Anak perisai api neraka | Daripada Aisyah R.ha katanya, “Telah datang kerumahku seorang perempuan meminta makanan, tiada sesuatu di sisiku malainkan sebiji kurma lalu kuberi kepadanya”. Maka dia pun memberi sebiji kurma tadi kepada dua orang anaknya dan dia sendiri tidak memakannya. Kemudian dia pun keluar dari rumah Aisyah R.ha. Setelah Nabi S.A.W datang kepada kami lalu aku pun memberitahunya peristiwa tersebut, maka baginda bersabda “Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan ini dengan sesuatu lalu dia melayan mereka dengan baik adalah mereka menjadi penghalang daripada api neraka” (riwayat Bukhari dan Muslim).
Hidup kita ni penuh dengan cobaan. Islam telah mengajar kita agar memenuhi hajat orang yang meminta walaupun pertolongan itu sangat kecil. Kita tidak tahu, bila kita ditimpa kesusahan. Agar Allah sentiasa membantu kita, tolonglah sahabat sekeliling kita.
Dengan orang lain pun kita disuruh menolong kalau anak, mestilah lebih lagi. Makan, minum, pakaian anak-anak wajib diberi oleh ibu bapa. Mereka tak punya apa. Maka tanggungjawab si ibu dan bapalah untuk memberinya.
Terang lagi jelas, Rasulullah memberi jaminan ibu-bapa yang mendidik anak dengan sempurna akan dihalang dari masuk neraka. Apa lagi yang kita mahukan selain redha Allah dan RasulNya?
Amar says
Ketika ruh dijadikan, Allah tunjukkan mereka neraka. Maka bertempiaran ruh-ruh melarikan diri. Sebahagian kecil sahaja yang tinggal. Kemudian Allah tunjukkan mereka syurga. Maka berdoyong-doyonglah ruh-ruh menerpa ke syurga. Terlalu sedikit yang tinggal. Masih menanti. Dan Allah berfirman, “Apa lagi yang kamu nantikan?” Mereka menjawab, “Bukan neraka yang kami mahu, bukan syurga yang kami mahu. Tapi redhaMu.”
hafiz says
didikan awal dari ibu bapa sangat penting…
hanafi abdullah says
Alhamdulillah…satu hadis baru saya temui dalam blog ini berkaitan anak perempuan…
Hans says
alhamdulillah
perkongsian yang bagus 🙂
Rizuan says
Besar tanggungjwb seorang ayah nak mendidik anak ye. Semoga sy dpt menempuhi dgn penuh tabah..
blackrosehunter says
terima kasih atas perkongsian ini
Lynn says
Anak adalah permata yang tidak ternilai. Merekalah anugerah, merekalah amanah dari Allah. Bagai kain putih yang sedia dicorakkan. Dilukis cantik – cantiklah ia. Dan jika tumpahan warnanya terlalu abstrak ia menjadi sebuah lukisan yang sukar dibaca.
aku penghibur says
anak anak ada waris yang tak terhingga, bila kita tak ada mereka yang akan mendoakan kita, kalau baik ajaran kita maka alhamdulilah , jika tidak rugilah kita