Flip-flop keputusan dibuat. Satu masa dulu, handset tak dibenarkan dibawa ke sekolah. Lepas tu dibenarkan, lepas tu dilarang dan sekarang dibenarkan pulak. Dari segi kebaikkan, sesetengah pihak nampak ia satu keperluan. Ibu bapa mudah nak hubungi anak. Cerita lama..
Agak-agaknya apa agenda di sebaliknya? Sudah ada orang dalam yang mahu bikin bisneskah? Mahu meletakkan mesin topup di sekolah kah? Atau mahu jadi ejen penjual topup? Semuanya jadi tanda tanya.
Tidak ingatkah kesah video pelajar bergaduh di sekolah yang tersebar luas satu waktu dulu? Tidak ingatkah kesah video pelajar beromen dalam kelas satu waktu dulu. Itu semua gara-gara bawak handset ke sekolah.
Nanti cikgu dalam kelas mengajar, murid sibuk update twitter dan facebook. Cikgu sibuk bagi kerjarumah, murid sibuk chatting dengan kawan kelas sebelah. Cikgu tengah tekun mengajar, murid keluar masuk kelas jawab panggilan dari mak bapak. Bila murid dapat keputusan hampas, serang cikgu. Semua salah cikgu.
Insyallah, lepas ni semakin tinggi kes kecurian handset di sekolah. Semakin banyak video menarik akan dapat kita tonton di youtube. Tunggulah saat dan ketikanya. Kehkehkeh.. Apa la kau ni sentiasa berfikiran negatif saja.,
Tak mengapalah. Sistem ini ibu bapa kamu yang punya. Bikinlah apa saja. Corakkanlah apa saja. Kesannya anak cucu kita juga yang akan merasa. Tiada daya usaha kami melawannya. Mahu lihat agenda siapa? Nantikan apa akan terjadi seterusnya. Apa arahan seterusnya. Lepas itu barulah satu dunia tahu siapa punya angkara.
anif says
Telefon bimbit asas (bukan smartphone) tanpa kamera wajar dibenarkan dibawa murid ke sekolah.
Cikgu Hairul says
Kewajarannya memang ada, tapi sikit sangat positif dari negatif.. Mana mungkin cikgu nak periksa satu2 jenis telefon yg dibawa ke sekolah.
topo says
aku memang tak nampak lagi relevan bawak telefon bimbit ke sekolah, kalau hostel mungkin ada sikit la.. tunggu jela agenda tersembunyi dia
Cikgu Hairul says
Di hostel pun sangat sedikit manafaatnya. Buat pelajar tak ada tumpuan je.
dzuandiey says
entah apa la masalah sistempendidikan sekarang sampai memerlukan murid bawa telefon ke sekolah…rasional?
Cikgu Hairul says
Tiada rasionalnya pun.
amirulfaiz says
Pada tahun 2018, anakku yang sulung baru masuk darjah 1. Bila dah darjah 4, kalau dia minta hanset, waktu tu dah tahun 2021, hmm, memang berat nak pertimbangkan. Aduhai.. Semakin besar cabaran mendatang bersama-sama dengan teknologi ini.
Cikgu Hairul says
Kita tgk dulu apa kesannya nanti. Pastu barulah kita buat keputusan utk anak2 sendiri.
sweetkurma says
aduiiii macam2 sekarang ni kan…kejap boleh kejap tak boleh…semuanya semacam ada agenda tersembunyi
Cikgu Hairul says
Masakan tiada agenda kalau keputusan sesampah itu dibuat.
daddydee says
saya tak setuju dengan idea ini.. rasanya ada agenda tersembunyi…
pasti cikgu akan pening lepas ni…sabar ya cikgu….
Cikgu Hairul says
Rasa-rasanya macam tu la. Kalau tak, takkan dah tau banyak benda buruk akibat dari kebenaran itu masih juga dibenarkan.
Nazri says
rasanya lebih banyak keburukan dari kebaikan. sapa la punya idea ni
Cikgu Hairul says
Idea sapa, kita tunggu je arahan berikutnya. Lama-lama terbongkar la juga.
Jebeng Otai™ says
rasanya berguna juga..dri habiskan perbaik public phone..better gunahp utk pelajar..
tp telefon basic shja la..kalo telefon pintar mmg leh mudarat nnt..
Cikgu Hairul says
Sekarang ni telefon murid lagi canggih dari telefon gurubesar. Satu keja pulak nak buat spotcek hp.
Achik Ezz says
mereka yg buat cadangan ni mungkin dalam pengaruh emosi yg tak stabil.saya memang tak setuju…byk sangat la masa cikgu nak spotcek jenis hp budak2…nak cek hari2 ker?hari isnin bawak hp cikai,esok lusa bwk yg lain plak.pastu keje cikgu tiap2 hari update jenis phone budak je…
dalam kelas plak,cikgu ngajar kat depan,budak2 chatting kat bwh meja,update status fb..haru…
alasan mak bapak,senang nak kontek anak.> nak kontek wat menda?.dah anak kt sekolah,ko nak kacau buat per?
kalau anak2 ada apa2 urusan urgent,kan guru bertugas yg akan tipon parent..dan,setiap sekolah kan ada public phone..
saya yakin la,ni mesti ada agenda tersembunyi ni…mesti punyala…
Cikgu Hairul says
Saba ustazah saba.. kita try dulu. Tengok apa kesannya. Heheheh
maza says
Yang maza nampak ialah selepas ini sama ada diluluskan atau tidak, sudah sampai masanya anak2 juga terpaksa dibelikan handphone..
ini bermakna pertambahan bil lagi.. huhuhu
Cikgu Hairul says
itu pun jadi satu masalah pulak.
Hafizul says
Yaa betul tu cikgu..kalau di lihat dari segi positif memang perlu telefon ni..tapi kalau dilihat dari sudut yang berbeza pulak, memang hancur kalau murid bawa telefon ke sekolah..hahaha…nanti semua dapat A++ la bila exam sebab masa cikgu mengajar, diorang duk sibuk kongsi ilmu melalui twitter dan FB..hahaha
Cikgu Hairul says
Banyak kajian mendapati ianya banyak keburukan. Tengoklah nanti camna..
shraqs says
Inilah masalah apabila ide dan cadangan datang dari golongan yang tidak berkaitan secara langsung dengan bidang yang diceburi,.. akan terhasil ide yang akan hanya mementingkan satu pihak sahaja.
P/S : Tahun depan cikgu disiplin tambah tugas jadi penyiasat kes telefon curi d sekolah plak. 🙁
Cikgu Hairul says
Ataupun kena buat pondok polis dalam kawasan sekolah. Kalau hilang hp terus buat report.
tehr says
yups, kita tunggu je apa jadi nanti
harap2 tak banyak hal buruk
Cikgu Hairul says
Harapan semua.. Kenyataannya? Emmm
iAwani says
apabila handset di bawa ke sekolah, pelajar sudah tidak hiraukan guru di depan kelas sebab sibuk bermain handphone masing-masing. Side effect teknologi.