Bismillahhirrahmanirrahim.
Apple hasilkan iOS 8 untuk semua iPhone, iPod dan iPad terkininya. Dan menyokong beberapa generasi terawal seperti iPhone 4S. iOS 8 ditampilkan dengan pelbagai ciri hebat yang digembar-gemburkan oleh Apple dan penggemarnya. Tapi di sini saya cuma nak tulis 8 ciri iOS 8 yang merepek.
1. iOS 8 meletakkan kehendak kepada internet bukan pada tempatnya. Adalah sangat merepek bila tiap kali kita buka suatu app, kita dapat notifikasi bahawa “data selular” untuk app itu turn-off. Memanglah, kita sendiri yg off-kan. Takkanlah semua app mesti on-kan data selular? Plan data cebat habis, bateri pun cepat habis. Apalah punya sengal, kita punya pasal lah nak on ke nak off.
2. Gabungan Photos dan iPhoto yang daif. Ketika saya masih menggunakan iOS 7, saya telah beli satu app, iPhoto yang dihasilkan sendiri oleh Apple. Bila upgrade ke iOS 8, iPhoto dah tak boleh pakai dengan alasan ia dah digabungkan dalam Photos. Apa benda yang Apple merepek ni, ciri penting dalam iPhoto tak ada pun dalam tu!!! Lagi sengal dan sedih ada lah. Ciri asas saja yang ada dalam tu. Poyo.
3. Masalah untuk iPad. Khasnya iPad 2, kalau iPad tu beroperasi dengan baik dengan iOS 7, jangan gatal jari nak upgrade ke iOS 8. Walaupun bukan semua pengguna kena, tapi ada banyak komplen camera tak berfungsi selepas upgrade. Apa-apa app yg guna camera pun tak dapat gunakan camera. Bukan app yg gila, tapi iOS 8 yang gila. Bila keluar update baru, camera tu OK balik (sekejap). Lepas tu gila balik. Nak downgrade, bukan kerja la weh.
4. AssistiveTouch yang tak tentu arah. AssistiveTouch diperkenalkan sejak iOS 7 lagi dengan kecacatan major. Kecacatan major ni dikekalkan dalam iOS 8. Apa yang cacat tu?… Bila tap saja button AssistiveTouch yang menyemak di skrin tu, akan muncullah beberapa button yang lain. Persoalannya kenapa ada button Notification Center dan Control Center di situ? Sedangkan kedua-dua benda ni lagi senang dengan cara yang sedia ada. Tak perlu ada situ pun. AssistiveTouch lebih diperlukan untuk Lock Screen, Screenshot dan Multitasking di paparan pertama. Bukannya letak Notification Center dan Control Center kat situ. Merepek betul lah.
5. Photos, videos dan camera roll yang sesat arah. Bila kita rakam photo, photo tu akan disimpan dalam “Photos”. Bila kita rakam video, video tu disimpan dalam “Photos” juga. Bila kita bukan”Photos”, dalam tu ada direktori camera roll untuk simpan photo, dan direktori videos untuk simpan video. Sengal dan mengelirukan. Sepatutnya video yang dirakam simpanlah dalam app Videos tu, kan mudah. Merepek betullah iOS 8 ni.
6. Perlukah ada satu app yang namanya “Contacts” sedangkan benda yang sama ada dalam app “Phone”. Dan kedua-dua app ni ada secara default dalam iOS 8. Apple sendiri bikin, bukan 3rd party developer bikin. Alahai…
7. Game Center yang sedih. Apa hal pulak orang nak update score kat Game Center yang hanya untuk tatapan pengguna Apple? Orang udate score kat Facebook dan Twitter lagi best. Lebih luas pengaruhnya, yang guna Android dan PC pun boleh tengok.
8. Apple Maps yang sesat. Alahai… Nak buang tak boleh, nak pakai menyesatkan. Abaikan jer lah Maps tu. Install jer Google Maps atau menatang lain.
Cukuplah setakat 8 ni. Kang tulis banyak-banyak orang tak nak beli iPhone pulak. Dah orang pergi beli Samsung body plastik tu pulak. Lagi merepek jadinya. Sekian.
apa yang mereka fikirkan tidak sama dengan apa yang kita fikirkan itu..
Macam nombor 6 dengan nombor 9. Dari sudut mana ia dipandang.
saya guna telepon biasa jer.
Zaman semakin canggih, mungkin kita belum dapat memahami ‘kecanggihan’ iphone tersebut.
Terima kasih bro kerana tolong senaraikan benda merepek ios ni. Ipad saya masih versi 8.1.
Malas nak upgrade sebab internet slow. Dan tak tau lagi sama ada versi terbaru ni dah ok ke belum…