Ramai kan dalam kalangan kita ada akaun Shopee? Macam tak sah kalau tak ada akaun shopee. Selalu berhabis duit shopping kat shopee, tak teringin ke nak menjana pendapatan pulak?
Masa shopping, saya suka tengok berapa produk yang nak saya beli tu dah berjaya terjual. Kalau sampai beribu-ribu tu maknanya memang trusted seller la. Itu juga mempengaruhi mod saya nak membeli.
Terdetik juga dalam hati ni, nak jadi macam seller tu. Jual barang sampai beribu-ribu. Mesti ada kelebihan kenapa dia jual di platform shopee.
Kaji punya kaji, rupanya banyak kelebihan menjual di shopee ni. Salah satunya adalah trafik yang tinggi setiap hari. Bayangkan masa promosi 7/7 , 11/11 dan promosi besar-besaran, orang sanggup bersengkang mata tunggu detik 12 malam sebab nak shopping. Sebab tu la ramai yang suka menjual di shopee.
Pernah saya baca perkongsian Khairul Ameng usahawan Sambal Nyet. Dia kongsikan kenapa dia juga menjual di platform shopee. Sistem di shopee tersusun katanya. Bayangkan, dia buka jualan 1000 botol sambal boleh habis stock tak sampai 1 minit. Nak jual melalui whatsapp? Memang tak terkejar la. Terbukti, platfom shopee memang power sebab boleh handle order yang banyak dalam masa yang singkat.
Bukan usahawan kecil saja yang suka guna shopee untuk menjual ni tau. Gedung-gedung besar juga ada Mall mereka sendiri. Tengok saja Apple yang dah ada authorize dealer, pun menjual di shopee. Banyak lagi la Mall besar macam Seng Heng, Amazfit dan yang lain-lain tu menjual di shopee kerana kelebihannya yang tersendiri.
Apa kata kita mula menjual barang di shopee. Semudah 1, 2, 3 je.
- Buka akaun shopee. Rasanya semua orang dah ada akaun shopee. Kalau belum ada, jom bukak web shopee dan daftar. Kemudian cari Seller Center untuk kita mendaftarkan kedai pertama kita.
- Lepas daftar, masukkan maklumat kedai. Benda ni penting sebab ia akan jadi daya penarik kepada pembeli. Lagi baik kalau ada logo kedai.
- Masukkan produk yang nak dijual. Kalau tak ada barang nak dijual, boleh mulakan dengan barangan terpakai dalam rumah. Tak salah cuba jual barang yang dah terperam lama tu. Nak buang sayang, nak simpan menyemak pulak.
Tiga langkah tu cuma langkah asas je. Itu pun dah boleh menjana pendapatan. Tapi kalau nak belajar lebih banyak lagi cara nak buat orang ramai membeli di kedai shopee kita, Pn Zarini yang berpengalaman luas ni boleh bantu.
Sapa pun mampu menjual di shopee jika ada cukup ilmu. So, jangan malu mencari ilmu. Tanpa ilmu bukan tak boleh berjaya, namun jika berilmu, kejayaan itu lebih mudah dinikmati.
Saya suka beli di shopee. jual ada juga, tapi tak menjadi , mungkin salah setting.