CIMB Clicks, Maybank2U, PayPal, Online Banking… semuanya dah semakin canggih dan semakin selamat sekarang. Pelik betul sebab ada dikalangan masyarakat kita masih tak mahu gunakan perbankan online. Bagi mereka internet adalah penipu. Mudah zaman sekarang, bayar bil guna internet. Tak perlu beratur panjang di pejabat pos. Bagi yang bijak mereka suka buat pembayaran secara auto menggunakan satu kredit kad. Masa nak bayar kan senang. Cuma transfer pembayaran dari gaji ke kredit kad yang digunakan untuk buat bayaran bil secara auto tu. Mudah dan menjimatkan masa. Bagi bil-bil yang tak sediakan auto bayar, orang bijak akan buat standing instruction kat bank. Bila bijak mengurus semuanya akan memudahkan kita. Tapi masih yang ada sekumpulan manusia langsung tak mahu gunakan kemudahan tu.
Aku lebih suka membeli belah secara online. Malas nak fikir pasal berjalan dan merempuh jem ibukota. Parking pun susah. Kalau beli barang pasar malam takder la aku nak buat online. Poyo jer..
Semua dihujung jari. Kalau takder jari macam mana yerk? heheheh.
Ramai kata internet tu banyak keburukkan.Padahal segala keburukkan di internet tu cumalah tak sampai 1%. Bergantung kepada hati dan sejauh mana ilmu kita tentang dunia online. Jika penuh ilmu didada, iman yang kuat pasti internet takkan memberikan keburukkan.
Salam Kejayaan. Salam 1 Malaysia.
Amar says
Salam…
Bukan tak nak online, tapi sebab susah la… Kena register “berukben” dulu. Pastu kena set tag number di bank dulu. Untuk aktifkan tag Maybank2U dah tak boleh buat di mesin ATM, kena walk-in ke kaunter. Lagi pun, kalau dah online, masa bila nak gi jalan-jalan kat Triang, kat Temerloh nuh. Dah terbiasa la amalkan cara hidup cenggini… Huhuhu…. Jangan marah ar….
cikguhairul says
Sebenarnya isu keselamatan dan kepercayaan adalah punca utama.
Amar says
Kad Kredit tak selamat digunakan. Tapi orang gunakan juga sebab stailo… Online ni orang masih takut-takut. Hehehe…