Mengaji tinggi sampai pHd?
Jadi jurutera?
Jadi Doktor?Wakil rakyat?
Perdana Menteri?
Presiden Parti Politik?
Setiausaha kerajaan?
SPM 8A+?
Dean list setiap semester?
First Class degree?
Diploma ada 3?
Mengaji pondok seantero dunia?
Seorang yang hafaz quran?
Rumah besar atas bukit?
Kereta mewah sampai tak muat garaj?
Makan tengahari kat hotel 5 bintang?
Kalau itulah apa yang kita fikirkan sebagai kreteria, jawapannya SALAH. Totally salah. Semua itu cuma akan terpakai jika beserta satu ciri wajib ada ni.
[news]Boleh berfikir baik dan buruk sesuatu perkara kepada orang lain dan dirinya sendiri.[/news]
Siapa pun dia, kalau tak ada ciri wajib ni, dia sebenarnya bukan orang yang mempunyai pemikiran kelas pertama.
p/s: Buang gula-gula getah keluar dari tingkap kereta pun boleh tergolong dalam kasta orang berfikiran kelas rendah. Takkan tak dapat berfikir, kalau terpijak dek orang dan melekat di tapak kasut maunya mendatangkan kesusahan orang.
Buat sesuatu tanpa memikirkan kesannya pada masyarakat disekeliling.. memang bukan minda kelas pertama..
Tapi ramai yang menyangka dirinya berminda kelas pertama.
Penulisan yang baik..
Terima kasih leez
serius bagus….
Salam hormat…
tanpa karisma dan jati diri..ilmu setinggi langit takkakn dapat mengalahkan orang yang kurang berilmu tapi memiliki keperibadian yang tiada tolok banding…:D
* takkakn @ takkan 🙂
Salam hormat juga kak..
mungkin bila ada apa segala benda, dia fikir dia orang kelas pertama, tapi kelas pertama belum tentu dia minda kelas pertama, haru je. Mesti pasal video listen2?
Owh.. Bukan pasal itu cerita. Hehehe. Takde kena mengena pun. Wakaka.
sekarang top pasal parody dengan iklan, semua pasal listen3. hehehe
termenung seketika memikirkan adakah aku orang yang berfikiran kelas pertama…oh tidak. masih lagi di kelas orang berfikiran rendah..kena berubah ni..
Alhamdulillah.. Sedikit perubahan yang kita buat mungkin akan menjadikan kita berada di golongan pemikir kelas pertama. Tak mustahil.
benda ni subjektif maa. takde kayu pengukur yang tepat.
sedikit sebanyak ia boleh juga jadi panduan walau bukan sejitu yang diharapkan.
Permikiran kelas pertama, susah nak kelaskan permikiran, kerana ia berdasarkan pendapat, masing-masing ada pendapat sendiri. Buang gula-gula getah tu lebih kepada kesedaran sivik berbanding permikiran.
ia bukan sekadar pendapat, tapi sebenarnya satu panduan yang mesti diikuti. maksudnya orang yang mempunyai kesedaran sivik yang rendah semestinya tidak mempunyai minda kelas pertama.
Boleh berfikir baik dan buruk sesuatu perkara kepada orang lain dan dirinya sendiri. = Mumaiiz, kira mcm dah baligh la..
btul ker..? hihi..
betul la tu..
setuju dengan ayat last tuh
errrr.. yang last jer? heheh
“Tuntutlah ilmu sampai ke negeri cina” ini yang diperintahkan adalah menuntut ilmu tanpa memandang harus menjadi Orang Berilmu
Betul tu.. Tak semestinya menuntut ilmu, kita jadi orang berilmu.
Aya setuju, kalo kerja hebat tapi attitude teruk..itu pun kelas pertama.. 🙂
terima kasih atas persetujuan itu. Aii.. lama tak muncul lepas bergelar isteri. hehe
biar hidup dalam negara kelas ketiga, tapi pemikiran kelas pertama..
selalu dengar ayat ni dalam seminar…
rajin bro berseminar? macam tu la. Ayat-ayat standard motivator.
Adakah disebabkan sistem pendidikan yang terlalu regit bertumpukan exam, manusia di malaysia kononnya menjadi pemikiran kelas pertama ??
Mungkin juga itu jadi satu faktor utama bila keputusan exam jadi nilaian tanpa mengambilkira faktor jasmani, emosi dan rohani. Kononnya yang dapat A itu sudah mempunyai minda kelas pertama. Kesilapan itu sepatutnya diubah.
Aku paling bengang kalau terpijak gula2 getah..lagi bengang kalau melekat kat seluar..
Semogalah saya jenis yang boleh berfikir baik buruk untuk diri sendiri n orang keliling tu… risau juga sbb kadang2 saya jenis redah jee… hehe..
Kadang-kadang orang diluar sana mengukur kebijaksanaan seseorang dengan sijil yang diperolehi. Ada berjaya tanpa sijil selagi berfikiran positif untuk mengubah diri. Contoh TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary.
Ilmu pekara paling PENTING….
tapi tanpa nilai-nilai murni dalam diri ia akan menjadi seperti Tin Kosong saja….
Tips yang amat baik untuk diri PokCIk