Bismillahirrahmanirrahim.
Bila dengar Sale terus kita hilang pertimbangan. Ada yang lupa diri, ada yang terawang-awang, ada juga yang merancang strategi. Strategi bagus, tapi jangan salah langkah.
Hari ini Apple buat Sales melalui Machines dan Switch. (12.12 Sale). Apple tawarkan discount murah nak mampus. Tapi tak mampus. Jadi zomba jer. Tak hidup dan tak mati. Saya ambil satu item saja untuk cerita kat sini.
MacBook 12″/1.2GHz m3 processor/8GB memory/512GB SSD Storage pada harga RM3999. Masa launching dulu MacBook ni harganya RM6699 tapi tak dapat sambutan. Seakan model ni untuk celup kaki di air dalam. Untuk test sahaja. Dengan perbandingan harga masa launching dan hari ni, discount tu ialah RM2700. Banyak kan? Mungkin ada yang fikir secara bijak untuk beli dan trade semula selepas sebulan atau setidaknya selepas puas test drive. Tapi bacalah sikit untuk makluman.
- Processor m3 bukan untuk performance macam Core i3, i5 dan i7. Sebaliknya m3 untuk penjimatan bateri.
- MacBook 12″ ni tak ada port USB3 yang biasa. Sebaliknya hanya ada satu port untuk semua. Untuk charging, USB dan segala bagai cable yang nak connect ke MacBook ni. Jadi guna port USB-C. Kena ada sekurang-kurangnya satu converter (USB3) untuk cucuk pendrive atau external drive. Converter ni Apple jual RM89 setiap satu. Kalau di kedai computer biasa boleh dapat sekitar RM35.
- Sebelum ni Machines ada cuba buat clearance MacBook 12″ ni pada harga RM4999. Tapi 12.12 sale jual harga RM3999. Jadi market value MacBook 12″ ni pada hari ni ialah RM3999. Kalau lagi sebulan korang jumpa orang nak jual MacBook ni, korang boleh congak lah berapa korang sanggup beli. Barang second kena lah kurang lagi harganya. Tak boleh la RM3999 juga. Apatah lagi kalau nak lagi mahal. Memang tak logik lah.
- Saya punya kiraan senang saja. Selepas setahun, kalau masih elok, value cuma 1/3 dari harga beli. Jadi ambil 2/3 dari harga tu bahagi 4 quarter. Itulah susut nilainya. Susut nilai mengikut quarter. Jadi bermula esok sampai 12 Mac 2018, nilai MacBook 12″ ni ialah RM3332.50 paling mahal. Jadi kalau korang nak beli, jangan bayar lebih dari nilai ni jika condition 10/10.
- Kalau kemek, kotak dah tak de, sticker tak ada. Atau ada issue lain, kena kurang lagi lah.
anuar says
Murah tu.. diskaun dekat separuh harga… siapa yg tengah cari notebook memang sesuai sangatlah beli… harga dah sama macam beli notebook biasa..
Khairul Amran says
Duit tak cukup la pulak. heheh
Ani Haryani says
12.12 tarikh nya cantik, banyak sale harini di adakan. Apple tu yang terbaik! diskaun berganda-ganda
Khairul Amran says
Bila bukak apple reseler, sekali down dah web dia. kecewa.
Hazmin Hamudin says
Memang murah. siapa yang tak guan heavy, boleh beli model yang ni.