Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / 10 Sebab Kenapa Jangan Beli iPhone

10 Sebab Kenapa Jangan Beli iPhone

28 November 2013 by Cikgu Hairul

20131128-010243.jpg

Bismillahhirrahmanirrahim.

Bukanlah saya anti iPhone. Saya juga pengguna iPhone. Saya tuliskan ini sebagai sesuatu yang perlu ambil tahu tentang iPhone khasnya kepada yang berminat untuk beli iPhone. Sebelum beli, baca ni dulu.

1. Skrin iPhone kecil. Keyboard touch screen pun kecil. iPhone 4s dan yang terawal cuma 3.5″, iPhone 5 dan yang terkini cuma 4″ sahaja. Sedangkan Adroid phone tawarkan pelbagai saiz skrin yang biasanya lebih besar.

2. iPhone susah dijaga. Body iPhone dibuat dari metal dan kaca. Sentiasa kena jaga-jaga takut calar. Beli cover yang biasa tak sampai maksud, beli pula cover yang mahal.

3. Apple perbodohkan pengguna iPhone dengan pelbagai cara. Apple tampilkan Siri dalam iOS 6 tapi hanya untuk iPhone 4s dan terkini. Apple tampilkan Airplay dan AirDrop dalam iOS 7 tapi hanya untuk iPhone 5 dan yang terkini. Kalau pengguna nak, sila beli iPhone baru.

4. Apple paksa pengguna iPhone untuk setia. Pengguna iPhone yang dah terpikat dengan app yang tersedia dalam App Store sukar untuk beralih kepada telefon pintar lain. Pages, Keynote, Numbers, iPhoto, iMovie, Garageband dan Momento terlalu memikat hati.

Rahsia Mudah Lulus Temuduga Kerajaan
Rahsia Mudah Lulus Temuduga Kerajaan

5. Home button iPhone masih primitif. Walaupun iPhone 5s dilengkapi dengan fingerprint sensor, tapi ia masih primitif. Home button ialah button yang paling banyak ditekan dalam operasi iPhone dan button inilah yang akan gagal dahulu berbanding button lain. Jadi Home button sepatutnya dibina sebagai touch button, bukan press button.

6. Control Center dalam iOS 7 masih tak boleh off/on Celular Data secara terus. Masih perlu masuk ke Settings untuk off/on sedangkan celular data inilah tukang perhabis bateri paling lasak. Tak praktikal lah bila fungsi penting ni disorok dalam Settings.

7. Notification Center dalam iOS 7 mundur ke belakang. Tap to Tweet dan Tap to Post yang merupakan ciri menarik dalam iOS 6 dikeluarkan bila ditingkatkan ke iOS 7.

8. iPhone tak ada fungsi Schedule. Do Not Disturb dalam iOS 7 terlalu simple, tak boleh harap. Schedule yang pengguna perlukan ialah yang boleh mengawal aktiviti setiap app supaya penggunaan bateri dapat dimaksimumkan. iPhone tak ada keupayaan ni. Do Not Disturb dalam iPhone cumalah idea mengarut.

9. Apple busy body. Bila beli iPhone, pengguna perlu register AppleID untuk membolehkannya download app dari App Store. Masa register pengguna akan “ditelanjangkan” dengan semua maklumat kena beri kepada Apple termasuk nombor kad kredit. Manakala untuk pengguna iPhone 5s diumpannya pula berikan cap jari. iPhone ni mengumpul semua maklumat sulit termasuk Photos, Contact, Location dan semua yang berkaitan dengan Sosial network kita.

10. iPhone dikekalkan dengan harga yang eksklusifnya. Kalau nak murah, orang akan beli dari Telco macam Maxis, Celcom dan DiGi. Kena patuhi kontrak langganan. Maka jadilah hamba abdi Telco untuk komitmen bulanan yang merepek dan menyiksakan. Kira balik betul-betul sebenarnya tak murah pun. Malah lebih mahal dan merugikan.

Solusi terbaiknya ialah jangan beli iPhone. Beli saja smartphone Android yang harganya kurang RM500 body plastik. Tak perlu tambah modal beli cover. Guna “naked” macam tu saja. Habis action pun tampal skrin protector. Guna pula dengan prepaid pakej internet asas percuma. Otak tak sakit, jiwa pun tak kacau.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Fadhil Husin says

    28 November 2013 at 09:05

    Saya pun guna iPhone. Tapi saya tak pasti entri ini ditulis secara sarkastik ataupun memang betul. tapi rasa macam betul je. huhu. point 3,6,7,9 tu memang saya sokong.

    Reply
    • Amar says

      28 November 2013 at 12:44

      Ia adalah pandangan peribadi saya. ๐Ÿ™‚ Terutamanya point nombor 1, 5, 8 dan 9.
      #1. Apple kata skrin kecil untuk kawalan satu tangan. Saya tulis entry ni dengan iPhone perlukan dua tangan juga. Satu tangan mana jadi.
      #5. Apple tak sanggup terhina tiru idea dari Android phone secara terang-terangan.
      #8. Apple sedaya upaya taknak pengguna ambil tahu bab ni. Kononnya iPhone boleh urus sendiri. Tapi iPhone tak cukup pintar untuk meneka dan memahami keperluan pengguna yang macam-macam.
      #9. Memang tak selesa dengan polisi Apple. Info kad kredit sepatutnya optional sejak mula. Kita tahu Apple benarkan kita keluarkan semula info tu dari AppleID. Tapi lebih baik jika kita tak perlu berikan langsung. Apple nak juga maklumat kad kredit, paling tidak sekali. Memang cara Yahudi macam tu.

      Reply
  2. suri says

    28 November 2013 at 10:51

    salam tak mampu nak beli sebab pikir banyak benda nak dapatkan lagi.kalau dapat percuma best erk heee

    Reply
    • Amar says

      28 November 2013 at 12:49

      Android yang kurang RM500 pun dah best sekarang. Isteri saya guna Android Ninetology RM350 pun OK jer. Cuma satu komplennya, rimas kena hati-hati takut jatuh. Tak macam phone lamanya yang ketinggalan zaman tu. Satu hari jatuh 8 kali pun selamba jer.

      Reply
  3. anif says

    28 November 2013 at 21:13

    Kalau sudah minat dan suka.. cerita negatif tolak tepi! ๐Ÿ˜€ hehe..

    Reply
  4. titan says

    28 November 2013 at 22:31

    sebab tu la aku tak angkat smartphone lagi sampai sekarang. handset pun harga rm58 aje. pakai prepaid. hidup aman damai dan sentosa. haha..

    Reply
    • TehR says

      30 November 2013 at 12:03

      aik? macam sama dengan hp aku je

      Reply
  5. hafizmd says

    29 November 2013 at 15:22

    Nak kata sarkastik, tapi rasanya benar jugak. Apple terlampau ‘mengunci’ produk menjadi ekslusif hingga menyusahkan peminat baru mereka.

    Bab payah nak bertukar ke brand lain tu, ada benarnya…sebab ambe dulu2 pun macam ‘terjebak’ jugaklah…tp bila dah try android…rasa android pun baguih juga..

    So, terpulanglah utk masing2 nak yg macam mana =)

    Nice sharinglah bro!

    Reply
  6. Joe says

    29 November 2013 at 18:48

    Aku baru je nak beli Iphone baru… Haha

    Reply
  7. Amar says

    30 November 2013 at 00:31

    Iyalah. Bila baca balik bunyinya macam sarkastik sikit. Huhuhu… Tapi ia saya kira sesuatu yang Apple mungkin terlepas pandang. Atau mungkin Apple ada alasannya sendiri. Tapi Home button iPhone tu Apple perlu fikr semula.

    Reply
    • Helmy says

      7 November 2016 at 19:41

      3 tahun berlalu,akhirnya tim cook dengar hang punya idea..tarannggg..ipong 7 jadi bahan ujikaji..kehkehkeh..

      Reply
  8. TehR says

    30 November 2013 at 12:04

    macam ni gaya
    makin jauh la iphone dari aku

    Reply
  9. Rina says

    1 December 2013 at 08:10

    stategi marketing mereka nampaknya kurang friendly dan sangat buruk ya kalau kita punya versi lama dna ingin punya fitur terbaru seperti yang ada di iPhone versi terbaru, kita tidak akan pernah mendapatkannya dan mau tak mau kita harus mmebeli yang baru
    semoga pihak apple lekas membenahi segala hal yang kurang ini

    Reply
  10. pahan says

    1 December 2013 at 23:40

    ikut gak la bro.hehe. aku punya pendapat lain dari yang ni la.hehe.

    dari semua benda tu, aku hanya perlukan gadget yang tak lagging dan boleh custom sendiri os.hehe. aku maksudkan iphone yang dah dijailbreak. kalau ckp pasal iphone yang original, memang tak de guna la.hehe. aku pun benci semua tu.hehe

    Tanpa jailbreak, iphone tak de best. masalah skrin dan body tu je tak leh nak selesai but still terbaik kat poket aku la.haha

    Reply
  11. Rizuan says

    7 December 2013 at 16:46

    Actually aku lebih suka iOS 6 dari iOS 7. Tap to post & tap to tweet dah tak ada. Menyesal jugak update ke iOS 7. Aku lebih suka pada zaman Steve Jobs punya hasil kerja.

    Nak buat macam mana. Kalau Steve Jobs hidup semula mau ditampar-tamparnya muka Tim Cook tu.

    Reply
    • Amar says

      8 December 2013 at 14:00

      Design iOS 7 tu untuk dipadankan dengan iPhone 5c yang warna warni. Bila letak dlm iPhone versi awal agak peliklah jadinya.

      Untuk pengubat luka kehilangan “tap to tweet” dan “tap to post” dalam iOS 7, bolehlah cuba ni https://itunes.apple.com/my/app/post-post-to-facebook-twitter/id710173050?mt=8

      Manalah tahu dapat mengurangkan rasa rindu tu. Hehehe…

      Reply
  12. zik says

    3 February 2014 at 14:29

    kalau takda duit jangan belilah.. hehe.. tapi aku memang tak mampu nak beli… dengar dia punya problem fuh.. macam2 jugak ya.. ini aku pakai andriod biasa pun problem jugak.. hang jer..

    Reply
  13. aRz MoHa says

    9 September 2014 at 06:36

    Saya tak pasti samada pengguna iphone boleh terima atau tak entry ini.
    Tapi saya setuju dengan point terakhir menjadi hamba abdi telco.
    Sedangkan sekarang ini lambakan gadjet android serendah RM 500

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      9 September 2014 at 09:13

      Terima atau tidak kena telan jugak hakikat itu.. ๐Ÿ™‚

      Reply
  14. siti hazreen says

    11 September 2014 at 18:23

    Saya tak mampu nak pakai huhu

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      11 September 2014 at 22:13

      saya doakan akak dapat rezeki yang melimpah ruah sampai berkemampuan membeli iPhone 6 Plus.

      Reply
  15. muhammad azryn says

    27 September 2014 at 03:57

    Takyah beli iphone je beli samsung ke ape ke cer jadi cam aku samsung galaxy sy je dah berkemampuan pakai samsung note 3 neo lagi bagus ni pakai iphone silap download duit keluar fuhhh payah payah baik beli barang makan lagi bagus

    Reply
  16. nadhila says

    14 October 2014 at 13:27

    Iphone mmg fragile sikit…kalau ada anak kecik..lupakan je la nk gne iphone…jatuh skalik terus pecah skrin…hehehe

    Saya guna android je…lagi hard core dr iphone

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      17 October 2014 at 10:56

      Fragile, manja, mahal, tak bagus semua letak kat iPhone. Amdroid memang the best.

      Reply
    • Amar says

      5 January 2015 at 15:49

      iPhone Manja betul… Tak macam Lenovo, terhentak sikit jer atas meja, terus terbelah skrinnya. Tapi takpe, tak de orang nak komplen manja sebab Lenovo lebih murah. Lagi pun body plastik, orang dah set dalam otak, boleh lentok-lentok takkan pecah punya.

      Reply
  17. Abdur says

    24 October 2014 at 15:16

    Satu je sebab saya tak suka Iphone,

    Mahal gile!

    Reply
  18. Putri says

    12 November 2014 at 08:03

    Sarkastik jugak!

    Tapi apa-apa pun, rasanya Apple dah berjaya nak branding – kalau keluar tulisan 1000 sebab jangan beli iPhone pun rasanya orang masih beli iPhone because they trust the brand.

    Customer service bagus.
    Product guarantee cantik.

    And eksklusif – hello, sapa yang taknak eksklusiviti zaman sekarang ni? Berebut-rebut kot…

    Reply
  19. Gibby says

    15 November 2014 at 23:18

    Setuju tu tapi bab Apple ID tu buleh berdaftar secara tanpa kad kredit…daftar kat iTunes ruangan settings…free..x semua berbayar apps nya…whatsapp tak perlu bayar pun setiap tahun..ianya free sepanjang hayat kita(selagi whatsapp masih ada)..fb, twitter, wechat,beetalk & banyak lagi free…so yg lain dari tu mmg setuju..contoh bateri iPhone mmg teruk..cepat drop..

    Reply
    • Amar says

      5 January 2015 at 15:47

      Yup. Boleh daftar kat iTunes. Tapi kena tied dengan produk Apple… Mac, iPhone, iPad atau iPod. Mudahnya Apple masih busy body.

      Reply
  20. Pandan says

    16 November 2014 at 13:38

    Iphone dh di jailbreak mmg best….. Apps yg best2 kasi sdut….

    Reply
    • Amar says

      5 January 2015 at 15:45

      Memang ramai pengguna iPhone yang jailbreak device ni sebab tak tahan dengan kerenah limit Apple. Hehehe..

      Reply
  21. gadgetfreak says

    2 January 2015 at 09:53

    selama ni saya pakai semua jenis fon cakap je fon apa semua saya pakai.. dan apa yg boleh sy bt kesimpulan adalah iphone adalah yang terbaik! seriously! byk point yg saya tak setuju, contohnya point no 3, sebab saya boleh je pakai ios 7 kat iphone 4s saya.. semua tu ada cara, kena pandai.. so cuba buat research dulu.. kena rasai dulu baru kita tahu..

    #sayagadgetfreak

    Reply
    • Amar says

      5 January 2015 at 15:44

      iOS 7… jangan kata iPhone 4S, iPhone 4 pun boleh. Tapi ciri tambahan baru yang ada dalam iOS 7 tu terpaksalah dikorbankan (AirPlay, AirDrop). Sama seperti intall iOS 8 dalam iPhone 4S… Boleh jer tapi lembab tahap beruang koala lah jadinya. Yea, ramai pengguna buat research dan pandai belaka, tapi masih tertakluk kepada limit yang Apple tetapkan.

      Reply
      • Arbi says

        26 March 2016 at 09:50

        Tolong.. saya guna iphone 5s, guna celcom prepaid. Kredit asyik kena potong je. Pastu bila check balance, bal yg ada x tepat,jap rm 5, jap rm3, jap rm6 dan skrg tggl rm 2. Hui.. pening2. Ada sapa2 blh tlg x?

        Reply
        • Amar says

          28 March 2016 at 12:50

          Tukar guna simcard MyXOX jer. Nombor boleh menten.

          Reply
  22. Raja Ashyikin says

    13 February 2015 at 10:38

    assalam.
    Skrin iphone manja,fragile,mcm baby kena jaga betul2?
    Ini fakta ke auta? Ipohe saya ni dh lebih 10x jatuh ,terhempas ke lantai pun penah tapi tk de pun retak atau pecah pun.
    Korang yang kata iphone ni tk bagus ni sebenarnya dah penah guna ke belum?

    Reply
  23. mia says

    21 April 2015 at 11:19

    ada app yg telephone lain xboleh lawan apple,sbb tu dia boleh bertahan

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      21 April 2015 at 11:43

      App apa tu mia?

      Reply
  24. Yun says

    9 May 2015 at 19:45

    Bru je nk beli iphone 5s …. tpi mcm2 dengar…….
    i je y membimbangkan,, iphone xblh nk transfer ke laptop ke, komp ke, pc ke, … is that true…? Hm. Xder back up laa…
    #TakotHilangKenangan

    Reply
    • Yun says

      9 May 2015 at 19:47

      #pembetulan
      i= 1 je y mmbimbangkn,,
      bkn transfer iphone,, transfer gmbr2 or anything je ke laptop,pc or komp??..

      Reply
    • Amar says

      15 May 2015 at 18:26

      Tak betul. Data dalam iPhone boleh transfer ke komputer melalui iTunes. Boleh download iTunes dari http://www.apple.com

      Reply
  25. Yun says

    9 May 2015 at 19:48

    #pembetulan
    i= 1 je y mmbimbangkn,,
    bkn transfer iphone,, transfer gmbr2 or anything je ke laptop,pc or komp??..

    Reply
  26. musadun says

    9 June 2015 at 06:26

    orang pakai hanpphone sekarang ni ibarat nak bagitahu,

    “wei, aku ada duit weii..tengoklah!”

    Reply
  27. iphone user says

    2 October 2015 at 00:22

    maka ko pakailah android lembap dan lagging sana sini.brg murah mmg hampeh..kit kat,lolipop lps ni buat android version taik kucing plk.hahahah

    Reply
    • Amar says

      2 November 2015 at 21:53

      lagging? yea ka?… aku pakai elok ja… hang ja yg lagging tu… banyak lagi hang kena mengaji tu syeikh…

      Reply
  28. saps ibubapa says

    27 December 2015 at 15:31

    tengah mencari-cari review pasal iphone 5c, terjumpa ni..banyak gak ye benda kena consider sebelum beli iphone ni

    Reply
  29. Cucimata says

    27 December 2015 at 18:38

    Bg aku sape yg suke download app lagu ke secara free beli jela android. Tp jgn le beli yg cikai sgt.. Tahap lagging dia amat teruk. Dl pakai samsung note 2, ok la bab lagging tu still ada pas2 pakai lenovo s939 pn lg teruk dr samsung note 2. Skrg pakai iphone 6 plus mmg menarik lagging mmg xla, hank x jgk. Cuma nk share video gmbr guna bluetooth xblh. App klu yg premium byk nk kene beli kecuali jailbreak. Bg aku sape yg xnk lagging rasa nk smooth ambek la iphone. Tp sape yg suke mendownload secara free tu better ambek android. Xyh nk gatal tgn sgt nk pakai iphone bt menyusahkan diri anda. Serba sedikit nukilan dr yg xbape pakar. Tp sejak aku pakai iphone ni bini aku jeles je sbb ape??? Dia pakai samsung note 3, dia sgt jeles sbb note 3 dia hank. Hehehe.. Tq

    Reply
  30. Afiq hisham says

    13 April 2016 at 19:43

    saya pengguna iphone 5c,smpai sekarang semua tiptop ,tak ada hang, ios 9.1.3 lagi hahahaha,yang cakap iphone manja la apa lah,tu semua tak betul. Jeles tu senanya XD kah! Iphone memang lah bateri cepat habis memang apple reka mcm tu.Nak beli iphone kerja yang elok2,jngan nak kondem iphone mahal padahal tak mmpu!

    Reply
    • Sophia says

      13 April 2017 at 19:17

      Kalau mampu pakailah janganlah nak menunjuk dan hina orang tak mampu cemburu ke apa. Setiap orang ada pengalaman berbeza mungkin dia terkena iphone yang ‘bad hardware’ atau cacat masa pembuatan. Hal ini berlaku kepada semua alat elektronik. Kadang-kadang nak tuntut warranty tak boleh sebab bila periksa tiada cacat. Saudara sebenarnya berlagak, tolong merendah diri bila bercakap.

      Reply
  31. Sekadar Hak Bersuara says

    25 April 2016 at 07:06

    saya guna iphone lama sangat dan terasa nak pakai fon lain selain iPhone sebab saka nak tukar rase . lepas tu terasa apesal la tak tukar dari awal iPhone tu sebab betul semua yg dikatakan di atas ! satu patut tambah iPhone tak user friendly dibanding yg lain. nak tukar them icon pon kene bayar, kalau tak bayar kena jailbreak. hampeh. apepun iPhone mng tahan lame tapi bukan bateri la yg tahan lame ek. haha

    Reply
  32. auni says

    5 May 2016 at 11:17

    “nak beli iphone kerja yg elok2” hahahaaa… ayat buat aku gelak. takat gaji kau below 10k, jgn nk kecoh suruh org lain keja elok, buat malu je sbb gaji org komen kat atas tu 30k cek oii

    Reply
  33. Oh! MotoGP says

    12 June 2016 at 11:33

    aku pula sudah lama tinggalkan iPhone .. sejak dari 2010 aku bukan lagi pengguna iPhone sehinggalah ke hari ini.

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      9 September 2016 at 07:06

      Kenapa bro? Boleh share? Kot-kot boleh jadi satu artkel dalam blog saya ni..

      Reply
  34. Abg ja says

    8 September 2016 at 22:30

    Bagi saya memang kalau kita tgk segi iphone nih cerewet sikit tapi bila kita dah rasa pakai iphone nih baru kita akan faham semua kelebihan iphone nih . Tak kisah lah pakai android ka iphone ka tetap ramai pengguna nak kan smartphone yang tidak lagg , spec cun dan harga berpatutan. Apple jual mahal pun sebab iphone nih pakai cip apple sendiri seperti A8 , A9 dan baru A10 fusion . Segala battery , sistem , sound ka apa semua bergantung pada cip tu . Memang ios kini banyak problem that why ios kerap update untuk membetulkan problem satu per satu. Bagi aku android still the best for everyone sebab kalau tgk skrang pun dah banyak smartphone under rm700 pakai 3gb ram 2.0ghz keatas dan dah pakai 64-bit . So bezanya just pada komponen smartphone ja iphone ada cip android tak pakai cip dan kemungkinan bakal pakai . Asus zenfone yang pakai cip intel pon masih lagi tak mampu nk tandangi cip intel nih . For me who want smartphone exclusive pakai ja pi ja mana2 smartphone tetap sama tapi nk nmpk lagi exclusive boleh ja pakai iphone dan cuba pengalaman pakai ios . Kalau sapa suka custom2 still lagi terpikat dengan sistem android nih leh lah pakai android. Tak kisah janji pandai jaga . Tu yang penting

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      9 September 2016 at 06:58

      I agree wth u bro.. Pakai phone ni ikut kegunaan la senang.. Apa pun jenama, kalau memenuhi speaifikasi yg kita tetapkan, go on lah..

      Reply
  35. Helmy says

    7 November 2016 at 20:01

    Org yg komen “kalau takda duit pakai la android” ,”ala xda duit cakap je la”…!!!

    Ekle..ipong mahai,ntah2 kredit pun pon topap 5 ringgit..

    Lepak mamak oder teh tarik roti kosong,duk berejam2 pakai wifi mamak..

    Call pun pakai whatapp punya app free call..
    Tambah lagi 1,walkie talkie wecat bangang tu…!!bhahaha..

    Renti2 kan la belagak wahai ipong user..pakai semata2 nak nunjuk,sanggup ngelupor ikat perut kedarah meggi..

    Kredit preapid pun tunggu gaji…hahahaha..

    Acah2 hebat..ipong user yg eksyen(bkn semua) blh rendam ipong hangpa dlm mangkuk megi..

    Reply
  36. Sayya says

    3 December 2016 at 23:20

    Baru beli i phone 7+ 128 GB. ..Harga 4299 nett dekat machine outlet.. tertarik dgn warna black baru ….

    Sebelum ni guna note 1, note 3 dan note 4…

    So far, rasa biasa ja pakai ni….nyesal pon ada. ..hahaha…sebab mcm tal padan dgn harga barang yg dapat…

    Lps tu terlalu byk limitasi….rasa mcm bodoh jer apple ni…nk transfer wasaap history pon tak boleh from android to ios 10.1 ni… nk instal dual wassap pon tak boleh…lps tu nk kena scronize dgn i tunes yg download kt komputer baru belh transfer music ke….ei …aku rasa rimas la…semua mya limit…rasa mcm pakai nokia symbians n97 dulu2 ja….

    Dan lain2 yg aku rasa mcm pelik…terutamanya butang silence yg pakai suis mcm lampu suluh utk on off kt tepi henpon!!!!

    Ni tgh pertimbangkan utk jual balik dan upgrade kepada huawei mate 9 atau pon note 8 ( entah bila lancar !!)

    Reply
  37. cik iss says

    13 January 2017 at 03:21

    sat..

    Reply
  38. singorez says

    28 February 2017 at 20:47

    Assalamualaikum, nak menyampuk jugak la, nak guna telefon pintar ikut bajet poket sendiri, tapi harus paham hp ada dua jenis iaitu mahal laju murah slow. Kalau hp android yang mahal ok la laju kalau yang murah? Erhmm… “Jangan buang masa membelek hp yg slow, buang masa” Isteri saya pernah guna 2 kali hp android dan selalu tension kerap sangkut. Lepas beli iphone tiada lagi rungutan, heh.. Bukan nak angkat apple tapi lebih selesa guna apple yang simple tak banyak hal mcm android yang memandai-mandai mengupgrade dengan sendirinya, servis tu servis ni sistem apa lagi tatau la, sapa yang dh guna iphone dia tahu apa kelebihan dan kelurangan dia, pernah iphone rosak tapi under warranty depa x repair tapi tukar yang baru terus, aku pakai iphone 4 saja dan dah x boleh nak upgrade dah takat IOS 7 saja.. Huhuhu… Tapi dh jadi slow tahap gaban sebab processor lama RAM pun kureng. Kalau nak iphone memang tak banyak menda nak modified maksudnya terhad, guna saja apa yang Apple buat umpama beli ferrari dan pandu saja x perlu nak modified tukaq spoiler sport rim bagai, tapi ada option boleh Jailbreak, bila jailbreak boleh tambah modified mcm2 segala mak nenek malah boleh download app/ game berbayar secara percuma. Dah beratus-ratus app dok download, pasal sync dengan iTune tu ada option boleh guna app lain tapi jangan sync iTune balek kalau dh guna app lain nanti iTune buang habes kalau dia detect apa menda dlm iphone yang bukan dari iTune termasuklah mp3.. Kalau ada 100 mp3 yg bukan dri iTune dia delete habes, hareii… Apa-apa pun ikut masing2 punya sukalah, jgn beli hp murah dan menyesal sebab lembab tak boleh nak download pasai memory x cukup, hahaha.. Byeee ….

    Reply

Trackbacks

  1. iPhone selepas 3 tahun says:
    2 March 2017 at 00:31

    […] celik, pejam celik, dah 3 tahun dah post ni 10 Sebab Kenapa Jangan Beli iPhone. Post ni sebenarnya ditulis secara sarkastik. Bagi yg faham, faham […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 ยท BG Minimalist on Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in