Semakin ramai rakyat Malaysia menuju ke arah gaya hidup cashless. Di negara maju seperti China, semua pembayaran dibuat hanya menggunakan apps. Dua eWallet terkenal di China iaitu WechatPay dan AliPay. Mereka menggunakan dua medium pembayaran ini secara meluas. Sampaikan makcik jual kuih tepi jalan pun guna eWallet untuk terima bayaran. Kalau di kedai-kedai besar, kad kredit sangat jarang diterima.
Di Malaysia, trend ini sedang meningkat perlahan-lahan. Banyak syarikat eWallet tumbuh bagai cendawan tumbuh lepas hujan. Persaingan ini nampak sehat, tetapi ia akan menyusahkan pengguna.
Situasinya macam ni, bayangkan korang ada 10 aplikasi eWallet yang digunakan untuk membeli belah di 10 kedai berlainan. Kan menyusahkan diri tu namanya. Mungkin sebab itu pengunaan di Malaysia masih terlalu perlahan.
Percubaan Maybank memperkenalkan QR Pay awal tahun 2018 yang lalu dipandang sepi. Bukan setakat pengguna terpinga-pinga, malahan penjual juga tak reti nak ambil peluang. Bila peniaga tidak hirau dengan kemudahan ini, bagaimana pengguna nak menggunakan perkhidmatan ini?
Seharusnya satu pengenalan besar-besaran perlu dilakukan supaya semua orang tahu dan cakna dengan teknologi baru ini. Tidak dinafikan perkhidmatan ini memang memerlukan kos. Tetapi ada beberapa syarikat eWallet yang tidak mengenakan sebarang caj transaksi kepada pengguna dan peniaga. Peluang ini perlu direbut oleh peniaga terutamanya kerana sekarang caj menerima kad kredit sebagai medium pembayaran juga agak mahal. Dengan menggunakan eWallet sebagai medium pembayaran, kos operasi boleh diturunkan.
Apa yang kita boleh buat dengan eWallet?
- Membeli belah di premis yang menerima pembayaran menggunakan eWallet semudah scan and pay sahaja.
- Menghantar duit kepada sesiapa sahaja dengan mudah.
- Pungut hutang- yang ni sesuai sangat kepada yang malu nak mintak hutang kat member.
- Beli voucher.
- Bagi hadiah kepada sesiapa sahaja.
- Topup prepaid sendiri dan orang lain.
- Bayar bil-bil utility.
- Tambah sendiri..
Selamatkah transaksi eWallet?
Dalam dunia digital keselamatan menjadi keutamaan. Syarikat-syarikat ini telah memberi jaminan sewajarnya untuk melindungi semua transaksi yang kita lakukan. So, jangan risau kehilangan duit. Kalau pakai cash pun duit boleh hilang, ini kan pula online. Apa yang penting ialah cashless ini memberikan banyak kebaikkan. Cuba dulu baru tahu.
Satu untuk semua.
Sudah sampai masanya Malaysia mempunyai eWallet yang sepadu. Mungkin selepas ini kita boleh menggunakan satu aplikasi sahaja untuk semua urusan. Kita tak pening, peniaga pun senang hati.
Terima kasih di atas perkongsian info… saya pun dah ketinggalan.. setakat ni belum pernah lagi guna ewallet.
Senang jika eWallet boleh diterima secara luas di rantau ini. Tak payah ambil terlalu banyak wang tunai keluar untuk membelanja lagi.
Yg penting kita dpt jimatkan kos pencetakan wang kertas. Khabarnya sekeping RM1 kos nya 50sen.
Saya pun banyak menggunakan ewallet sekarang lebih selamat poket rasanya sebab tak bawa cash
poket selamat, cuma duit dalam bank la tak selamat. cepat habis, perginya tanpa kita sedari. hahah
Ada jugak hari tu nak cuba Maybank QRpay tu, tapi masa baca term & condition dia, rasa tak setuju dengan terma tu, jadinya decline dan tak pakai lah QRpay tu. Guna Maybank2U macam biasa jer lah.
Sama juga masa guna Touch&Go, cuba nak register online kononnya untuk dapat report penggunaan T&G tu. Tapi bila baca T&C dia rasa tak setuju juga, jadi tak register jugalah.
tngo menipu je. apps tu tak link dengan kad tng yang kita ada. malahan segala transaksi tidak dapat dibaca pun dalam aplikasi tu. aplikasi dan tng online dua benda berbeza.
Baru guna GrabPay. Itu pun sebab naik Grab. Harap lepas ni ada lebih banyak premis & perkhidmatan yang menerima pembayaran sebegini.