• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Cikgu Hairul

Just another Teacher story

  • Home
  • Contact
  • Polisi
  • InfoKerjaya
You are here: Home / Dari Hati / Berkuburnya CO.tv

Berkuburnya CO.tv

by Cikgu Hairul on Friday, September 16, 2011

Pagi ni dapat satu berita sedih dari domain provider co.tv. Sebelum ni mereka menghantar email pemberitahuan domain mereka telah disekat oleh facebook dan google. Mungkin sebab tu la mereka menghentikan terus perkhidmatan domain percuma ini. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Alasannya sangat mudah. Ramai pengguna co.tv telah menyalahgunakan domain ini untuk membuat laman web pishing. Sekarang bukan saja mereka yang terjejas, orang yang tak buat jahat pun terjejas sama.

Apa yang aku kesalkan ialah, domain co.tv telah aku gunakan untuk laman web minisite aku. Kalau dah berkubur maknanya aku terpaksalah membeli domain baru. Itu dah tentu menambahkan kerja. Paling kurang pun seminggu nak setup semula web tu. Kepada semua affiliater dan pembeli, satu email akan diberikan kepada anda untuk mendaftar semula. Aku tahu ini bukan sesuatu yang mudah. Bukan mudah bagi kamudan bukan mudah bagi aku.

Read more:  Logo Hasil Tangan Alieff Artwork

Moral of the story…

Beli domain sendiri kalau anda serius dalam menjalankan perniagaan. Sesekali jangan guna domain dan hosting percuma. Risiko tinggi untuk musnah dalam sekelip mata. Beringat sebelum kena. Kalau sebelum ni orang kata bisnes internet boleh bermula tanpa modal, itu cuma teori kuno. Kalau dah berniaga, mesti nak keluar modal walaupun seposen. Inilah pengajaran yang aku dapat dari berkuburnya sebuah co.tv.

About Cikgu Hairul

Cikgu Hairul, bukan seorang guru sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Lepasan UTM dalam bidang Pendidikkan. Kini menjadi tenaga pengajar di salah sebuah Akademi yang menawarkan pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia. Tulisannya berkisar kepada apa yang dilalui sepanjang hidupnya. Apa yang baik, boleh diambil menjadi tauladan manakala yang tidak sesuai, jadikan sepadan.

Reader Interactions

Comments

  1. titan says

    Saturday, September 17, 2011 at 00:23

    yap, aku pun dapat email ni. sedih gak dibuatnya..4 akaun aku tu lebur camtu aje..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Saturday, September 17, 2011 at 00:32

      Hahaha.. Hari ni gak aku beli domain baru.. Nasib baik satu domain je yang aku guna secara aktif. Kalau tak pening bertimpa la..

      Reply
    • Pacifista says

      Saturday, September 17, 2011 at 00:40

      sampai 4 domain ko lebur macam tu je titan?wah,ni dah kes kritikal ni…

      Reply
      • titan says

        Saturday, September 17, 2011 at 01:01

        1 akaun ada 3 domain maa. maksudnya..12 domain aku hancur camtu aje. haha..

        takpe. aku masih ada backup yang lainn. 🙂

        Reply
  2. wowberita says

    Saturday, September 17, 2011 at 20:53

    aah dpt gk email ni….
    nsb baek xguna domain ni dulu….
    klu x sia2 je index google…hehe…

    Reply

Leave a Reply to Pacifista Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 · Blogging With Love by Cikgu Hairul.

Porn Central

  • porno carioca
  • porno en español
  • xvideos brasileiro
  • videos pornos