• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Cikgu Hairul

Just another Teacher story

  • Home
  • Contact
  • Polisi
  • InfoKerjaya
You are here: Home / InfoKerjaya / 5 Keadaan Ahli Keluarga Yang Sering Bergaduh Disebabkan Pembahagian Harta Pusaka.

5 Keadaan Ahli Keluarga Yang Sering Bergaduh Disebabkan Pembahagian Harta Pusaka.

by Cikgu Hairul on Saturday, July 9, 2022

Kenapa Ia Berlaku?

Berdasarkan pengalaman, kebanyakan kes perbalahan Harta Pusaka sesama adik beradik dan ahli keluarga ni fakta dan ceritanya lebih kurang sama sahaja.

Antaranya keadaan yang sering berlaku yang mengakibatkan perbalahan:

Kisah 1

Ayah dan kawannya berkongsi membeli tanah pertanian. Tapi dalam geran letak nama kawan ayah seorang.

Bila ayah dan kawan ayah meninggal, mak pun bagitahu tanah tu ayah korang punya juga. Cuma masa beli letak nama kawan dia sorang sahaja sebab pejabat tanah kata tak boleh letak dua nama.

Maka terjadilah perebutan antara anak-anak si ayah nak tuntut hak mereka sebab tanah tu kononnya tanah pusaka arwah ayah mereka juga.

Kisah 2

Ayah ada tanah. Masa hidup, ayah cakap pada anak-anak, tanah ni ayah nak bagi pada semua anak-anak ayah.

Tetapi disebabkan anak-anak lain masa tu masih kecil, ayah pun pindah milikkan tanah tu kepada abang long dengan harapan abang long nanti boleh kongsi dengan adik beradik yang lain.

Selepas ayah meninggal, abang long buat tanah tu seolah macam tanah dia sorang. Adik beradik lain pun tak puas hati dan ingin tuntut hak masing-masing.

Kisah 3

Ayah izinkan kawan dia menumpang di tanahnya. Kawannya pun buat rumah atas tanah tersebut. Atas dasar kerana kesian dan menganggap kawannya tu macam adik beradik, dia pun pindah milik kan 1/2 bahagian tanah tu kepada kawannya.

Selepas kawannya meninggal, ayah nak lah semua tanah tu kembali sebab ayah kata tanah tu miliknya. Ayah mintak kepada anak-anak kawannya supaya serahkan balik tanah itu.

Tetapi anak-anak kawannya enggan kerana mereka kata tanah tu tanah pusaka ayah mereka juga. Jadi mereka ada hak. Anak-anak si ayah pun tak puas hati juga. Maka bergaduh lah kedua-dua buah keluarga.

Kisah 4

Ayah ada 10 orang anak. Bila ayah meninggal, tanah tu akan menjadi milik kepada semua anak-anak.

Ada anak-anak nak buat rumah atas tanah tu dan ada yang nak gadaikan tanah tu kepada bank untuk dapatkan loan.

Tetapi ada adik beradik lain tak benarkan. Anak yang nak buat loan daripada bank tadi tak puas hati. Maka berbalah sama-sama mereka.

Kisah 5

Tanah ada 5 nama pemilik. Kesemuanya adik beradik. 2 orang nak jual dan nak buat pecah bahagian.

Tetapi adik-beradik yang lain tak nak jual dan tak nak buat pecah bahagian. Akhirnya bergaduh sesama mereka.

Apakah puncanya perebutan Harta Pusaka tersebut berlaku?.

Pertama:

Tiadanya surat dan dokumen yang lengkap dalam setiap urusan hartanah yang dilakukan.

Kebanyakannya dibuat secara lisan dan atas dasar percaya semata-mata.

Mungkin juga mereka tidak mendapatkan nasihat undang-undang yang tepat dan rasmi daripada peguam hartanah yang berpengalaman.

Kedua:

Tiadanya persepakatan dalam semua pihak “beneficiaries” untuk menyelesaikan perkara tersebut secara baik.

Mungkin juga disebabkan semuanya ingin mempertahankan hak dan kepentingan masing-masing atau tiada pihak yang mahu berkompromi.

Ketiga:

Amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada seseorang tidak dilakukan dengan telus.

Keempat:

Kegagalan melaksanakan tindakan dan prosedur yang mengikut undang-undang untuk mengesahkan hak dan bahagian masing-masing. Mungkin juga disebabkan oleh faktor kos untuk melaksanakannya.

Setiap keluarga pasti terjadi perkara seperti ini. Kita sebenarnya boleh elakkan jika kita ada ilmu tentang harta pusaka, wasiat, hibah dan harta sepencarian.

Masih belum terlambat untuk belajar tentang harta pusaka dan lain-lain.

Orang yang layak untuk mengajar anda tentang harta pusaka sudah tentu salah seorangnya adalah Ustaz Ghazali Ibrahim.

Jadi segera dapatkan Ebook beliau berkaitan Ilmu harta pusaka dan cara hasilkan surat wasiat/hibah dengan betul dan mudah.

Download Ebook Di Sini

.

Baca Juga Artikel Ini

About Cikgu Hairul

Cikgu Hairul, bukan seorang guru sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Lepasan UTM dalam bidang Pendidikkan. Kini menjadi tenaga pengajar di salah sebuah Akademi yang menawarkan pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia. Tulisannya berkisar kepada apa yang dilalui sepanjang hidupnya. Apa yang baik, boleh diambil menjadi tauladan manakala yang tidak sesuai, jadikan sepadan.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2023 · Blogging With Love by Cikgu Hairul.

Porn Central

  • porno carioca
  • porno en español
  • xvideos brasileiro
  • videos pornos