Ada apa dengan PayPal? PayPal, nama gah yang masih belum berapa dikenali. Sapa sangka paypal akan melebarkan khidmatnya di Malaysia. Satu waktu dulu paypal hanya dikenali dalam perniagaan ebay. Sampaikan ada portal lelongan tempatan meng”ban” penggunaan paypal semata-mata kerana takutkan duit hilang dan kena tipu. Tapi itu dulu. Suatu waktu dulu yang tak sampai pun 5 tahun.
Dengan perkembangan interaksi online yang semakin menggila, paypal kini menjadi satu kemestian. Para usahawan online tak melepaskan peluang mendapatkan khidmat paypal dalam sistem pembayarannya. Mudah, cepat dan selamat (kata orang + pengalaman sendiri). Mana-mana laman perniagaan yang tak menggunakan paypal sebagai medium pembayaran nampak ketinggalan. Kita mesti gunakan paypal ni untuk bersaing sebaiknya.
Kenapa paypal? Apa itu paypal? Bagi yang baru pertama kali dengar perkataan tu mesti mereka tertanya-tanya. Jangankan mereka, saya juga tertanya-tanya juga pada mulanya seawal perkenalan saya dengan paypal. Paypal adalah satu medium pembayaran yang boleh dilakukan berasaskan kad kredit. Oooo… pembayaran guna kad kredit rupanya. Yang ni lagi senang sebab kita cuma linkkan kredit kad/ debit kad ni dengan paypal je. Lepas tu setiap kali urusniaga dibuat kita tak payah lagi mendedahkan maklumat kredit kad kita. Kan lebih selamat macam tu.
Kenapa paypal?
Di antara kelebihan atau kebaikan memiliki akaun Paypal yang verified adalah:
1. Boleh menerima bayaran daripada pelanggan dari seluruh dunia. Anda tidak akan dapat kelebihan ini jika hanya menggunakan akaun bank sahaja untuk menerima bayaran bagi jualan anda di Internet. Akibatnya, hilang pelanggan berpotensi!
2. Cajnya rendah. Tiada yuran setup dan tiada bayaran tahunan atau bulanan seperti mana perkhidmatan yang lain. Di Paypal, anda hanya dicaj apabila menerima bayaran sahaja dan apabila mengeluarkan wang ke akaun bank anda.
3. Cepat digunakan. Untuk membuka akaun, dalam beberapa minit sudah siap. Berbeza dengan aplikasi lain, ia mengambil masa untuk setup itu dan ini. Malah, Paypal juga menyediakan kemudahan untuk membuat “Button Buy” yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja walau tiada kemahiran IT yang tinggi.
4. Kredibiliti. Paypal adalah di antara payment processor Online yang terbaik di Internet. Ia digunakan oleh kebanyakan pihak perniagaan dan individu. Jika anda meletak pilihan bayaran melalui Paypal, pembeli anda tidak akan meragui proses pembelian melalui kad kredit mereka. Selamat dan dipercayai.
Itulah dia di antara sebab mengapa kita memilih Paypal berbanding perkhidmatn yang lain. Tidak dinafikan kemudahan lain juga ada kelebihan masing-masing. Maka begitu juga Paypal, ia juga ada kelebihan sendiri.
5. Boleh berniaga di Ebay. Tidak menggunakan akaun Paypal untuk berniaga di Ebay umpama tidak cukup syarat berbisnes di Ebay. Paypal adalah milik Ebay. Pada tahun 2010, pihak Ebay telah menambah fungsi di Ebay.com.my iaitu peniaga di Ebay Malaysia boleh menerima bayaran melalui Paypal.
Sebagai pengguna dan usahawan amat wajar kita menggunakan paypal dalam menambahbaik sistem perniagaan kita. Ini adalah kerana perkhidmatan percuma yang ditawarkan sesuai untuk semua peringkat perniagaan samada yang baru bermula mahupun yang dah lama. Berbanding dengan perkhidmatan pembayaran menggunakan kredit kad yang ditawarkan oleh syarikat lain yang menggenakan caj sehingga RM2000 setahun untuk pengurusan sahaja. Amatlah berbaloi untuk kita menggunakan perkhidmatan percuma dari paypal ni.
Salam Kejayaan. Semoga berjaya dan sentiasa berjaya.
ST says
Salam,
Aku dah ada akaun paypal tapi tak aktif sangat.. huhu.
Mantra says
Paypal dah semakin berkembang. Malah jika takde akaun paypal rasa macam ada je yang tak lengkap dalam hidup 🙂