Pertambahan kes covid-19 di seluruh dunia mencanak bagai nak gila terutamanya di China. Sudah pasti ramai yang kerisauan. Risaukan kesihatan diri sendiri dan ahli keluarga, risaukan pekerjaan dan risaukan segala-galanya. Dalam negara pulak, wabak ini kelihatan semakin mengganas. Ramai yang telah meletakkan index bencana pada skala 3 untuk diri sendiri walaupun kerajaan masih tenang dan santai menangani krisis ini. Apa boleh buat. Mungkinkah dengan transaksi aktif rakyat malaysia membeli … [Read more...]
Kalau Macam Ni Tak Payah Masuk Sekolah, Tak Payah Masuk Universiti lah?
Dua belas tahun kita duduk di alam persekolahan. Lepas tu kebanyakkan kita masuk universiti, kolej-kolej atau mana-mana institusi pengajian tinggi. Tapi yang sedihnya sekolah atau universiti tak mengajar kita cara survive dalam hidup bila keluar nanti. Kat sana cuma ajar kita mengejar gred dan pointer. Agak kasar tuduhan itu. Namun hakikatnya begitulah. Bila ditenung direnung dalam-dalam, cuma berapa peratus ilmu yang diajar di sekolah ada kaitan dengan kerja kita. Berapa banyak pulak subjek² … [Read more...]
Kenapa Pilih iPhone
1. Sebab iOS. Sistem Pengoperasian iPhone direka untuk menyokong beberapa generasi sebelumnya. iOS 13.2.3 yang terkini (2019) masih menyokong iPhone 6s (2015). 2. Bagi yang beruang (ber-wang) boleh dapatkan iPhone terbaru iPhone 11 Pro Max dan dijangka iOS-nya boleh ditingkatkan lagi sehingga 2023. 3. Bagi yang bukan beruang (ber-wang tapi ciput) boleh dapatkan iPhone 6s dan masih berpeluang up-to-date dengan iOS 13.2.3. 4. AppleID dalam iPhone membolehkan ia … [Read more...]
Smart Watch Mirip Apple
Semalam keluar satu lagi model jam tangan pintar Xiaomi Mi Smartwatch yang dikatakan lebih murah dari Apple Watch. Nampaknya jam pintar semakin mendapat tempat dihati pengguna. Smart Watch mirip Apple tapi lebih murah. Akhirnya keluar juga original copy apple watch versi Android. Hahaha. Memang function dia banyak yang sama. Paling aku minat Smartwatch Xiaomi ni boleh masuk eSim. So dapatlah kiranya mengurangkan masa aku dengan telefon. Harap-harap harganya mampu milik. Nak beli apple watch … [Read more...]
Domain Name Hampir Tamat Tempoh Ni
Aduh! Domain name aku hampir tamat tempoh. Dua tiga kali bukak bil. Aku perhati sehuruf demi sehuruf. Masih berbaloikah untuk diperbaharui? Memandangkan telah lama aku tinggalkan aktiviti menulis, aku rasa ada baiknya terus dikuburkan saja blog ini. Jauh di sudut hati aku, satu perasaan sayu. Domain name inintelah berusia lebih 10 tahun. Memang sayang nak dilenyapkan. Tengoklah nanti, kalau wujud lagi lepas raya blog ni, maknanya aku dah renew dan berazam yang sangat mustahil dilaksanakan.. … [Read more...]
Sekali air bah, Sekali pantai berubah
Bismillahirrahmanirrahim. Bila datang yang baru, yang lama berlalu pergi. Kita ambil beberapa contoh yang terpampang depan kita. Bila datang memory card, filem gulung ditinggalkan. Kedai gambar yang selama ni hidup dengan mencetak gambar semakin sunyi. Orang tak begitu teruja mencetak gambar ke atas kertas. Memadai lihatnya di skrin iPhone. Memory card pun semakin sunyi dek kerana Cloud.Bila datang USB Pendrive, DVD, CD-RW, diskette, Pearless dan lain-lain ditinggalkan sepi. Sikit hari lagi … [Read more...]
Bab 7: Dimana aku
Aku adalah saksi yg melihat para dewa meluru turun dari tiap-tiap tempat tinggi. Aku berdiri di tepi liang kubur. Dari sini aku melihat para dewa, Pahlawan Agung, Rose Merah, Cerdik pandai, Kebayan, Kera Kaduk, Pak Sheikh, Bitara Tanpa Nama, dan Orang Halus masing-masing berebut dunia. Cuma wali-wali saja yang tak bersungguh minat dengan dunia. Wali-wali lebih gemar bersuluk dalam kelambu, dalam selimut. Bila wali-wali keluar dari kelambu, ramai lah orang yang mereka hukum masuk neraka. Dimana … [Read more...]
Bab 6: Menghadapi Kebayan
Kebayan orang lama yang kisah silamnya terlipat rapi. Katanya dia Melayu, walaupun hidungnya tidak pesek. Katanya dia Melayu walaupun dia hanya bantu kaum keluarganya sahaja dan Melayu celup seangkatan dengannya saja. Katanya orang itu, orang sinun, dan orang entah siapa tak cekap, tak pandai. Cara dia saja yang betul. Tapi dia paling lama pegang cokmar, tak setara mana juga. Malah banyak juga yang rosak. Ketuk dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih. Kebayan itu pandai merupa … [Read more...]
Bab 5: Aku, orang halus dan Dewa-dewa
Aku adalah saksi yang melihat para dewa meluru turun dari tiap-tiap tempat tinggi. Ketika mereka berada di tempat tinggi, dewa-dewa sering menurunkan makanan buat orang halus. Lima tahun sekali mereka turun bersemayam atas astaka lalu memberi ingat kepada orang halus apa yang telah mereka beri. Lalu orang halus mendewakan mereka. Asal dulu dewa-dewa juga melata di bumi bersama orang halus. Bersama-sama melawan sekutu Masaleikh dan pelbagai petualang lainnya. Dari situlah dewa-dewa diberi mandat … [Read more...]
Bab 4: Kebayan yang bersalahan dengan Cerdik pandai
Kebayan bukan kuat berdiri, apalagi hendak mendabik. Tapi langkah Kebayan beriring hulubalang yang banyak. Hulubalang yang berjalan dalam terang dan yang menyusup dalam semak. Kebayan ialah musuh hakiki cerdik pandai yang menulis rumi dari kanan ke kiri. Itu ialah gara-gara Kebayan baca tulis ruminya dari kiri ke kanan, dan baca tulis jawinya dari kanan ke kiri; sangat bersalahan dengan cara cerdik pandai. Ilmu Kebayan dapatnya dari perjalanan Kebayan dengan tongkat reput yang sepadan dengan … [Read more...]
- « Previous Page
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- …
- 92
- Next Page »