknya perkara asas untuk pengetahuan pengguna Nokia 3210 atau 3310 atau 8850. 1. Android ialah sistem operasi untuk telefon pintar. Ia dibangunkan oleh Google. Ia open source iaitu kod sumbernya tersedia kepada sesiapa saja yang berminat. Boleh modified sendiri kalau pandai. Jadi ia boleh disesuaikan dengan pelbagai alatan khasnya telefon pintar. 2. Jadi bila disebut "telefon Android" maknanya ia … [Read more...]
Hantu Coklat
"Makan coklat macam makan nasi". Tegur isteri.. Oh baru saya perasan, saya dah jadi hantu coklat bila isteri tegur saya habiskan coklat dia. Sejak minggu lepas, kegilaan kepada coklat terutamanya jenama cadbury semakin menjadi-jadi. Sebelum ni, kalau orang bagi coklat, pandang sebelah mata pun tidak. Apa lagi nak menjamah. Kat peti sejuk tu kalau isteri beli, berminggu-minggu tak berusik. Tapi sekarang tidak lagi. Pantang ada, pasti habis. Saya pun tak pasti, kenapa ia berlaku. Saya bukannya … [Read more...]