• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Cikgu Hairul

Just another Teacher story

  • Home
  • Contact
  • Polisi
  • InfoKerjaya
You are here: Home / InfoKerjaya / Bab Harta Pusaka, Anak – Anak Paling Takut Nak Tanya Mak Ayah

Bab Harta Pusaka, Anak – Anak Paling Takut Nak Tanya Mak Ayah

by Cikgu Hairul on Saturday, June 25, 2022

Saya rasa benda paling takut anak-anak nak tanya kat ibubapa sendiri tentang bab harta atau tanah.

Mana lah tak takut. Salah tanya silap-silap boleh buat orang tua panas. Dia dok ingat kita minta dia cepat mati dan kaut harta benda dia.

Sedangkan niat kita ni baik nak bantu uruskan harta dan tanah yang ada dengan betul.

Ye lah. Kalau jadi apa-apa dekat orang tua kita, sakit ke, nyanyuk ke atau meninggal dunia ke, kan dah jadi kacau bilau.

Tetiba akan muncul orang ni kata rumah dan tanah hak dia, saudara mara kata bapa ada janji nak bagi tanah dan sebagainya.

Lagi naya tahu-tahu je baru kita tau bapa kita ada isteri lain dan anak. Ahh pening! Terpaksa telan sepapan panadol.

Semua nak tuntut kata ada hak. Kan dah susah. Dari elok je hubungan silaturrahim, dah jadi musuh pulak tak bertegur sapa. Semua gara-gara harta pusaka.

Sebab tu semasa kita atau ibubapa kita masih hidup dan sihat, perlunya buat surat wasiat atau hibah ke atas waris.

Ramai ibubapa masih salah faham tentang wasiat dan hibah ni. Ingat perlu serahkan dekat-dekat nak mati. Itu yang jadi tak sempat nak buat apa sebab kita sendiri tak tahu akan mati bila.

Jadi kita sebagai anak atau korang sendiri sebagai ibubapa, jangan biarkan ianya berlarutan. Bila terjadi dekat orang lain, kita jangan buat benda yang sama dekat keluarga atau waris kita.

Saya bab harta pusaka ni bukanlah pakar tapi kalau nak belajar bab ni saya syorkan korang belajar dengan Ustaz Ghazali Ibrahim.
.
Kali ni Ustaz ada keluarkan Ebook untuk korang belajar tentang Ilmu Wasiat dan Hibah harta pusaka.

Ebook Bagaimana Kaya Dengan Harta Pusaka.

Ebook ni memang ajar detail pasal nak hasilkan surat wasiat dengan cara mudah. Tak upah peguam pun tak apa. Boleh buat sendiri.

Ustaz siap sediakan 8 Deraf Pelbagai Surat Wasiat dan Hibah lagi bagi korang mudah nak hasilkan surat. Tak perlu taip hanya cukup edit ikut panduan diberikan.

Boleh baca keterangan lanjut dan ebook di sini:

–> Download ebook di sini


P/s: Sementara ebook ni buat harga promosi, baik grab cepat-cepat.

Baca Juga Artikel Ini

About Cikgu Hairul

Cikgu Hairul, bukan seorang guru sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Lepasan UTM dalam bidang Pendidikkan. Kini menjadi tenaga pengajar di salah sebuah Akademi yang menawarkan pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia. Tulisannya berkisar kepada apa yang dilalui sepanjang hidupnya. Apa yang baik, boleh diambil menjadi tauladan manakala yang tidak sesuai, jadikan sepadan.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 · Blogging With Love by Cikgu Hairul.

Porn Central

  • porno carioca
  • porno en español
  • xvideos brasileiro
  • videos pornos