Walaupun kaki tangan terikat, namun hatinya senang. Melihat gelagat manusia saban petang menjinjing makanan kiri dan kanan. Yang akhirnya ke tong sampah jua dibuang. Kepada yang beringat nak jimat, tahniah kerana anda membuat syaitan bengang.
11 bulan memang cukup untuk mentarbiah manusia. Lepas itu sebulan tanpanya pun manusia mampu melaksanakan tugasan dengan selesa. Malahan lebih baik lagi. Tak payah disuruh, tak payah dibisik. Melaksana segalanya dengan rela.
Gembiranya syaitan melihat gelagat manusia yang masih mencaci maki. Gembira syaitan melihat manusia masih menyebar fitnah sana sini. Gembiranya syaitan melihat manusia membazirkan makanan. Gembiranya syaitan melihat manusia masih mendedah rambut dan lengan.
Layanlah nafsu tu semahumu. Apa yang tidak pernah ada 11 bulan yang lalu, pasti akan kita ketemu. Hebatnya Ramadhan, membuat tertawanya manusia dan syaitan.
Awas! 11 bulan latihan sebulan ini penentu kejayaan. Berjaya kita, kecewalah syaitan. Gagal kita, bersedialah dicop sebagai rakan
waiman takwa says
Jika boleh segala amalan di bulan ramadan ini kita teruskan. Insya Allah sebulan cukup buat manusia insaf seinsafnya.
Cikgu Hairul says
Harapnya begitu la. Sebulan pun cukup untuk kita menyahkan syaitan dari hidup kita.
Zuan says
jom perkasakan ibadah kita!
salam ramadhan ^^
Cikgu Hairul says
Insyallah sama-sama la kita
faizalPj says
11 bulan bukan masa yang lama.sekejap jer
kakiblog says
saya tak nak bersaudara dengan syaitan…ia mengajak kita ke neraka jahanam
daddydee says
sungguh mendalam sekali entri ini…Terima kasih kerana memperingatkan…
titan says
11 bulan yang penuh dugaan..
Hafizul says
Emm satu bulan..bulan ramadan..kita tak digoda dengan syaitan tapi digoda dengan hawa nafsu…sebab tu dalam bulan puasa, ada sahaja orang yang jahat perangainya..sedangkan saitan telah diikat…
Ahmad says
maka dari itu … jauhilah perbuatan syaitan