Sejak Isnin lepas, facebook telah menggunakan algoritma baru yang dinamakan click-bait. Algoritma ini akan mengurangkan kadar view sumber dari luar terutamanya link-link yang bukan dari facebook ke dalam newsfeed kita.
Kalau sebelum ini, facebook telah mengurangkan kadar view gambar-gambar yang kita upload, sekarang giliran link pula akan mengalami nasib sama.
Menurut sumber facebook, tindakan ini bagi mengekang aktiviti memancing like dan mendapatkan like untuk konten-konten luar. Kalaulah kita perasan, kebanyakkan dari kita akan like artikel yang mempunyai tajuk yang hebat-hebat dan share dengan sukarela. Tindakan ini disifatkan oleh facebook sebagai mengeksploitasi facebook untuk menaikkan sesuatu artikel. Sebab itulah mereka marah.
Apa kesannya kepada kita sebagai blogger? Sudah semestinya trafik dari laman sosial nombor 1 dunia itu akan berkurangan. Setiap kali kita ping entry di group, page dan personal akaun, kadar view di newsfeed rakan-rakan kita akan berkurangan. Senang cerita, buat penat mengeping je la.
Namun, ada cara bagaimana mahu meningkatkan kadar view, like dan share iaitu dengan membuat bayaran kepada facebook. Perkara ini telah lama dijangka. Di saat pengguna facebook di Malaysia hampir 15juta dan seluruh duna hampir 900juta sehari, sudah tentu ini masa paling sesuai membuat keuntungan.
Ada satu perkara yang bermain dalam kepala saya. Adakah facebook sedang mengumpul dana untuk memenuhkan akaun Israel yang sedang kekeringan? Facebook kebelakangan ini dilihat telah menggunakan pelbagai cara bagi membolehkan pengguna mengeluarlan wang poket untuk mereka. Ada ura-ura pengasas Facebook nak menjadi orang terkaya di dunia mengalahkan Bill Gates.
Dengan kemunculan ramai usahawan facebook yang ingin menempatkan diri dalam senarai orang terkaya Malaysia, sudah tentu pengiklanan menjadi sangat penting. Hari demi hari kadar sewa iklan di facebook naik. Sehingga ada usahawan facebook tak mampu lagi menanggung kos pengiklanan di facebook. Jadi, mungkin ada benarnya telahan saya.
Algoritma baru facebook ini akan menguji kita dalam berblogging. Kita kena sedia dan mengasah ilmu lama berblogging. Tiada ping-ping, tiada share-share. Semua bergantung kepada SEO, link building dan blogwalking.
Seperkara lagi, mungkin juga sudah sampai masa kita beralih kepada social media yang lain seperti twitter, instagram, linkedin dan pinters. Jangan putus asa.
ikhwan says
pernah saya buat iklan fb, mula-mula dia caj USD0.13, lama-lama turun pada USD0.04 lepas CTR naik kepada 5% 🙂
titan says
haha..
aku lagi suka macam nih.
KHAIRUL AMRAN says
Lagi suka sebab MASYUKKKK… Kitab ping makin laku bro. Hehehe
Blogger Babyface says
kalau facebook suruh kita bayar untuk blog, itu langkah yg bijak untuk kedua-dua pihak,..lagi2 jika kita menggunakan blog sebagai medium menjana pendapatan dan facebook sebagai salah satu cara untuk mendapatkan jualan
KHAIRUL AMRAN says
Bab kena bayar ni agak sesak sikit.. Kan kita nak semuanya free.
sohoque says
setuju… SEO amat penting
KHAIRUL AMRAN says
Banyak juga ilmu seo yang dah berubah selaras dengan perkembangan zaman. Google juga selalu ubah algoritma dia. Kalau kita lambat belajar, memang artikel kena tendang ke page puluh-puluh la jawabnya.
Faizal Fredley says
masih boleh gunakan twitter dan juga insta lepas ni…hehe
KHAIRUL AMRAN says
Twitter sekarang ni memang mengalami peningkatan penguna terutama remaja diantara 15-25 tahun.
Instagram pulak dah kena beli dengan facebook. Tak mustahil nanti berlaku juga sekatan-sekatan macam ni.
Hero Borneo says
cabaran yang hebat untuk kita dapatkan trafik melalui media sosial.
Alissa says
I read a lot of interesting content here. Probably you spend a lot of
time writing, i know how to save you a lot of work, there is an online tool that creates readable, SEO friendly
posts in seconds, just type in google – laranitas free content
source
Azeni Ahmad says
As salam.. Haah betul la sekarang… Facebook try nak trace apa yang kita selalu share kan atau like lepas tue itu la akan selalu naik kat newfeed kita..
Kena start pakai medium lagi pulak nie…
paling glamour instagram dan pinterest pun mcm ok jugak….
Azhar says
fb dah semakin menggila sekarang. semuanya mereka berkira sekarang. janji ada duit. jalannn… byk usahawan2 yg menggunakan medium fbads kecundang sekarang. kos iklan melebihi untung.
Alongxp says
Tak berapa nak jadi masalah pada saya bila benda ni terjadi, sebab… saya sendiri jarang ping di group di fb.
Dulu rajin jugak ping di fb, bukan rajin jugak, rajin gila… tapi nampak macam tak ada beza je… ditambah kekangan waktu, jadi saya dah jarang ping ke fb.
Kalau ada ping ke fb pun, yang automatik, pergi ke profile dan page saya je