Bismillah, Sedikit tazkirah Jumaat… 5 Golongan Yang Akan Menuju Kegagalan..
- Suka Buang Masa
Golongan ini sentiasa ada masa lapang. Hidupnya penuh dengan kegembiraan. Mereka sentiasa berborak kosong, main dam tepi pantai, chatting dan buat benda tak berfaedah. Bahayanya mereka ni satu golongan manusia yang boleh menyebarkan virus suka buang masa. Jauhkanlah dari golongan ini. - Selalu Memberi Alasan
Memberikan alasan adalah satu cara untuk mengelakkan diri dari melakukan tugasan yang diberi. Kadang-kadang alasan yang diberikan tak mauk akal pun. Kesannya adalah produktiviti akan berkurangan. Datok Dr Fadzilah Kamsah pernah berikan inspirasi dengan kata-katanya “Orang lain buat duit sedangkan kita selalu buat alasan”. Disuruh berniaga dia kata “Duit tak cukup la, takut rugi la” Kan semua tu cuma alasan. Jauhkan juga dari golongan ini kerana ianya mudah berjangkit. - Sentiasa Menyalahkan Orang Lain
Ni satu lagi sifat yang akan menjerumuskan diri kepada kegagalan. Kita tak pernah nak merasa silap. Orang lain je yang silap. Golongan ni egonya tinggi. Sentiasa besar kepala dan tak boleh ditegur. Pantang ditegur pasti akan melenting. Untuk berjaya, kita hendaklah sentiasa muhasabah diri dan aku kesilapan. - Berfikiran Negatif
Belum apa-apa lagi dah kata tak boleh buat. Selalu sangat berfikiran negatif. Berfikiran negatif berbeza dengan memikirkan risiko. Kalau kita fikir risiko bermakna kita akan cari jalan penyelesaiannya. Tapi kalau berfikiran negatif ni mereka tak nak buat terus dah. Dah buat belum tentu lagi akan gagal, tapi kalau tak buat dah tentu-tentu gagal. - Malas Menambahkan Ilmu
Apakah kita rasa ilmu yang kita cari sudah cukup? Orang yang akan menuju kegagalan bersifat sombong dengan ilmu. Mereka merasa dah pandai. Padahal mereka sebenarnya bodoh sombong. Semakin banyak yang kita tahu semakin banyak yang kita tak tahu. Kena ingat tu. Membacalah, Insyallah kita akan berilmu. Kalau malas membaca, mendengar pun boleh menambahkan ilmu.
Sekian untuk renungan kita bersama. Untuk saya dan anda semua.
Leave a Reply