Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Ambil Peluang Melancong Sempena Cuti Aidilfitri

Ambil Peluang Melancong Sempena Cuti Aidilfitri

10 August 2013 by Cikgu Hairul

Source : www.gooverseas.comPic : www.gooverseas.com

Sudah menjadi trend sekarang, bila tiba musim cuti Aidilfitri, ramai yang pergi melancong. Memang tak dinafikan, masih ramai lagi yang menggunakan kesempatan cuti untuk balik kampung berjumpa sanak saudara. Tapi saya dah jumpa fenomena melancong masa cuti raya ni sejak tiga tahun lepas. Ramai diantara kawan-kawan yang tak balik kampung pergi melancong. Tak kira la dalam negeri atau luar negara.

Dah takde kampung, memangla mereka tak balik. 🙂

Aktiviti ini dimeriahkan lagi dengan promosi yang terlebih hebat dari Agoda, Booking.com, Air Asia dan pusat-pusat pelancongan lain. Promosi, maknanya harga murah. Memang raya pertama dan kedua tu biasanya adalah waktu Super Peak Season, tapi lepas tu harga sangat murah. Mungkin sebab tu ramai yang tergoda.

Bagi mereka yang tak ada kampung, mungkin aktiviti ini boleh dilakukan. Namun bagi yang ada kampung halaman dan masih ada ibu-bapa di kampung, tak elok la buat macam tu.

Bagi cikgu-cikgu dan mereka yang masih banyak baki cuti tahunan, inilah masa yang sesuai untuk pergi melancong. Cuti sampai dua minggu takkan tak cukup untuk beraya bersama sanak saudara. Lebihan cuti tu kalau dibiarkan terbazir rugi gak. Hujung tahun belum tentu lagi dapat cuti macam ni kan? Jadi apa salahnya pergi melancong.

Saya pun rasa macam nak cari port melepak. Lepas raya ke 5 sedang cun la tu untuk mulakan aktiviti. Harap-harap la semua tempat tak penuh. Dah check kat agoda, ke Pangkor Laut 13-18 Ogos tu dah full. Tempat mahal tu pun penuh, tempat-tempat murah lain entah la.

Cuma mampu berharap..

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Manan Qayyim says

    10 August 2013 at 16:28

    ari ni pon abg sedare aku pi bercuti kt langkawi….
    org pi beraye…. die pi bercuti plakkk….

    dh memang trend kot

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      11 August 2013 at 07:19

      Ooo dia ni la yg buat pusat pelancongan penuh.. hehe

      Reply
  2. anuar says

    10 August 2013 at 18:45

    Bestnya dpt pergi melancong… saya mungkin x berkesempatan melancong masa raya mcm ni… sebab saya ada ramai sanak saudara utk di kunjungi…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      11 August 2013 at 07:22

      Cuti sekolah ujung thn ada masa lg bro..

      Reply
  3. Bahrain says

    10 August 2013 at 18:52

    Meriah datang blog nie, tak pernah melancong waktu raya, masih ada ibu bapa lagi..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      11 August 2013 at 07:21

      Ye ke.. hehe. Kemeriahan lebih terasa kalau pengunjung juga ceria.. thanks sudi buat lawatan ke sini.

      Reply
  4. hafiz says

    10 August 2013 at 19:47

    Kalau ada saudara jauh2 boleh melancong sekali

    Reply
  5. Dja@Sishaza says

    11 August 2013 at 09:24

    Selamat hari raya cikgu… bg saya, lebih sesuai gunakan kesempatan ni utk beraya ke rumah sanak saudara. Tapi kalau memang dah semua habis dikunjungi, memang tak ada salahnya pergi bercuti ….boleh juga rehat2kan minda 🙂

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      13 August 2013 at 07:03

      Selamat heri raya juga Dja.

      Reply
  6. akubiomed says

    11 August 2013 at 21:47

    Menonon berita semalam tak sangka pula Zoo Negara di Hulu Kelang pun ramai pengunjung semasa cuti Raya.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      13 August 2013 at 07:07

      Rumah saya dekat je dgn zoo negara tu. memang tiap kali cuti, penuh je zoo tu. padahal pada saya zoo melaka lagi best. Orang bandar, nak juga tengok monyet. Hari biasa tak sempat. Cuti raya pun ok.. Heheh

      Reply
  7. Rina says

    12 August 2013 at 15:55

    Salam Aidil Fitri
    Senangnya dapat melancong di hari raya terlebih lagi bila masa melancongnya cukup panjang, bisa betah menikmati tempat tujuannya nanti ya..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      13 August 2013 at 07:09

      Iya.. Cuma nampak tak manis bila saudara mara tak dikunjungi.

      Reply
  8. titan says

    13 August 2013 at 23:45

    ada cuti lagi tu..pergi la bercuti. hoho..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      14 August 2013 at 07:25

      Tengah bercuti la ni. Ada di kuala terengganu. Huhuhu

      Reply
  9. hafizrahim says

    14 August 2013 at 22:22

    gua bercuti kat rumah je bro..tunggu orang datang beraya..cut cost..hahaha

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in