Hari ni baru ada masa nak menulis dan mengupdate blog. Seminggu ku sibuk. Relief kelas dari awal masa sampai akhir masa. Kesian juga pada sahabat yang hantar pelajar ke kejohanan sukan peringkat negeri. Apapun aku puas mencurahkan bakti kepada sahabat yang memerlukan.
Owh! rupanya ada tugasan yang belum aku selesaikan iaitu mengupdate blog. Kena buat juga paling kurang 3 hari sekali. Dalam kesibukkan dengan tugas tu baru ku sedari walau sesibuk manapun, kunjungan tetap ke blog-blog sahabat ni pasti akan aku buat setiap hari. Mula-mula tengok dulu ada update tak. Kalau ada update teruskan membaca.
Napa yerk aku suka baca blog korang semua? Mestilah ada sesuatu yang special. Meh tengok blog sapa yang aku sering kunjungi.
rohaizad.com- Ini adalah seorang blogger sepenuh masa. Banyak ilmu yang dicurahkan. Dari ilmu bloging, ilmu buat duit dan cerita-cerita pengalaman hidupnya diceritakan kat sini. Penyampaian yang santai lagi berinfomasi. Aku suka sangat tips-tips blogging dalam blog dia ni. Sebagai seorang blogger sepenuh masa pastinya pengalaman beliau cukup banyak dalam berblogging.
Ilmu dari seorang blogger sepenuh masa tak patut dipandang sepi. Bukankah pengalaman itu boleh menjadi guru yang paling berguna. Jadi segala pengalaman di rohaizad.com takkan ku sia-siakan.
azmanishak.com- Beliau seorang blogger, bapa, pekerja. Sharing pengalaman kerja dan kehidupannya. Sifu php dia nih. Banyak tutorial untuk godek2 wordpress plugin. Aku stat reti buat life blogging kat sini la.
Paling kurang 2 hari sekali aku tengok update dari dia. Sekali-sekali campakkan komen pun ok gak. Lama-lama bila aku sering campak komen kat sana baru ku tahu dia duduk satu kariah dengan aku. Hehehe. Sahabat maya akan bertukar kepada sahabat realiti.
kujie2.com- Ini adalah seorang surirumah sepenuh masa merangkap blogger sepenuh masa juga. Kakjie banyak tegur blogger-blogger lain. Mana yang tak kena tu dia tegur la. Tapi teguran tu berhemah. Takder la serang membabi buta. Dah kita buat silap, bila ditegur kena la terima.
Cerita kakjie banyak nasihat. Seorang ibu la katakan. Macam mak-mak orang lain juga. Selalu menegur bila ada yang tak kena.
Blog kujie2 memang ramai pengomen. Aku tak berkesempatan mengomen dalam blog kak jie. Kenapa? Sebab dah ramai sangt yang komen. Bayangkanlah kalau satu entry sampai 50 komen paling kurang. Aku jadi silent reader je
denaihati.com– Blog ni satahu aku telah dipilih sebagai blog bahasa Melayu no 1 di Malaysia. Tahniah. Kat sini kita boleh dapat ilmu dalam berblog. Komen yang denaihati bagi pun pedas juga bila dibaca. Blogger ini selalu buat ujikaji. Ujikaji nak naikkan rangking, nak bagi bounce rate turun dan macam-macam lagi la. Aku sebagai pembaca suka dengan dapatan ujikaji denaihati. Tak kedekut ilmu untuk di share.
Paling best denaihati membuka minda kita tanpa ada sentimen politik. Ada juga entri berbisa. Tapi bila dibaca, entrinya tak macam orang menyokong mana-mana parti politik. Kita sebagai pembaca pun rasa hepi la.
mazidulakmal.com– Demua orang kenal dia. Seorang jurnalist kat TV3. Blog beliau dah dikunjngi oleh lebih daripada 2,000,000,000 orang. Wow! ramai tu. Ish napa ramai sangat yang bukak blog dia nih?
Mazidul seorang jurnalist. Selalu keluar TV. Dah famous. Jadi tak susah nak tarik pengunjung. Bila seorang jurnalist menulis, mesti ada sesuatu yang nak disampaikan. Macam tu la dengan mazidul ni. Pengalaman dia masa buat liputan paling menarik buat aku. Boleh buat aku gelak, geram, marah dan nangis. Fuhhh hebat abe kita ni.
Ketegasan beliau juga ditunjukkan dalam blognya. Tara takut punya. Kalau benar katakan benar, kalau salah usah malu mengaku.
Sebenarnya banyak lagi yang aku suka baca. Blog Genta Rasa, Blog Ahmad Fuad dan Blog Julmazli adalah antara yang aku suka lawat. Blog merka lebih kepada motivasi. Aku perlukan motivasi untuk tambah semangat. Kadang-kadang bila dah baca motivasi dari mereka ni barulah aku sedar akan kekurangan diri.
Aku berbloging sekadar meluahkan rasa. Sapa yang letakkan blognya dalam blog aku pastinya menjadi kunjungan tetapku setiap masa. Kepada cikgu feesya dan cikgu musi blog korang juga aku selalu bukak tau. Cuma tak komen je. Apapun tu je la beberapa blog yang sering aku kunjungi.
kreuger says
hehehe… terima kasih kerana menjadi pembaca setia. aku pon rasanya pertama kali komen kat sini kot. selalu jadi silence reader kat top komentor blog aku. terima kasih sekali lagi sebab singgah.
kalau bro tak cakap pasal pasang unifi kat AU1 tu.. mungkin aku pon tak taw kita satu kawasan. bhahaha.. nanti ade masa, kalau kami ngeteh.. mai la lepak sama. nak tau bila?? kene ikut kami geng-geng setiawangsa kat twitter… (siap promote)
Cikgu Hairul says
Wokeh.. boleh saja..
Zil-el-Saif @ The Encik Saif says
Ada dua blog yang saya jugak jadi pengunjung setia; denai hati ngan mazidul . Yang lain tu baru nak cuba-cuba jenguk…
Cikgu Hairul says
Kita sama-sama kongsikan..
Isu Panas says
nak kunjungi jugak blog2 ini..
tq kongsi…