• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Cikgu Hairul

Just another Teacher story

  • Home
  • Contact
  • Polisi
  • InfoKerjaya
You are here: Home / Dari Hati / Bab 2: Kisah Bitara Tanpa Nama, Rose Merah dan Pak Sheikh

Bab 2: Kisah Bitara Tanpa Nama, Rose Merah dan Pak Sheikh

by Cikgu Hairul on Saturday, March 9, 2019

Bitara Tanpa Nama ialah anak-anak dewa yang anta permana banyaknya. Wajah mereka suci, mereka bersembunyi dalam terang, menyapa lembut ke tiap-tiap hati yang menatap papan hijau. Papan hijau yang dihias lorek putih.

Bitara Tanpa Nama membawa syair-syair dari tempat tinggi. Bercerita tentang para dewa yang akan turun ke lembah melihat manusia. Bercerita tentang anak kecil yang bermain api. Itulah sumpah untuk mereka sendiri yang telah makbul dengan kembalinya kebayan ke singgah sana. Lalu Bitara Tanpa Nama diam membungkam kata, terkunci mulut mahirnya. Sekali-sekala merengek kecil. Aduhai comel dan manjanya.

Disebalik kisah besar, ialah kisah Rose Merah yang orang banyak tidak tahu dari mana asal usulnya dek kerana mekarnya Rose Merah itu sangat indah, sepadan dengan puji dan puja yang membawanya dari ruas buluh betong hingga menjulang ke takhta. Mekarnya dijaga rapi oleh dewa-dewa; sentiasa mengiringi pahlawan agung ke serata dunia.

Demi keikhlasan hati, dewa-dewa dari tempat tinggi telah meluru turun ke dalam parit, bersama-sama pahlawan agung dan dengan Rose Merah nya sekali. Rose Merah kini menghiasi parit, penghibur lara para dewa. Menyalakan api semangat dewa-dewa untuk kembali ke tempat tinggi. Namun sehingga hari ini tiada orang tahu dari manakah datangnya Rose Merah, dari ruas betong yang mana satu lah agaknya.

Sedetik orang lupa tentang Pak Sheikh di tangan kebayan. Pak Sheikh ini sifatnya seperti anggur yang begitu disayangi kebayan. Suatu masa anggur itu halal di tangan kebayan. Bila masam terperam jadi haram. Bila dah mencuka, kembali halal di tangan kebayan. Pak Sheikh fasih mimpi. Tiada mimpi yang lebih indah berbanding mimpi Pak Sheikh. Pak Sheikh tenggelam dalam mimpi.

#BabDua

Baca Juga Artikel Ini

About Cikgu Hairul

Cikgu Hairul, bukan seorang guru sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Lepasan UTM dalam bidang Pendidikkan. Kini menjadi tenaga pengajar di salah sebuah Akademi yang menawarkan pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia. Tulisannya berkisar kepada apa yang dilalui sepanjang hidupnya. Apa yang baik, boleh diambil menjadi tauladan manakala yang tidak sesuai, jadikan sepadan.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2023 · Blogging With Love by Cikgu Hairul.

Porn Central

  • porno carioca
  • porno en español
  • xvideos brasileiro
  • videos pornos