Saya baru menghayati berita. Sejak sekian lama saya tak menghayati berita. Samada berita TV mahupun suratkhabar. Bukan bermakna saya tinggal terus. Cuma tak menghayati je.
Bila mula menghayati berita, banyak persoalan timbul. Antara yang menarik ialah isu PTPTN. Apa sebenarnya yang berlaku? Lepas mencari-cari info barulah saya tahu, ada orang yang menuntut supaya hutang PTPTN dimansuhkan. Yak yak ye la sapa yang dah pinjam dan liat nak bayar tu.
Saya tak setuju dengan tuntutan tu..
Tapi saya juga muskil, sebab isu di TV sekarang orang bantah pasal pemansuhan PTPTN. Sapa pulak yang nak suruh PTPTN mansuh ni? Bukankah itu sumber pendapatan pelajar IPT sekarang. Kalau takde mau kebulur mereka.
Apa sebenarnya yang cuba para politikus rakus nak perjuangkan ni? Tak faham la. Masing-masing cuba memanipulasi PTPTN. Mentang-mentanglah pengundi kali ni ramai graduan yang berhutang dengan PTPTN. Maka isunya mesti ada kait mengait dengan peminjam itu sendiri. Walau kita blurr dengan isu dan perjuangan mereka, dah jadi penyokong tegar…. sokong je la.
Ada orang nak hapuskan hutang
Kalau aku, sokong je la
Senang tak payah bayar
Seelok-eloknya hutang tu kena juga bayar. Cuma mansuhkan terus interes yang dikenakan. Ini bagi memberi peluang kepada anak-anak kita menikmati pinjaman akan datang. Kalau mansuh terus tak adil pulak pada yang dah habis bayar macam titan.. hehehe
setuju interest yg dimansuhkan, atau pun kurangkan lagi.. kesian yg nak bayar, liat sikit sebab tiap2 bulan de caj..
PTPTN & IPTA = SATU KEMENTERIAN…DUIT PUSING2 PUN MASUK HASIL KERAJAAN JUGA
PELAJAR = TIBA-TIBA TANGGUNG HUTANG
FIKIR JANGAN TAK FIKIR
isu ni kurang difahami……
Berkait dengan permainan politikus juga ni
Bantah ada sebab tu cikgu …. nanti yang dah habis bayar pun menuntut balik hak mereka … kan dah susah tu … ๐
Bantah pun biarlah ada logiknya kan.
Kalau hutang ptptn ni dimansuhkan bangkrap negara nak bayar balik graduan yang dah habis bayar tahun2 sudah … ๐
memang mudah menanam tebu di bibir.. masih ingatkah kita janji pilihanraya yang lepas… menghapuskan tol di selangor.. tiada lagi kilang arak di selangor…. sekarang pula tiada lagi ptptn….. baguslah kalau nak hapuskan ptptn tapi tunaikanlah janji yang lama .. barulah rakyat akan yakin.. kalau tidak ianya ibarat mengetuk tin kosong sahaja.
Mudahnya manusia berjanji, nak laksana belum tentu termampu.
Hutang tetap hutang wooo…kecuali PTPTN nak halalkan semuanya….he3x!!!
Kalau PTPTN nak halalkan, yang dah habis bayar boleh tuntut semula.. hehehe
kalau dorang sendiri yg nak halalkan, saya suka.. hehe
aku sokong hutang ptptn x dimansuh
Untuk kemudahan pelajar2 akan datang juga kan.
hutang mesti tetap kena bayar..
itu dah semestinya
isu yang dimainkan oleh pihak pembangkang :
hapuskan PTPTN, and bagi free education to all..
maybe can be done tapi agak tak realistik, yg tak tahan, diorg (pengikut2 yg tak buat kajian dulu) ckp ade jer negara yg bagi free education, negara kita kaya, kenapa tak bagi, tapi masalahnya diorg tak banding plak pendapatan negara and jumlah penduduknya plak…
ntahlaa..bila dah dipolitikkan segala bende tu..payah..
but i guess, klu nak hapuskan the interest tu, ok kot..bayar pokok jer… but not sure ptptn ni still gomen ke dah diswastakan?? if diswastakan then lain cerita laa…they need the money nak bayar gaji pekerja jugak…
err hutang tajuddin ramli berjumlah almost 1 billion kenapa kerajaan umno boleh langsaikan err kenapa ya?
Sebab tu adalah pelaburan yang kerajaan buat. Ia dikira sebagai pelaburan bersama dan bukan pinjaman. Bila rugi, kerajaan juga kena tanggung kerugian tu. Dalam kes ni dua-dua tanggung rugi. Pengusaha dan pelabur. So takde la isu tajudin meminjam dengan kerajaan. Berbeza dengan PTPTN, ia memang satu pinjaman. Tak boleh la mansuh suka2 hati.
sy amat2 menyokong pendapat cegu hairul..nk bt sesuatu kena realistic..even sy peminjam ptptn..tp tuntutan yg dibuat diorg x masuk akal…mmg akan bg impak yg besar utk generasi akan dtg…
byr slow2..cam sy..even tahap merayap cam siput…
Tahniah jadi pembayar. Moga dipermudahkan untuk menyelesaikan hutang2 tu.
Ni la bile isu pendidikan mula dipolitikkan..yg jadi mangsa anak bangsa sendiri! Sekurang-kurang nyer bagi DISCOUNT la masa byr balik tu..bkn nyer kenakan BUNGA!
Pendidikan ni dah dipolitikkan sejak zaman penjajah lagi. Warisan penjajah la orang kata. Nak bagi diskoun? Hehehe. Tunggu yang dok atas tu betul2 ikut Nabi la baru dapat. Kalau tak macam2 istilah digunakan untuk menghalalkan riba.
Setuju hapuskan interest tu.klu hapuskan pinjaman ptptn apa yang depa maw makan nanti,kesian depa.Bini Don pun masih berurusan dengan PTPTN ni, harap2 la lulus. ringan sikit bebanan seorang suami yang tanggung bil sekolah dia.
hutang, tetap hutang kena bayar.. yg tak bayar, jawab lah di sana nanti..
cuma mungkin boleh kurangkan lagi atau tolak je interest yg ada.. yg tahu tanggungjawabnya, mesti nak bayar, jadi beri sedikit keringanan.. baru best nak bayar..
apa pun, hutang dgn org, tak kira apa, silalah jgn lupa..
Mereka marah sebab hutang syarikat besar boleh dilupuskan, tapi hutang rakyat yang tak sampai RM 50K disuruh bayar sampai mati. Kan elok kalau buat demo mintak kerajaan pungut semula hutang syarikat besar2 tu.
Betol tu. Hutang tetap hutang. Kesian anak kita kekgi nk blaja tinggi-tinggi. kita hok tak kaya raya doh. Haha
Sebab tu mereka memperjuangkan pendidikan percuma supaya kita yang tak kaya ni boleh hantar anak belajar tinggi2.
kalau mendatangkan manfaat, apa salahnya dimansuhkan hutang.. tak ada masalah pun..
yg mana2 baik aku ikutkan ja..
batal pun ok, bayar pun ok…
cuma yg aku tengok kat kampus skrg terutama di UM semenjak ada PTPTN dan tindakan penghapusan sistem Dewan Makan di kolej kediaman, harga jualan makanan di UM agak mahal, adakalanya lagi mahal dari luar..
adakah ini juga ada kaitan dgn PTPTN?! Sbbnya mahasiswa sudah ada sumber kewangan lagi2 terdapat lebihan pinjaman hingga mewajarkan harga agak mahal berbanding di luar campus dan lebih mahal daripada amalan sistem Dewan Makan yg lalu?!.. kalau mcm inilah senarionya, kalau bagi pinjam sejuta pun akan habis begitu sahaja dan terus2an menjerut leher kaum pelajar dan pendidik di campus! huhuhu
psst: tu pendapat perbadi songsang maza aje.. hahahaha
Sepatutnya PR tunjuk mekanisma yang betul camne nak mansuhkan PTPTN ni? camne student2 yang belajar kat IPTS? nasib student2 IPTA yang mengharapkan wang saku drpada PTPTN?
Tapi saye setuju secara dasarnya bahawa PTPTN patut dikaji. Mungkin bayaran boleh dibuat separuh, interest dipotong dan sebagainya.
Hapuskan interest tu bagus. Nak salahkan PTPTN sepenuhnya pun tak boleh juga sebab Baitulmal tak nak bantu pelajar. PTPTN menangguk jer lah. Baitulmal tu simpan duit untuk buat bangunan jer kot.
bayar aje hutang ptptn tu. ramai yang banyak songeh.
Takpe, biarlah songeh mereka. Apa yang penting bro dah habis baya.. Hahahah
mmg la byr..yg bengang tu sbb INTEREST! kiter blh bina bgnn pencakar langit berbillion, tak kan la PTPTN ni tak leh consider..
Sonang aje.. kalu tak suka tak usah la pinjam. Yg dah pinjam ehhh takk skrg baru nak bising psl susah nak bayar dan faedahnya. Hmmm…
Btw, ramai yg terperangkap sbb time apply loan dan pilih course, tak pilih baik-baik. Asal ada sijil shj. Tetapi bila dah keluar kolej expectation amat tinggi dan mahu jadi pegawai sedangkan ramai yg ada degree zaman ini. So, tak de kerja dan tak boleh bayar balik loan.
PTPTN pon kalau boleh bukaklah satu kaunter customer service utk runding balik atau re-sechedule loan mereka yg alami kesusahan bayar loan dulu dan jangan syok nak saman aje. My 5 cents jer he he.. ๐
Hutang tetap la kena bayar..
tidak x adil la kepada yng lain dah bayar
kalau boleh interst tu je x yah
bayar yang pinjam je dah, ni smpai ada smpai tambahan
beribu2 sapa nak bayar..
kita pulak yang jadi pening dengan perbalahan orang2 atasan ni..
Alhamdullillah nasib baik nurul x sempat ambik pinjaman PTPTN masa belajar dulu.. ๐
1. selagi tak diubah dasar, selagi tu peminjam kena bayar hutang ptptn. masalahnya sudah terhantuk baru terngadah. berapa ramai mahasiswa fikir soal ini (soal interest, soal bayar balik) masa mula2 minta ptptn, ketika itu mereka masih gembira dalam minggu aluan / minggu orientasi masuk universiti. berapa ramai pelajar dari keluarga mampu? berapa ramai yang ibu bapa dah sediakan dana utk pengajian anak2?? mudah utk tuding jari bukan, mengatakan slh mahasiswa ambil ptptn in the 1st place.
2. ptptn walaupun suatu ‘kemudahan’ pembiayaan kepada mahasiswa, tp membebankan sebab kos pentadbiran yg tinggi. perkhidmatan ptptn teruk (utk sesetengah kes berdasarkan pengalaman sendiri dan kenalan).
3. kos pentadbiran yg tak betul kayu ukurnya ialah riba dan riba itu haram. walaupun ditukar kepada sistem ujrah, tetap helah riba, sebab kos pentadbiran berbeza2 ikut jumlah hutang.
4. ni soal keazaman pemerintah, boleh je nak bantu sebanyak yg mungkin ke arah sistem pendidikan yg lebih murah (if not free) tapi berkualiti. hutang piutang dan salahtadbir dana kerajaan oleh kroni boleh dihapusnilai dan boleh buat peruntukan BR1M, kenapa tidak rancang cara nak kurangkan kos pengajian?
5. rafizi ramli dari pkr dah ada garispanduan umum cara pkr nak hapuskan hutang ptptn juga soal pembiayaan pendidikan masa hadapan. ingat ini model shj, sudah tentu perlu pada debat dan kajian mendalam. insyaAllah akan ada banyak dana utk tampung kos pengajian.
6. jangan melatah tanpa fakta, jangan berkompang dengan emosi, nanti sumbang.
7. sementara itu, masyarakat malaysia kena kurangkan mentaliti subsidi dan mentaliti makan percuma.
Bagus juga isu ini dibangkitkan
Boleh buat forum dan forum itu seharusnya terbuka dalam kalangan siswa dan pentadbiran
Seronok sebab lihat masyarakat kini makin pandai dalam menilai hak hak masing-masing yang kununnya terhimpit…
Bagus kadang kala diadakan demonstrasi nie sbb kita boleh nilai dari pelbagai sudut
Yang tak bgs nya bila berlaku pertumpahan darah dan menganggu ketenteraman awam..mmg cari nahas la kan ๐
-Selagi kita berhutang buat lah cara berhutang..bayar!!-
Melihat ragam manusia untuk belajar sesuatu. Saya suka tu. hehehe
Saya ni salah sorang penerima PTPTN. Dulu pinjam RM28k (4 tahun) shj….Sekarang bayar bulan2 sampai tahun 2018,jumlah bayar RM36k++..Dah berhutang, bayar je la ๐
Bab isu yang tgh kecoh, pendapat saya ni semua isu politik je.
disini sy rsa isu nak mansuhkan interest ptptn bknnya ptptn..klu ckgu skdar tgk dlm tv sy rsa kat situ lg byk politik apa yg diorg ckp x relevan lngsg dgn apa yg parti politik pembangkang ckp… setahu sy diorg nak melihat interest dimansuhkan supaya tidak membbankan pelajar walaupun sy nie mendapat tajaan biasiswa and x meminjam dr ptptn tp sy skong dengan kenyataan ini. ini adalah untuk membantu golongan yang susah dan penganggur yg x bekerja lg supaya tidak dihimpit dgn hutang yang bertimbun…encik kn ckgu xkan yang 2 xblh nak beri komen yang relevan dgn persekitaran skrg..
..
hutang tetap hutang walau sesen punkan..
jom makan aiskrim vanilla + blueberry cake
AisKrim Vanilla + Blueberry Cake
Betul tu. Tapi apakan daya, hutang tersebut terlalu tinggi interesnya. Habis2 belajar belum tentu dapat keja.