Ingat tak masa PKP 1 dulu? Viral harga basikal cecah ratus ribu. Kedai basikal semua kena serbu. Semua orang berlumba-lumba nak dapatkan satu.
Aktiviti berbasikal mula disukai. Tak kira marhain, artis dan juga menteri. Tapi sekarang kemana pergi. Nampaknya semua sudah menyepi. Nak berbasikal pun dah naik ngeri.
Sapa yang tak terikut² dengan trend dulu, selamatlah duit morotorium. Tapi yang dah terbeli basikal harga ribu², jangan down pulak.
Tenunglah basikal tu puas-puas. Tanamkan azam, kau akan kayuh basikal tu semula bila PKPD ini berakhir.
Jadi, buat masa ini, excersise la benda-benda simple dan boleh buat di dalam rumah. Basikal tu kasi kilat dulu dan simpan baik-baik. Jangan letak luar pulak. Zaman gawat ni, asal barang jadi duit tau.
Okey, selamat bersenam.
Leave a Reply