Bismillahhirrahmanirrahim.
Di sini saya tuliskan beberapa perkara perlu tahu tentang Android. Setidaknya perkara asas untuk pengetahuan pengguna Nokia 3210 atau 3310 atau 8850.
1. Android ialah sistem operasi untuk telefon pintar. Ia dibangunkan oleh Google. Ia open source iaitu kod sumbernya tersedia kepada sesiapa saja yang berminat. Boleh modified sendiri kalau pandai. Jadi ia boleh disesuaikan dengan pelbagai alatan khasnya telefon pintar.
2. Jadi bila disebut “telefon Android” maknanya ia ada macam-macam jenama dan model. Dalam pelbagai saiz, bentuk dan spesifikasi. Ada jenama Samsung, HTC, LG, Motorola, Lenovo, Sony, Ninetology dll. Harga pun ada yang mahal melebihi iPhone dan ada juga yang murah tahap lelong.
3. Ada beberapa store atau kedai online untuk kita dapatkan app yang diperlukan untuk telefon Android seperti Google Play, GetJar, Opera Mobile Store, 1Mobile, Mobango, CNet, Aptoide, Yandex dll. Ada app yang percuma dan ada yang kena bayar. Ada app yang boleh digunakan dimana-mana telefon Android samada yang mahal atau murah. Ada juga app yang hanya boleh digunakan di telefon Android dengan spesifikasi tertentu. Jadi, perlu baca keperluan minimanya sebelum Buy setiap app.
4. Pandangan peribadi saya… Kalaulah keperluan utama kepada telefon hanyalah untuk komunikasi, memadailah dapatkan sebuah telefon pintar Android berharga kurang RM500. Telefon Android RM500 ni, spesifikasinya sudah cukup untuk keperluan kepada facebook, Twitter, WhatsApp, WeChat, Line dan Instagram.
5. Dengan telefon Android RM500 sepadanlah dengan kad sim pasca-bayar. Plan pasca-bayar hari ni pakej sekali dengan plan internet asas (internet slow) percuma. Jadi kuranglah penggunaan SMS dan Call. Guna saja WhatsApp atau WeChat. Jimat pun jimat.
6. Disebabkan Android boleh disesuaikan dengan pelbagai jenama dan model telefon, telefon Android yang mahal dapat ditiru dengan lebih mudah. Android Samsung Galaxy S4 cap ayam boleh dibeli pada harga sekitar RM550 sahaja. Jadi jika tengok member gunakan S4, janganlah tanya, “Tipun hang ni ori ka fake punya?” Kalau member tu beli yang ori tentulah terasa hati. Seeloknya tegurlah, “Huih, S4 ni… Tipun mahal ni. Bila la baru aku bleh beli..” Ada ler kembang sikit member tu. Tak kiralah dia beli yang ori atau cap ayam.
7. Android dan jenama. Untuk Android dari jenama yang megah seperti Samsung, HTC, LG, Motorola, Lenovo, Sony terdapat beberapa app dan ciri tambahan disertakan bersamanya. Jadi bila ada Android versi baru atau perisa baru release, janganlah gatal tangan update atau upgrade terus. Tapi update melalui pengeluar telefon tu sendiri untuk pastikan telefon tu stabil selepas upgrade.
8. Sinambungan dari point nombor 7, telefon Android berjenama turut disertakan keupayaan istimewa yang mengawal penggunaan resources secara pintar, khasnya penggunaan bateri. Sebaliknya Android jenama cap ayam akan guna resources yang ada sesuka hati terutamanya bateri. Standby tak buat apa-apa pun, bateri boleh habis begitu saja. Jadi perlu install Battery Doctor. Baru efisyen. 🙂
9. Jangan tidur dengan telefon pintar di sebelah. Frequency telefon pintar seperti Android dan iOS lebih kuat dari perkakasan yang lain. Bahaya untuk sel tubuh. Masa tidur jauhkan. Terutama jika telefon Android kita tu jenama cap ayam yang termurah.
10. Kena redha. Telefon pintar Android memang lasak habiskan kuasa bateri, khasnya bila online atau main game. Kalau dengan penggunaan biasa yang tak sampai tahap “mengabaikan anak isteri”, telefon tu dapat bertahan selama hampir satu hari, kira OK sangatlah tu. Jangan pula nak dibanding dengan Nokia 3310 atau telefon biasa yang harga RM79 tu. Memang tak terbandinglah. Hehehe…
Sekian.
leeza dayasari says
thx for sharing
Rina says
Smartphone saya juga memakai OS Android
Terima kaish atas info ini, jdi bisa menambah wawasan mengenai Android..
Achik Ezz says
Nokia juga tetap di hati..terbaek. Android memang giler sedut bateri…good info…
Anak Askar Pencen says
Kat PC Fair KLCC baru ni, saya tengok Lenovo ada buat offer smartphone Android Jellybean pada harga RM279. Processor pun boleh tahan, 1.2GHz. Rasa macam menyosal pulak beli Galaxy Y yang harga RM399 ni. Processor Galaxy Y cuma 700MHz je, then guna Gingerbread pulak tu. Kalau sabor sikit, dah boleh jimat dah. Haha
Amar says
Good info for the rest. Thanks bro.