Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Anak Felda dan Mak Abah

Anak Felda dan Mak Abah

10 October 2013 by Cikgu Hairul

Anak Felda
Anak Felda Balik Kampung

Bismillahhirrahmanirrahim.

Dengan izin Allah ramai anak felda yang berjaya jadi orang terpelajar; guru, jurutera, usahawan, freelancer, profesor malah penyanyi dan pelakon filem.

Peneroka felda generasi pertama semakin hari semakin tua, meninggal dunia, jadi balu, jadi duda, hidup sendirian bertemankan gout, kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung. Petang-petang sabtu ahad menung di beranda sambil hisap rokok daun menanti anak-anak balik ke kampung bersama cucu-cucu.

Rata-rata peneroka ada anak sekitar 7 hingga 13 orang sahaja. Masalah yang membelenggu ialah sendirian. Anak-anak semua bekerja di bandar. Ada juga anak yang tak berapa cerdik tinggal di felda, tapi dah jadi doktor expres pulak, paling tidak sangkut juga dengan ganja dan ketum.

Anak-anak yang bekerja di bandar memang selalu offer mak abah tinggal dengan mereka di bandar tapi ayat piawai yang selalu dibalas,

Aok tunggu koi to’ mboh geghok, duduk anje ataeh kosi ghodo te, aok bowok la kemane puon, koi ghedho je. Kek nyer koi boleh lagi geghok, sini lah tempat koi. Paham?

Penyelesaiannya anak-anak yang 11 orang tu pakat-pakat buat simpanan buat tabung, cukup duit tabung seorang dari 11 tu resign kerja balik kampung (felda) berbekalkan duit tabung 11 orang tu untuk cuba hidup di felda. Carilah kerja apa yang boleh dibuat sebelum duit tabung kering. Itulah apa yang berlaku di sini. Tiada siapa yang boleh mengaku jaga mak abah. Masing-masing memainkan peranan. Apa-apa kecemasan yang balik tu akan hubungi yang lain. Ada masalah apa-apa semua pakat fikir dan cuba selesaikan. Inilah cara paling praktikal buat masa ni. Kelemahannya, pendekatan ni perlu muafakat adik-beradik. Kalau kelahi maka terbiarlah mak abah tu.

Alhamdulillah, saya di sini dah tak sunyi lagi macam masa mula-mula balik setahun lepas. Makin ramai member yang dah balik. Meronda dengan moto petang-petang boleh angkat tangan tegur kawan-kawan.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Mak lagenda says

    11 October 2013 at 10:11

    Org tua..memanglah. Mmg takkan nak duduk dgn anak2. Terasa membebankan mungkin. Tak selesa juga mgkin..So, mereka lbh rela duduk umah mereka sendiri wlupun sendirian.

    Tapi mengalah untuk jaga org tua dikampung adalah satu tindakan yg sgt dipuji. Betul tu..apapun, tindakan ni mmg memerlukan muafakat antara adik beradik. Kena bersatu hati utk menjaga kebajikan dan membalas jasa org2 tua kpd kita pula.

    Reply
    • Amar says

      12 October 2013 at 15:59

      Betul tu. Nak mengusahakan sesuatu yang besar. Melepaskan kerjaya sememangnya perlukan kesepakatan adik-beradik.

      Reply
  2. suri says

    11 October 2013 at 13:19

    patut rasa bangga masih ada orang tua.jangan merek tiada baru kita nak kenang buat apa

    Reply
    • Amar says

      12 October 2013 at 16:00

      Teman mereka sementara ada. Kalau dah takde masa tu baru terasa lampung.

      Reply
  3. blogger lelaki says

    11 October 2013 at 14:43

    aok org mana?…mungkin delima warga felda ini akan berterusan

    Reply
    • Amar says

      12 October 2013 at 16:02

      Orang Sungai Kemahal, Triang. Dilema camni memang rumit, tapi dimana ada usaha di situ ada jalan.

      Reply
  4. titan says

    11 October 2013 at 15:15

    tu untungnya dok felda. hehe..

    Reply
    • Amar says

      12 October 2013 at 16:03

      Untung ada kampung dan ibu yang masih ada hayat.

      Reply
  5. adikensem says

    29 October 2013 at 18:35

    Selagi mak ayah ada berbaktilah dengan mereka. Semoga family bro dengan mak ayah sihat dan bahagia

    Reply
    • Amar says

      12 November 2013 at 23:20

      Terima kasih Adik Ensem.
      Ayah saya dah pulang kepada Pencipta. Tinggal mak saja. Saya bukan anak kesayangan yang diharapkannya balik. Saya di sini selama yang anak kesayangannya belum balik. Kalau anak kesayangan tu balik, tugas saya selesai. Saya akan keluar semula dari kampung atau setidaknya dari rumah pusaka ni untuk kejar apa yang saya mahu dalam hidup saya.

      Reply

Leave a Reply to suri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in