Bismillahhirrahmanirrahim.
Hebat kemajuan teknologi kita hari ni. Hampir saja setiap orang bawa kamera dalam kocek. Kamera terbina dalam telefon. Dari VGA kamera sehinggalah 12 megapiksel malah 41 megapiksel. Hampir semua benda nak snap dan share di internet. Makan pisang pun snap hantar ke facebook.
Itu hang punya pasai la. Tapi kita terkilan ialah orang kemalangan putus anggota dan masih bernyawa tu pun di snap dan dirakam juga. Budak terselit di bangku pada hari pertama persekolahan pun snap juga. Ini membuka aib kepada mangsa. Cuba letak kita di situasi mangsa pula. Apa rasanya.
Tak cukup jika kita cegah diri kita dari melakukannya. Kita perlu juga cegah diri kita dari menyebarkan gambar-gambar tu kepada orang lain jika gambar itu dihantar kepada kita. Samada dengan saluran twitter, facebook, wechat, whatsapp, line, bbm atau apa-apa lah yang seangkatan dengannya. Elakkanlah dari jadi manusia yang suka mencanangkan aib orang.
Hari ini kita buka aib orang, kalau aib kita pula yang terbuka suatu hari nanti bagaimana? Seronok kut. Saya tak fikir begitu.
titan says
kamera bila diguna kat tempat yang tak betul..
macam itulah. kezaliman berlaku.
Hafizul says
semoga saya dijauhkan dari dugaan macam ni..memang naya lah kalau asyik suka bukak aib orang aje..emmm
Denaihati says
perkara sentitif macam tu mesti kita elakkan dari sebarkan.
Manan Qayyim says
bukak aib org… takot2 nanti aib kite pulak terbuke….
Firdaus Azizi says
Kalau dok share gambar yang mengaibkan memang sangat tak patut. Kena ingat yang kalau kita bukak aib orang, Allah akan buka aib kita di hari pengadilan.
Hazmin Hamudin says
Orang anggap benda tu remeh, sebagai gurauan je. tapi sedar tak benda dah tersebar dekat internet memang tak boleh nak sekat lagi. bayangkan budak yang dah diaibkan tu dah besar nanti. Memang malu la tengok gambar tu.
kakiblog says
manusia suka nak berkongsi…masalahnya benda yang nak dikongsikan bukan menguntungkan..lain kalau kongsikan cara buat duit online
Rina says
Sebelumnya seharusnya kita mesti minta izin pada si mangsa yang ada dalam foto. Bila sekiranya boleh tak apa untuk di share di internet, mungkin saja nantinya bisa memberi pelajaran buat kita untuk selalu hati2 dan waspada
Amar says
Membuka aib orang tu sesuatu yang sangat memalukan diri orang tu dan diri kita juga.
Malaysia Tercinta says
Kamera ni hanyalah tool, pemiliknya lah yang putuskan nak buat apa dengannya