Bismillahhirrahmanirrahim.
Semakin ramai pula andalusia (anak dara lanjut usia) yg saya temui. Tak tahu pun boleh ditemui dimana-mana. Di Universiti Malaya ni, staf nya yg belum kahwin pun ramai. Dari kerani sampailah profesor. Dari kalangan kawan-kawan saya pun ramai. MJ?… pun ada.
Saya menulis sebagai mesej kepada andalusia tentang pergaulan dan perjalanan mencari pasangan.
1. Berkawanlah dengan lelaki yg boleh harap. Jangan set dalam kepala mesti cari lelaki yg bujang. Jodoh tu bukan kira bujang atau yg dah beristeri.
2. Jika berkawan dengan lelaki yg sudah beristeri, renung-renungkanlah sejauh mana hubungan tu boleh pergi. Kalau nampak takleh blah, elok blah lebih awal. Kalau nampak lelaki tu kuat sanggup randuk payah hidup dan caci-maki, ada lah harapan. Yg penting buat bagi elok.
3. Kalau dah bertemu, jangan dipayahkan walimah. Mudahkan lah. Tapi mesti demand utk hak-hak yg diperlukan sepanjang perkahwinan dan masa depan. Boleh buat surat perjanjian, mati stem.
4. Kalau dah dapat tu jangan lah pulun sorang. Bertimbang rasalah dengan peluang yg Allah dah beri tu. Dalam dunia tak ada hukum karma. Memang tak ada. Cuma kalau kita buat jahat, Allah akan bayar tunai, cash.
Rata-rata andalusia yg saya kenal, sulitnya mereka ialah selalu bertemu dengan lelaki yg dah beristeri. Selalu kandas separuh jalan. Memang lah, poligami ni bukan perkara yg diizinkan oleh masyarakat. Kalau tak tahan tulah, elok blah.
Berbual kasar dengan member saya yg andalusia, senang saya berpesan kepada dia.
“Lu jangan set cari yg solo jer beb. Luaskan pencarian. Yg penting dia boleh randuk payah hidup, sanggup bela lu, jaga lu, didik lu. Masyarakat punya maki lu buat pekak jer. Kalau ikut kehendak masyarakat, lama nanti lu jadi harta awam jer. Paling tidak, pakai kata buruk dalam kain jer lah. Ingat diorang nak kisah lu punya duka-lara? Tak de nyer… Apa yg penting, jangan lawan Allah.”
Nota: penulisan macam ni memang sensitif. Hari ni rasanya akan ada manusia yg hukum saya masuk neraka.
Yer lah… Sebab yg andalusia tu bukan hang. Bukan kak hang. Bukan adik hang kan… Hang nak berkeras cara hang silakanlah. Moga-moga nanti kena anak hang pulak jadi andalusia. Benda buruk dlm kain, tak pun jadi harta awam, semua org boleh ambik pakai.
Apabila bertambah usia, mood pun dah berbeza. Perkara yang selalu disebutm permudahkanlah.. Namun berapa kerat yang memahaminya. Dunia akhir zaman.
Saya rasa untuk mereka yang kurang bernasib baik dari segi hal jodoh ini, semakin meningkat usia saya rasa perkahwinan tidak lagi menjadi isu. Yang penting ketenangan dalam kehidupan yang hendak diperolehi.
Fitrah manusia ingin hidup berpasang-pasang. Namun mereka redha dengan ketentuan. Org kiri kanan hanya menyebut “kasihan”. Kasihan tu hanya di bibir. Dlm hati.. “Syukur tak kena kat aku.” Itu lah Melayu yg berpegang dgn ajaran Sunnah Waljamaah.
Nasihat yang baik… tapi mungkin sebab mereka berhati2 lah maka jadi begitu… mereka kena kebalikan kepada Allah untuk penentuan jodoh…
salah seorg yang terdekat dgn saya masih membujang walaupun umurnya sudah pun menginjak 50-an..mungkin Allah takdirkan jodohnya belum sampai. tapi dengan title “andalusia” itu jugalah beliau berbakti kepada ibu yang sangat uzur, mengambil alih tanggungjawab abang2nya yang seakan tak begitu peduli. bagi mereka yang berada dalam kasut yg sama, saya doakan moga Allah merahmati kehidupan mereka dan mengurniakan sebaik2 ganjaran di akhirat kelak. 🙂
Terkadang banyak yang lebih mengutamakan karir daripada mencari jodoh.
Iya lah… Malah ada yang terlupa terus tentang jodoh gara-gara mengejar kerjaya. Bila tersedar, kehendak untuk jodoh dah lama terpadam.
Bagi yang dah lanjut usia ni, perihal jodoh bukan keutamaan dah. yang penting ketenangan hidup dan keselesaan.
Mereka itu ialah golongan yang redha dan bersyukur. Orang lain yang tak duduk dalam golongan ni kalau tak reti redha dan masih suka menjatuhkan hukum, maka tiadalah ertinya.
AnDarTu – Anak Dara Tua
AnDaLuSia – Anak Dara Lanjut Usia.
TQ. Dah betulkan dah…
Berkahwin dengan suami orang sangat menakutkan sekiranya terkena buatan sihir daripada isterinya yang mungkin membawa kepada penderitaan seumur hidup walaupun ada lelaki yang telah menunjukkan ciri-ciri yang sesuai untuk tujuan tersebut. Rata-rata wanita bergelar isteri akan hilang keimanan dan akur kepada kehendak iblis apabila suaminya ingin berkahwin lagi. Bagi saya, kewujudan ramai wanita yang tidak berkahwin adalah akibat daripada kejahatan daripada masyarakat yang bergelar wanita tidak kira usia, maka biarlah Allah sahaja yang memberi balasan setimpal kepada mereka. Dalam perkataan lain ‘dosa seramai’.
Bagaimana kita boleh mengatakan kita tekah beriman sedang kita belum diuji. Memang ramai manusia yang tewas dengan ujian jodoh. Kegagalan memiliki cinta manusia 100 peratus menjadikan orang menolak qada’ dan qadar tuhan. Lama-lama dia mula menyalahkan tuhan. Seterusnya terus hanyut mengejar cinta manusia dan keduniaan. Sebab tu ramai lelaki yang berpoligami secara rahsia.