• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Certot Cikgu

Cerita Kontot Seorang Cikgu

  • Home
  • Penafian
  • Category
    • Teknologi
    • Jom Fikir
    • Travelog
    • Blogsphere
    • Peringatan
    • Guru
  • Hubungi
You are here: Home / Guru / Belenggu

Belenggu

Amar/1 February 2016/3 Comments

Belenggu
Belenggu

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni dah masuk bulan kedua dalam catatan 2016 tapi kita masih dibelenggu dengan hal-hal yg sepatutnya kita bebas darinya.

Maka bermulalah era org tak lagi menghormati org lain gara-gara nak melepaskan diri masing-masing dari belenggu.

Telemarketer dari kompeni besar2 ceroboh data peribadi orang awam untuk dapatkan sales. Data peribadi bukan lagi sulit. Kalau telemarketer call, tekan nombor 9 dan drop call tu. Nanti bila telemarketer callback, dia akan loop dlm office dia saja.

Syarikat Telco guna macam2 trick untuk curi kredit pengguna. Pengguna pula godam syarikat telco untuk unlock internet speed dan internet kuota.

Orang2 dari tempat tinggi pula sentiasa mencari jalan yg di hujungnya ada harta anak yatim, harta org tua dan harta org miskin untuk disamun. Mereka guna cara licik dengan pelbagai polisi dan perjanjian tulisan halus. Miranda dan wang jadi perisai mereka.

Marhaen pula bertindak untuk ingkar itu ini kerana keperluan mencari rezeki, untuk sesuap makan. Seludup dan berniaga tanpa lesen jadi pilihan.

Persaingan dunia perniagaan juga semakin rancak dgn penipuan, perjudian, rasuah dan penindasan.

Belenggu sosial pula melumatkan peradaban. Pendidikan juga jadi barang niaga yg menguntungkan.

Dunia dah jadi tunggang terbalik. Dan sedikit org yg membuka matanya untuk mencari tuhan.

Ibu bapa membesarkan anak-anak dengan belenggu ketidak ikhlasan. Ibu bapa mengharapkan anak-anak akan menjaga mereka bila tua nanti. Ibu bapa mengharapkan jasa mereka memberi makan kepada anak-anak akan dibalas, atau paling tidak ia akan dikenang suatu  hari nanti. Mereka lupa bukan mereka yg memberi anak-anak mereka rezeki. Bahkan Allah lah yg memberi mereka rezeki.

Sebahagian yg lain bertukus lumus mengumpul pahala untuk membeli syurga. Mereka menyembah Allah dengan fikiran mereka dibelenggu bahawa tindakan itu dapat merasuah Allah untuk memberi mereka syurga.

Hei kita semua, mari kita bebaskan diri kita dari belenggu keakuan. Tiadalah apa kebaikan pun yg berlaku dari tangan kita melainkan dengan kehendak Allah lah jua. Tiadalah kita mampu membeli syurga dengan ibadat yg sekelumit kita itu. Melainkan kita hamba yg hina ini buat sajalah apa yg diperintahkan Allah tanpa mengharap apa-apa. Kemana tempatnya kita nanti, hak Allah jugalah yg menentukannya. Gantunglah hati kepada Allah bulat-bulat tanpa TAPI. Tiadalah usaha kita mendatangkan BEKAS. Usaha kita hanyalah adab.

Nota kaki: aku dihukum masuk neraka oleh manusia.

Avatar

About Amar

Amar ialah seorang yang sedikit rumit bahasanya. Penulisan dan komplennya banyak berkisar tentang hal Augmented Reality, teknikal Mac, iPhone, Internet ADSL, dan serba sedikit tentang AS/400. Pandangannya tentang kehidupan selalu menongkah arus. Hasilnya Amar sering dihukum masuk neraka oleh manusia.

Connect with
avatar
This comment form is under antispam protection
3 Comment threads
0 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
3 Comment authors
semak samanRaihanah AhmadInspirasi Huda Recent comment authors
Connect with
avatar
This comment form is under antispam protection

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
Notify of
Inspirasi Huda
Guest
Inspirasi Huda

Peringatan yang paling membekas, berapa ramaikah manusia hari ini mencari tuhan dalam perniagaan? Berapa ramaikah manusia menjual agama demi keuntungan dunia? Tuhan hanya minta kita bersyukur.

Vote Up0Vote Down  Reply
3 February 2016 09:29
Raihanah Ahmad
Guest
Raihanah Ahmad

peringatan yang baik cikgu. Allahu

Vote Up0Vote Down  Reply
3 February 2016 13:56
semak saman
Guest
semak saman

ya bro… gantungkan sepenuh pengharapan kepada Allah.. Kita kepunyaan Allah.

Vote Up0Vote Down  Reply
9 February 2016 17:40

Design a simple life.

Made with by Cikgu Hairul

Facebook / Instagram / Twitter

wpDiscuz