• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Cikgu Hairul

Just another Teacher story

  • Home
  • Contact
  • Polisi
  • InfoKerjaya
You are here: Home / Dari Hati / Aku Positif Covid 19

Aku Positif Covid 19

by Cikgu Hairul on Monday, March 21, 2022

Usai PRN Johor, aku stay semalaman di kampung. Adik beradik semua balik. Kami berkumpul macam raya. Meriah sangat sebab dah hampir setahun kami tak berjumpa disebabkan pkp.

Lepas sarapan pagi, terus aku bergerak ke KL. Singgah sebentar di rumah Seremban untuk ambil laptop untuk kelas hari Isnin.

Jam 1400 gerak semula ke office di Kl untuk ambil keperluan lain. Radio, vest, buku nota pelajar, soalan-soalan exam dan beberapa lagi barang keperluan.

Sampai di office Kl jam 1700 dalam keadaan hujan sangat lebat. Aku gagahi diri ambil semua barang yang dah aku senaraikan siap-siap.

Lepas solat aku teruskan perjalanan ke KL untuk check in. Alhamdulillah, sempat sampai sebelum waktu maghrib habis.

Malam tu sempat berjemaah Isyak di Ittifaq. Sebelum sampai rumah, aku sempat gunting rambut yang dah panjang. Hampir 3 bulan juga aku tak gunting rambut.

Sampai saja di tempat penginapan, aku perasan ada notification dari mysejahtera. Ah sudah! mysejahtera aku detect casual contact sekali lagi. Ni dah kali ke tiga dalam tempoh sebulan aku jadi casual contact.

Tenang, tak macam first time kena haritu. So aku ignore je nitification tu. Malam tu aku tido macam biasa.

Jam 540 aku dah terbangun dari tidur. Pagi ni ada kelas, so aku buat covid test dulu sebelum mandi. Entah la, kenapa hari tu aku terus buat test. Biasanya masa nak keluar pergi kerja baru aku test.

Lepas mandi, aku tengok test kit yang aku letakkan di singki. Owh nooo.. ada dua garisan timbul. Aku positif covid! Perlahan-lahan aku kejut isteri aku dan beritahu berita ini.

Otak aku mula serabut. Macam-macam benda ada di kepala. kat mana nak start pun aku tak tahu. Aku risau pasal kelas pagi tu je. Semua dah arrnge. Student, tempat, jadual semua dah arrange. Sapa nak ganti aku time-time emergency macam ni?

First, aku declare dulu di Mysejahtera. Dapat je surat HSO terus send ke bos. Aku maklumkan berkenaan kelas yang terpaksa aku tunda dan bos terus buat arrangement baru. Terima kasih bos.

Pagi tu juga aku patah balik ke Seremban untuk kurantin kendiri selama 7 hari. Alhamdulillah, sepanjang 7 hari tiada gejala serius. Wife yang duduk bersama aku pun tak dijangkiti.

Sepanjang 7 hari itu, PKD Seremban selalu bertanya khabar. Dia ingatkan untuk aku update mysejahtera dan macam-macam lagi peringkat dia buat. Bab ni memang aku sangat terharu. Terima kasih PKD Seremban.

Alhamdulillah, semalam adalah hari terakhir aku kurantin di rumah. Hari ketiga lagi keputusan test kendiri sudah negatif. Tapi aku patuhi juga sop supaya tak ada sesiapa terjangkiti.

Yey, hari ni sudah boleh bebas. Aku rindu masjid. Aku rindu meriahnya kanak-kanak yang datang mengaji kat rumah aku setiap hari. Aku rindu nak merayau di mrdiy.

Nah, hari ni pagi-pagi sebelum pegi sekolah, wife dah senaraikan tempat yang dia nak ajak pegi. Apa boleh buat.. ikutkan je la.

Pengalaman paling berharga buat kami sekeluarga. Di situ ada sesuatu yang Allah nak kami pelajari. Di situ ada sesuatu yang boleh kami kongsi.

Baca Juga Artikel Ini

About Cikgu Hairul

Cikgu Hairul, bukan seorang guru sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Lepasan UTM dalam bidang Pendidikkan. Kini menjadi tenaga pengajar di salah sebuah Akademi yang menawarkan pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia. Tulisannya berkisar kepada apa yang dilalui sepanjang hidupnya. Apa yang baik, boleh diambil menjadi tauladan manakala yang tidak sesuai, jadikan sepadan.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2023 · Blogging With Love by Cikgu Hairul.

Porn Central

  • porno carioca
  • porno en español
  • xvideos brasileiro
  • videos pornos