• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Cikgu Hairul

Just another Teacher story

  • Home
  • Contact
  • Polisi
  • InfoKerjaya
You are here: Home / Dari Hati / Ajari Anak Jadi Seorang Pengemis

Ajari Anak Jadi Seorang Pengemis

by Cikgu Hairul on Sunday, August 11, 2013

20130811-130925.jpg

Macam tak masuk akal aja. Ye, itulah yang kita buat tanpa sedar. Kita yang mengajar anak menjadi seorang pengemis.

Membiarkan anak beraya bersama kawan-kawan keliling taman, tak salah. Tapi bila mereka bebas tanpa bimbingan, nah! Macam ni la jadinya.

Pernah dengar tak orang mengeluh, budak kalau datang rumah bukannya nak beraya sangat pun, cuma nak mintak duit je. Sampaikan ada yang cuma dok depan pagar, beri salam dan cakap taknak masuk, cuma nak duit raya je. Tak ke kurang ajar macam tu.

Kot ye pun nak beraya sambil mengemis, masuk la rumah dulu. Bual-bual tanya khabar. Minum dan makan kuih seketul dua. Tuan rumah pun dah faham. Kan lebih nampak manis. Tapi kalau dah mak bapak tak bimbing, macam tu la jadinya.

Read more:  Kalau Jauh Dekatkanlah

Nanti bila dah besar, tak mustahil jadi lebih teruk. Sebabnya mereka dah anggap benda tu sesuatu yang betul. Jadi, masuk rumah orang terus mintak duit..

Walaupun atas nama duit raya tapi kalau datang terus mintak tu namanya mengemis dik. Tarafnya sama macam pengemis yang mintak duit tepi jalan tu.

Kalau mak bapak tak ajar, meh cikgu nak ajar. Masuk rumah orang beri salam dulu. Diberi kebenaran masuk, barulah masuk. Kenalkan diri, tanya khabar dan kalau dijemput makan, jamahlah makanan tu. Duit raya, terpulanglah kepada tuan rumah samada nak bagi ke tidak. Tak baik meminta-minta duit raya.

Read more:  Bajet Kembali Ke Sekolah

Saya bukan nak membebel apa. Perkara ni jadi depan-depan mata. Bukan sekali, malahan berkali-kali. Saya terfikir kalau tak diperbetulkan hari ni, bila lagi? Mak bapak pun kena mainkan peranan juga. Jangan sampai dah tua nanti kita baru tersedar yang kita sendiri mendidik generasi kita menjadi pengemis.

About Cikgu Hairul

Cikgu Hairul, bukan seorang guru sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Lepasan UTM dalam bidang Pendidikkan. Kini menjadi tenaga pengajar di salah sebuah Akademi yang menawarkan pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia. Tulisannya berkisar kepada apa yang dilalui sepanjang hidupnya. Apa yang baik, boleh diambil menjadi tauladan manakala yang tidak sesuai, jadikan sepadan.

Reader Interactions

Comments

  1. akubiomed says

    Sunday, August 11, 2013 at 21:46

    Setiap tahu fenomena ini berlaku. Saya dan isteri niat sedekah walaupun anak-anak kecil ini berniat lain.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Tuesday, August 13, 2013 at 07:05

      Side kita memang kita niat sedekah, tapi kanak2 tanpa bimbingan apa pulak tanggapan mereka.

      Reply
  2. Rina says

    Monday, August 12, 2013 at 16:05

    Budaya di daerah saya pun sama, setiap hari raya selalu berbagi duit raya ke anak2, pernah juga nie ada seorang anak yang datang ke rumah saya hingga dua kali dan membawa teman2 lainnya tuk bersilaturahmi dan mendapatkan duit raya, akhirnya saya kasih. Insya Allah jika dewasa kelak mereka akan tahu dan sadar mana yang baik dilakukan dan mana yang tidak …

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Tuesday, August 13, 2013 at 07:11

      Kalau mereka masuk rumah takpe. Yang taknak masuk tu dapat ceramah free la dari saya. Beri sikit tazkirah. Lepas tu barulah mereka nak masuk.. Kecik2 macam tu elok diajar terus.. Dah besar nanti susah pulak nak ditegur.

      Reply
      • Amar says

        Thursday, August 15, 2013 at 02:41

        Rebung kalau dilentur, patah. Tapi kita boleh bedung rebung tu ke arah yang kita nak. Nanti melentur dia pelan-pelan sementara nak jadi buluh tua. Hehehe

        Reply
  3. TehR says

    Tuesday, August 13, 2013 at 02:13

    kebiasaan yang semakin menjadi-jadi
    molek sangat kalau dapat datang beraya bersama mak ayah

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Tuesday, August 13, 2013 at 07:12

      Mak ayah tak sempat cikgu. Mungkin mak ayah sibuk bekerja. Tu la kan.. Kita kena cari penyelesaian jugak. Kalau tak sekarang bila lagi kan?

      Reply
  4. blackrosehunter says

    Tuesday, August 13, 2013 at 12:51

    payah juga kalau macam tu.. mungkin ibu bapa perlu lebihkan pemantauan..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Wednesday, August 14, 2013 at 07:19

      Seharusnya macam tu.

      Reply
  5. Bahrain says

    Tuesday, August 13, 2013 at 13:19

    fenomena nie dah berlaku bertahun2x, ibu bapa kena didik anak2x ajar dengan cara yang betul bukan mengharapkan duit semata2x.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Wednesday, August 14, 2013 at 07:20

      Kadang2 kita terlepas pandang perkara2 kecik macam ni

      Reply
  6. azwan says

    Tuesday, August 13, 2013 at 16:10

    betul tu. asalnya budaya menziarahi ni elok. dipelopori oleh anak-anak generasi terdahulu. pusing satu kampung beraya..

    tapi anak-anak zaman sekarang lain pulak jadinya. memang datang niat nak kutip duit raya.

    betul niat kita nak sedekah. tapi macam cikgu cakap, orang tua atau mak/ayah budak tu kena bagi tahu. duit raya bukan benda wajib.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Wednesday, August 14, 2013 at 07:22

      Ada kanak2 yg dah terbiasa tu, siap mintak lg..

      Reply
  7. titan says

    Tuesday, August 13, 2013 at 23:34

    aku bagi. Tapi aku suruh dia makan kueh dulu. haha..

    penat aku beli kueh raya. Diorang tak makan. Mana bulihhh. Sape nak habiskan tu..haha

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Wednesday, August 14, 2013 at 07:24

      Terbaik la bro. Ajar mereka hormati tetamu juga.

      Reply
  8. madlut says

    Wednesday, August 14, 2013 at 14:48

    Perkara biasa setiap kali raya…memang ada sikit beza budak2 dulu dengan sekarang, sebab dulu kutip duit raya juga, tapi masuk dan minum, sekarang nie tunggu depan pintu je..haha. Aku bagi je la…setahun sekali, hehe, tapi aku setuju, mak ayah patut kena pesan dengan anak adab2 beraya 🙂

    Reply
  9. Amar says

    Thursday, August 15, 2013 at 02:37

    Budaya mengemis tu dah bermula sejak perkahwinan lagi. Mak andam dan ahli keluarga mengemis dengan tiket “tol” sebelum pengantin lelaki dapat jumpa pengantin perempuan. Turun penyakit tu kepada anak-anak pula.

    Bukan semua salah bapak. Bapak dah pesan jangan mintak duit. Tapi anak ni keluar beraya dengan kawan-kawan. Budaya masyarakat juga suka beri duit berbanding melayan kerenak budak-budak beraya.

    Tentang kawalan memang sulit. Anak berkawan dengan jiran sebelah tak sampai setengah jam pun dah pandai sebut “fault letter word”. Inikan pula bila berkawan dan bermain dan beraya keliling kampung. Bapak kena perhati setiap perubahan anak, tapi ada juga yang terlepas pandang.

    Hal mengemis ni, mudah terlepas pandang. Sebab ia dah berakar dalam masyarakat. Kalau cikgu tak sebut, tak teringat pun.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Monday, August 19, 2013 at 15:53

      Beringat.. kena cakap juga walaupun pahit. Sebelum jadi parah ada baiknya kita bersuara.

      Reply
  10. yusri says

    Saturday, August 17, 2013 at 13:07

    Pendidikan anak2 bermula dgn didikan ibu bapa. Anak2 ibarat kain putih. Betul x cikgu? 🙂

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Monday, August 19, 2013 at 15:51

      Betul tu..

      Reply
  11. [email protected] says

    Sunday, August 18, 2013 at 17:39

    Kebiasaan yg jika kita biarkan akan mengatasi budaya dan adat dalam berziarah ..memang yg kena main peranan utama adalah ibu bapa. Mudah2an tradisi berziarah tu dapat kembali menjadi luhur dan manis dari segi adat..macam kita zaman kecil2 dulu 🙂

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Monday, August 19, 2013 at 15:51

      Zaman kita kecik dulu kita berziarah ikut mak abah. Kalaupun berziarah sesama kawan, kita berziarah kat rumah jiran-jiran yang kita kenal je. Jarang berziarah kat rumah orang yang tak dikenali. Mintak duit pun tak ada.. cuma semata-mata berziarah nak makan kuih raya.

      Reply
  12. Hazmin Hamudin says

    Monday, August 19, 2013 at 12:40

    Memang panas jugak kadang-kadang budak-budak beri salam nak datang raya. tujuaan utama sebab nak duit raya la tu. tp aku dulu pun macam tu jugak. haha. skrg dah insaf

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Monday, August 19, 2013 at 15:49

      Agaknya kalau kita biarkan je fenomena ni, jadik tak macam bro. Boleh insaf sendiri? Kalaulah boleh, kita ikut je arus ni.

      Reply

Leave a Reply to Cikgu Hairul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 · Blogging With Love by Cikgu Hairul.

Porn Central

  • porno carioca
  • porno en español
  • xvideos brasileiro
  • videos pornos