Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Jangan Terpedaya Dengan Android Murah Lagi, Trik Penjual Melupuskan Telefon Lama

Jangan Terpedaya Dengan Android Murah Lagi, Trik Penjual Melupuskan Telefon Lama

4 August 2018 by admin

Bismillahirrahmanirrahim

Para pembangun app untuk Android telah diberi maklum oleh Google bahawa bermula August 2018 ini, mana-mana app baru yang hendak di hantar ke Play Store mestilah dikompil untuk Android 8.0 dan ke atas. Ringkasnya mana-mana app yang baru muncul di Play Store tidak akan menyokong Android 7.1 dan versi yang lebih awal.

Bermula November 2018 ini mana-mana app yang sedia ada yang ingin dikemaskini oleh pembangun app juga mestilah dikompil ke Android 8.0 dan ke atas. Jadinya, mana-mana app yang kita guna hari ini jika ada versi terkini, versi terkini itu juga hanya untuk Android 8.0 dan ke atas.

Ringkasnya hari ni kita masing-masing banyak guna app seperti Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp tu bila ada update, kita update lah dan versi terakhir yang boleh di-update tu ialah sehingga November 2018 ini sahaja kalau kita ialah pengguna Android 7.1 atau yang lebih awal.

Jadi bermula August 2018 sehingga November 2018 kita akan berpeluang dibanjiri SmartPhone Android yang dijual murah-murah bilamana versi Android-nya ialah versi 7.1 dan yang lebih awal. Saya berpesan supaya janganlah terpedaya dengan harga yang murah tu sehingga nanti bermula kesedihan tak dapat install app yang baru-baru di Play Store. Dan lebih sedih lagi bila app yang sedia ada pakai ni tak lagi boleh di-update bermula November 2018 ni.

Elaklah beli Android versi 7.1 dan yang lebih awal. Mencegah lebih baik dari menyesal. Sekian.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Gum Arabic Al-Manna says

    8 August 2018 at 11:36

    Membaca tajuk sahaja mungkin dalam posting ini ada menjual android murah. Rupanya amaran di sebalik harga murah android pada waktu tertentu. Dunia android akan menghadapi mehnahnya tersendiri.

    Reply
    • Amar says

      12 August 2018 at 07:13

      ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜… ๐Ÿ˜… macam akhbar, isi tak seindah tajuk… hehe

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 ยท BG Minimalist on Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in