4 Nikmat Wajib Disyukuri Setiap Hari.
1. Nikmat Hidup.
2. Nikmat Iman.
3. Nikmat Sehat.
4. Nikmat Masa.
Alhamdulillah kita masih dihidupkan hari ini untuk menikmati kehidupan dunia. Besarnya nikmat hidup sehingga dengannya kita mampu bertaubat di atas segala kesilapan dan dosa yang lalu.
Tanpa iman manusia akan ke Neraka. Bersykurlah atas nikmat iman yang tak ternilai ini. Ramai manusia yang mencari-cari iman. Lalu Allah berikan merika keimanan. Namun ramai juga yang Allah sesatkan mereka lalu mereka hidup di dunia ini tanpa keimanan kepada Allah. Rugiii.
Begitu juga dengan nikmat sehat. Kita bangun pada pagi ini tanpa rasa sakit-sakit dan pening kepala. Kita sehat dan mampu menjalani kehidupan seperti biasa. Ingat, jaga kesihatan sebelum datangnya sakit. Pesan Nabi itu jangan kita pandang rengan. Nak jaga kesihatan, kena jaga makan. Kena jaga kebersihan.
Seperkara nikmat lagi ialah nikmat Masa. Masa terluang untuk membaca peringatan ini jangan di sia-siakan. Bersyukurlah kerana adanya masa terluang untuk kita saling ingat mengingati. Ingat pesan Allah dalam surah al Asr-
Demi masa, sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Kecuali mereka yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan mereka yang sabar.
Syukuri nikmat ini setiap hari dengan melaksanakan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya.
titan says
itulah, ramai orang kita sekarang kufur nikmat..
Amar says
Dan perbuatan kufur itu ialah perbuatan orang yang kafir.
Hafizul says
Emm terima kasih atas pringatan ni..
Amran says
Sama-sama bro.
Firdaus Azizi says
Terima kasih atas peringatan. Memang kalau depan, teringat masa sihat. Bila rasa tak cukup masa, teringat masa² yang terbaik begitu saja.