Hari ni pasti ramai lepasan SPM berdebar lebih. Sejak malam tadi jantung bagai nak luruh. Ada juga yang tak dapat tidur.
SPM penentu segala? Itulah yang telah diletakkan dalam kepala otak setiap pelajar. Gagal SPM bermakna gagal segalanya. Iyelah, nak mintak kerja pun kena tunjuk sijil SPM. Walaupun dah ada ijazah kelas pertama sekalipun.
Keputusan boleh diambil di sekolah masing-masing lepas pukul 1000 pagi. Bagi calon persendirian, keputusan akan di hantar ke rumah terus. Kepada yang taknak ambik di sekolah boleh dapat keputusan dengan menghantar ke mySMS 15888. Saya nak bagi nasihat kepada pelajar-pelajar yang nak ambik keputusan pagi ni.
Pakaian Biar Sopan
Ramai di kalangan lepasan SPM pakai pakaian yang menjolok mata. Berdasarkan pengalaman tahun-tahun lepas, ramai cikgu lelaki hampir terkeluar biji mata tengok pakaian anak muridnya. Nanti masyarakat mesti salahkan cikgu. Pasti..
Hormat Cikgu dan Kakitangan Sekolah
Jumpa cikgu beri salam. Tanya khabar dan sapa cikgu dengan perkataan yang baik. Cikgu-cikgu ni bila dah terlalu ramai pelajar, mesti la tak ingat. Apa salahnya jumpa cikgu perkenalkan diri dan tanya khabar. Sejuk hati cikgu dapat anak didik macam tu.
Nak cuba bekerja di Singapura? Dengan sijil SPM pun boleh mohon. Klik Sini Sekarang!
Nak cuba bekerja di Singapura? Dengan sijil SPM pun boleh mohon. Klik Sini Sekarang!
Nak cuba bekerja di Singapura? Dengan sijil SPM pun boleh mohon. Klik Sini Sekarang!
Ucap Terima Kasih
Bila dah dapat keputusan tu, tak kiralah lulus atau gagal, ucaplah terima kasih kepada cikgu yang mengajar anda. Kalau gagal sekurang-kurangnya cikgu akan beri semangat. Kalau cemerlang bolehla ambik gambar bersama cikgu. Masukkan dalam suratkhabar.
Jangan Buat Bising
Sekolah adalah tempat belajar. Hari ini adalah hari persekolahan. Hormati cikgu dan adik-adik kalian yang tengah belajar. Segembira mana pun kalian, sesedih mana pun kalian, usah terjerit-jerit di kawasan sekolah.
Ok, harap-harap keputusan SPM kalian mencapai sasaran apa yang telah dirancangkan. Kalau gagal jangan bersedih. Banyak lagi peluang di depan sana. Kepada yang berjaya, di depan kalian banyak lagi cabaran dan dugaan yang perlu kalian tempoh.
anif says
Nasihat yang berguna buat semua lepasan SPM.. Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. ๐
Cikgu Hairul says
Kena nasihatkan juga. Takut ada yg tak tahan kat sekolah.. Heheh
titan says
teringat gak masa ambil result dulu. naik bas, tukar ke komuter. naik 2 bas. baru sampai sekolahh..alhamdulillah. result walaupun tak full A. Tapi banyak gak A tu..
Cikgu Hairul says
Lelaki kacak lagi bijak…hehehe
nurmisnan says
cikgu.. saya nak ambik periksa SRP ker PMR yerk..??? hik3..
Cikgu Hairul says
Dua2 peperiksaan tu dah dimansuhkan. Heheh
tehr says
Aku suka tumpukan kepada yang gagal
Usah kecewa berpanjangan
Masih banyak peluang yang menanti di hadapan
Asal rajin je
Cikgu Hairul says
Yang gagal perlu diberi perhatian lebih.
Takut2 mereka down dan terus down.
Bila tiada sapa ambil peduli, mulalah
Banyak masakah terjadi.
Aya says
Mesti adik-adik ni berdebar-debar… ๐
Hana says
“Masukkan dalam suratkhabar” ๐๐๐
Saya merupakan lepasan spm 2017 .. Boleh beri pendapat tentag apa yang perlu saya kata seandainya kawan2 saya menunjukkan bahawa mereka putus asa dengan keputusan mereka ?