Siapa melayu? Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau Singapaura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Persekutuan atau Singapura.
1. Beragama Islam. Cukupkah dengan beragama islam? Cuba semak semula carahidup kita. Apa yang islamnya? Bagus kalau kalian sudah mengamalkan semua ajaran Nabi Muhammad. Kalau belum dan sudah menyimpang jauh dari ajaran Islam sebenar, ayuhlah kembali kepangkal jalan. Masih belum terlambat untuk bertaubat.
Berapa ramai antara kita mengaku islam, tapi tak pernah solat. Puasa bulan Ramadhan cuma dapat lapar dan dahaga. Zakat jauh sekali… Jeling-jeling dalam keluarga sendiri, pandang-pandang jiran dan masyarakat kita. Jom jadi baik..
Tulisan jawi pernah menjadi tulisan kita. PERNAH.. ramai daripada kita dah lupakan tulisan itu. Malahan yang tak pernah tahu pun ada. Tuliasan jawi dan al Quran berkait rapat. Sepatutnya bila kita pandai membaca alQuran, tulisan jawi juga patut kita pandai baca.
2. Mengamalkan adat budaya melayu. Adat= Amalan Dimana Akidah Diterima. Ramai ke yang masih mengamalkan adat melayu? Mungkin adat yang tak patuh syariah dah banyak dibuang. Jadi apa lagi adat yang tinggal? Berapa banyak pulak yang kita masih amalkan?
Pakaian termasuk dalam adat juga. Baju melayu, songkok, sampin, tengkolok, .. jarang nampak orang melayu berbaju malayu. Biasanya baju melayu dipakai pada hari raya. Hari Jumaat pun jarang pakai.
Kita yang mengaku Melayu ni berapa ramai tahu memakai sampin yang betul? Sapa tahu ikat tengkolok? Sudah pasti antara kita ramai yang tak tahu kan?
[warning]Adakah kita Melayu?[/warning]
3. Bertutur menggunakan bahasa Melayu. Yang ni mungkin masih ramai yang buat. Cuma orang yang lupa botol budu je kot tak reti berbahasa Melayu. Harap-harap bahasa melayu terus dimartabatkan.
Kesimpulannya: Melayu…
Cukupkan bukti-bukti kita sebagai seorang Melayu? Semak semula.. Agamanya Islam? Budayanya Melayu? Tuturkatanya menggunakan Bahasa Melayu? Semua tu kalau ada dalam diri kita, sahlah kita orang Melayu.
Melayu bukan hanya pandai cakap melayu, dalam kad pengenalan agamanya Islam, kahwin bersanding atas pelamin macam budaya melayu, tapi lebih dari itu. Penghayatan kepada carahidup Islam dan adat istiadat melayu lebih penting bagi menampilkan jatidiri kita sebagai bangsa Melayu.
CMRatu says
sah… saya memang bukan melayu tulen… hehe..
Cikgu Hairul says
Ada campur banjar siam ye ? Takpe kita masih duduk dalam rumpun Melayu.
pahan says
Panjangnye post 🙂 anyway, banyak gak yang dah berubah sekarang zaman ni kan.hehe
semuanya bergantung pada diri sendiri lagi 🙁
p/s : Font dah betul ni.hehe.
Cikgu Hairul says
tidak la panjang sangat ni pahan. banyak benda terbuku di hati. semuka kertas a4 tak muat ni. tapi bila dah masuk sini, jadi berjela la orang nampak pulak.
Hazmin Hamudin says
Melayu hanya pada nama… Sekarang pun isu agama dan melayu pun dijadikan isu oleh sesetengah pihak. Agama sepatutnya tidak boleh dimain2.
Cikgu Hairul says
Islam dan Melayu memang tak boleh lari dari isu. Lagi-lagi isu politik. Memang itu realiti dunia. Di mana-mana pun akan ada isu ni. Cuma kita patut pandai menilai mana yang terbaik dari yang baik-baik itu. Ramai golongan persenda agama. Ramai juga yang keliru dengan agama.
shraqs says
Saya setuju dengan Hazmin, isu agama, bangsa & perlembagaan bukannya perkara untuk kita bualkan tanpa ilmu pengetahuan
titan says
emm..susah nak cakaplah. haha..
Cikgu Hairul says
Bro titan orang Jawa. Masih mengamalkan kesemua ciri-ciri di atas? Kalau masih walau sebahagian… kira melayu la jugak.
donnyien says
walaupun saya non melayu tetapi saya bsyukur boleh bertutur dan menulis BM dengan baik
Cikgu Hairul says
Tahniah Donyi. Kita orang Malaysia perlu akan semua tu. Kadang-kadang sentimen agama dan bangsa dimainkan oleh orang politik sampai menyebabkan kita semua berbalah. Yang rugi kita juga. Baik-baik boleh hidup harmoni macam ni, dah bermasam muka.
Jebeng Otai™ says
kbykkan melayu skarang sudah liberal dari segenap segi..malah ada yg liberal agamanya..
Cikgu Hairul says
liberal ni bersifat sesat. setahu saya orang yang berfahaman liberal ni cenderung menyamakan semua agama. parah dah masyarakat kita.
Jebeng Otai™ says
btul cikgu..kdg2 ngeri juga bila memikirkannya..
hairulafiz says
terima kasih cikgu kerana mengingatkan….kekadang kita terlupa siapa kita sebenarnya…
Amar says
Salam Bro.
Nanti kalau ada mana-mana aktiviti ikat tengkolok, khabarkanlah. Kita pergi sama-sama. Asal yang nak mengajar tu mampu ajar ikat Dendam tak sudah, Lang menyusur angin, Pucuk pisang patah, dan Anak gajah duduk, itu dah memadai.
ohcikgu says
selalu gi rewang tu termasuk ciri-ciri orang melayukah? hehe..