Kita hidup bukannya lama. Paling lama pun 100 tahun. Itu pun satu dalam sejuta. Nak kumpul pahala dalam masa yang singkat itu bukanlah mudah kalau hanya menganggap solat sahaja yang boleh dapat pahala. Ibadah merentas kehidupan pada entry lepas membawa saya kepada perincian ini. Mungkin kita tak sedar amalan harian yang kita lakukan mudah untuk mendapat pahala jika kena dengan caranya.
Masuk rumah beri salam. Masuk kaki kanan dan keluar kaki kiri. Senyum pada anak-anak dan isteri. Peluk anak-anak dan isteri.
Isteri pulak sediakan segelas air untuk suami yang baru balik dari kerja.
Pegi mandi dan menyucikan diri. Masuk tandas tutup kepala. Sebelum masuk baca doa, masuk dahulukan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan. Dah keluar, rasa lega segala isi perut telah dikeluarkan, baca lagi doa.
Selesai menyucikan diri, mula pakai pakaian. Baca doa memakai pakaian. Mulakan dari kanan. Pakai baju ke seluar ke atau apa-apa aje la dari kanan. Pakai juga bau-bauan yang harum. Sambil bersolek tengok cermin tu bacalah doa sekali.
Sambil berehat tengok-tengok kerja rumah anak-anak. Nak tolong isteri memasak pun ok jugak. Di dapur bolehla jadikan aktiviti memasak bersama sesuatu yang sangat romantik. Syaitan jeles tau tengok kemesraan kita.
Bila isteri dah siap masak, tolonglah hidangkan makanan sementara isteri menyucikan diri. Seharian dia bekerja di rumah. Mungkin isteri tak sempat mandi. Tolonglah isteri, bukan susah pun nak menghidangkan makanan.
Menghadap hidangan dengan penuh hormat. Baca doa sebelum menjamah makanan. Selingan sewaktu makan bolehla berbual santai dengan isteri dan anak-anak. Kalau ada benda nak tegur, tegurlah masa makan ni tapi kena penuh hikmah.
Selesai makan, biasakan berdoa dan ucap syukur. Selesai biarlah serentak. Jangan meninggalkan meja makan kalau masih ada antara kita yang tak siap makan lagi.Kan harmoni macam tu.
Masuk waktu solat sebaiknya solat berjemaah di masjid. Bawak isteri dan anak-anak sekali. Di masjid niat iktikaf, dengar kuliah dan baca alquran.
Kalau naik kereta, sebelum perjalanan bacalah doa. Ayah baca, ibu dan anak-anak mengaminkan. Pandu kereta dengan berhati-hati. Kalau ada yang memotong dengan cara merbahaya atau ada pemandu gila, jangan maki hamun. Doakan agar mereka selamat dan kita juga terselamat dari bahaya. Biar anak-anak dengar.
Sebelum tidur baca doa. Tidur dengan tenang dan aman.. Selamat Malam 🙂 Nak tambah pahala lagi, buatlah apa-apa yang patut dengan isteri tu lepas anak-anak tidur.. hehehe.
Kringgggggg.. dah pukul 5 pagi. Bangunlah, bersiap-siap untuk solat tahajud dan baca alquran. Kejutkan isteri dan anak-anak sekali. Sama-sama menghidupkan malam. Dapat setengah jam pun jadi la.
Sambil menunggu masuk waktu subuh, tolonglah isteri buat sarapan. Sarapan pagi yang simple-simple je.
Masuk waktu subuh, solatlah berjemaah. Amalan terbaik ialah solat berjemaah di masjid. Selesai solat, bersiap untuk pegi kerja dan hantar anak ke sekolah pulak. Sebelum keluar bekerja, peluk cium isteri dan anak-anak ye.
Bekerjalah dengan penuh tanggungjawab. Lapan jam bekerja jika tidak disertai kemaksiatan pasti beroleh pahala berterusan.
Habis kerja, baliklah rumah dan lakukan aktiviti seperti ini dengan niat kerana Allah. Pasti ganjaran pahala yang banyak kita dapat walaupun kita tidak berada di tikar sembahyang 24jam.
Mudah kan nak dapat pahala? Semua aktiviti tu biasa kita lakukan. Cuma di sini aktiviti tu dilakukan dengan niat ikut sunnah Nabi dan kerana Allah. Apa yang kita lakukan jika keranaNya pasti dapat pahala. Insha Allah.
hafiz says
tulah perkara yg mudah kadang2 jadi sukar….tq atas info ni..
Cikgu Hairul says
Sama-sama bro. Ingat mengingati.
onlajer says
tinggal nak tak nak je ya tak?
Cikgu Hairul says
Betul tu.
Hazmin Hamudin says
Setiap apa yang kita lakukan selagi tidak bertentangan dengan ajaran islam, pasti ada ganjarannya. Yang penting niat tu kena betulkan.
Cikgu Hairul says
Amal mesti disertai ilmu. Mudah-mudahan segala amalan kita diterima.
Achik Ezz says
Memang Nabi suruh kita berdoa. Tak tau nak doa macam mana, just mulakanlah sesuatu tu dengan Bismillah dan niat ikut sunnah Nabi kerana Allah..senang..
Suka part suami tolong isteri masak..(^__^)
Cikgu Hairul says
Memang boleh dengan hanya bismillah. Tapi takkan dari 7 tahun sampai umur 47 tahun masih baca bismillah. Improvekan dengan doa yg nabi ajar. Kan lagi cantik.
Amar says
Mula-mula beramal kerana takut. Kemudian kerana ingin pahala. Kemudian kerana kehambaan. Kemudian kerana kebinasaan.
Ritz says
ya memang benar….tertakluk individu yang nak atau tidak jer
Cikgu Hairul says
Kena sebar dan bagitau. Mungkin ada diantara kita yg tak tahu. Bila dah tahu, timbul la keinginan nak buat.