• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Cikgu Hairul

Just another Teacher story

  • Home
  • Contact
  • Polisi
  • InfoKerjaya
You are here: Home / Dari Hati / Andainya Diberikan Cuti Tanpa Gaji Tiga Bulan, Apa Persediaan Kalian Untuk Meneruskan Kehidupan?

Andainya Diberikan Cuti Tanpa Gaji Tiga Bulan, Apa Persediaan Kalian Untuk Meneruskan Kehidupan?

by Cikgu Hairul on Saturday, March 14, 2020

Andai kata company tempat kita kerja beri arahan untuk memberi cuti tanpa gaji selama tiga bulan, agak-agak apa rancangan kita? Tiba-tiba aku sangat terkesan dengan berita sahabat-sahabat dari syarikat airline yang diberikan pilihan untuk bercuti tanpa gaji.

Tak mustahil ianya akan berlaku dalam banyak sektor industri lagi. Memandangkan pendemik covid-19 semakin parah, sebarang kemungkinan boleh berlaku. Adakah kita telah bersedia?

Kadang-kadang aku jem. Termenung memikirkan situasi buruk yang entah bagaimana teruknya akan berlaku nanti. Jauh dalam hati aku cuma mampu berdoa semoga segalanya pulih dan virus itu cepat-cepat terhapus.

Read more:  Kenangan Pokok Kopi Masa Kecilku

Betul lah orang bijak pandai cakap. Sediakan payung sebelum hujan. Sekurang-kurangnya ada simpanan untuk situasi kecemasan selama 6 bulan. Ada yang lebih extreme, simpanan setahun baru selesa untuk meneruskan kehidupan.

Masa sudah semakin suntuk. Mungkin pengumuman kerajaan minggu lepas untuk membantu RM100 sehari kepada rakyat yang diarahkan cuti tanpa gaji sedikit melegakan. Namun tempoh bantuan belum diperincikan. Sampai bila mahu mengharap bantuan?

Mungkin ini masanya KWSP main peranan. Beri kemudahan pencarum yang terjejas mendapat bantuan. Manafaatkan akaun dua untuk meneruskan kehidupan. Mungkin untuk sementara sehingga suasana reda semula.

Read more:  Final Exam Perjuangan Baru Bermula

Socso, ada kan tolak duit pencarum 1% untuk insuran apabila pencarum diberhentikan? Aku lupa apa nama skimnya. Ada baiknya dana itu diguna untuk memberi sedikit kelegaan.

Ya, keadaan semakin mendesak. Bila sudah diarahkan bercuti tanpa gaji, takkan nak buat kerja sambilan untuk menampung sesak. Masa tu nanti, semua orang takut nak berurusan. Semua taknak bertemu malahan sanggup mengelak. Mungkin susah juga mencari makan.

Apapun, kita kena rancang dari sekarang. Situasi semakin lama semakin menekan. Aku cuma mampu menadah tangan. Agar pendemik covid-19 tidak berpanjangan.

About Cikgu Hairul

Cikgu Hairul, bukan seorang guru sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Lepasan UTM dalam bidang Pendidikkan. Kini menjadi tenaga pengajar di salah sebuah Akademi yang menawarkan pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia. Tulisannya berkisar kepada apa yang dilalui sepanjang hidupnya. Apa yang baik, boleh diambil menjadi tauladan manakala yang tidak sesuai, jadikan sepadan.

Reader Interactions

Comments

  1. Suria Amanda says

    Thursday, April 2, 2020 at 08:45

    Alhamdulillah, company SA kerja tiada menghadapi masalah sekiranya PKP ini berlanjutan selama 3 bulan. Malah gaji kami jalan..menjadi kebimbangan pada mereka yang lain..pasti ada yang hilang kerja dan sumber pendapatan.tak boleh bayangkan semua tu sekiranya ianya benar terjadi.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 · Blogging With Love by Cikgu Hairul.

Porn Central

  • porno carioca
  • porno en español
  • xvideos brasileiro
  • videos pornos