Silap sendiri! Dapat duit baki tak cek dulu sempurna ke tidak duit yang kita dapat. Dapat duit koyak memang dah biasa sangat. Nak salahkan kedai pun tak boleh juga. Salahkan diri sendiri yang tak peka. Kat sekolah pun pening dengan kes duit koyak ni.
Duit koyak atau tak sempurna ni bila saya guna kat kedai tu semula, haram la dia nak terima. “Aik.. semalam kan engkau yang bagi duit ni, takkan dah tak laku”. Antara dialog saya dengan ane kedai mamak kat AU1 pagi tadi.
Keputusan tidak menerima duit koyak memang betul. Kalau tak caya boleh bukak Garis Panduan Standard Kualiti Matawang Malaysia yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Diantara duit yang tidak layak diedar dan diguna ialah:
-Duit palsu.
-Berlubang, koyak, bertampal atau hilang beberapa bahagian daripadanya.
-Terlalu kotor.
-Warna luntur terutama pada potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
-Berconteng.
Kalau dah macam tu punya garis panduan, kenapa buat duit yang takde kualiti? Tengok je la duit polimer yang kita dapat. Banyak yang dah tak layak berada dalam pasaran. Nak salahkan pengguna ke nak salahkan pembuat duit? Kalau ikutkan kerajaan, mestilah salah pengguna. Guna duit kena hati-hati. Tak boleh lipat. Macam la kita ni duduk kat kaunter berhawa dingin setiap masa.
Lepas ni kita wajib cek duit baki yang kita dapat. Biar bertengkar kat kaunter jangan biar duit tu tak laku dalam poket kita.
Info:
Duit yang tidak layak berada dalam edaran boleh ditukar di Bank Negara Malaysia. Nilaian akan dibuat bergantung kepada tahap kerosakkan duit tersebut. Maklumat lanjut sila rujuk BNMTELENINK:
Telefon :1300885465
Faks :0321741515 / 0321741615
Email :[email protected]
Web :www.bnm.gov.my
Abdur says
Kalau dah koyak bolehka ditukar yang baru kebank?
Amran says
Boleh tukar di bank negara dan bank perdagangan. Bank2 lain tak boleh. Nilai tukaran tu pulak bergantung kepada tahap kerosakkan. Ada kalanya kita tak dapat pun nilai penuh.
zik says
biasa peniaga memang check betul2.. duit kertas dia bukak satu2 .. koyak ke tak… pasal duit palsu tuh susah juga nak detect.. huhu
Amran says
Bagus la macam tu. Masing2 dah taknak tanggung kerugian dan kesusahan.
puteri kasih says
duit lima ringgit ni memang mudah koyak..dah beberapa kali puteri dapat duit lima ringgit yang koyak macam ni. Sebab selalunya bila beli barang, tak ada pula nak check sekeping demi sekeping duit kertas tu. Sekarang ni lebih berhati-hati 🙂
Amran says
Itulah yg sebaiknya.. Check sebelum kita tanggung rugi. Tertanya2 gak, kenapa rm5 polimer tu mudah sangat koyak..
titan says
yap. selalu dapat.
aku kumpul aje duit-duit tu buat koleksi..
Amran says
Satu hobi baru ni..
Tehr says
kalau koyak sikit aku ambik je
pastu guna lagi beli barang kat kedai lain pulak 😀
Amran says
Takut kedai lain tak terima juga. Parah juga.. Kalau saya rasa tak sampai hati nak guna lagi.
amirulfaiz says
Ya, boleh pergi ke Bank Negara Malaysia untuk tukaran. Jangan ke bank-bank komersial, mereka tak buat tukaran rasanya.
Amran says
Nampaknya BNM kena benarkan bank biasa juga boleh buat pertukaran. Banyak sangat jumpa duit tak layak diguna ni dalam edaran. Nak tukar kat BNM tak banyak cawangan. Seluruh Malaysia cuma ada 6 je tak silap..
Amar says
Sebaiknya recall duit2 polimer tu bila sampai ke kaunter-kaunter pembayaran seperti pejabat pos, tol, dan mesin parkir. Dalam masa beberapa bulan habis ler semua duit tu kembali ke BNM. Benda defective tak perlu bebankan pengguna.
Asyran says
selain bnm bank apa lagi yg terima?
Khairul Amran says
Semua bank terima.
masshah says
Salam Cikgu Hairu;
Perkongsian menarik, duit koyak, haram pekedai nak terima balik padahal dia yang beri baki pada kita guna duit tersebut, apa pun kita perlu semak balik duit baki yang diberi itu lebih baik, apa-apa hal, boleh tukar itu jam juga.
Sekian.
Amran says
Dia pun taknak tanggung rugi. Kalau kita tak cuai, dia bagi duit rosak boleh je kita pulangkan kat dia.
Amar says
Hahaha… Amar selalu buat. Duit syiling hitam pun return balik masa terima duit baki tu. Makcik jual nasik lemak tu sampai dah cam muka ni akan reject duit koyak dan comot. 🙂
Hero Borneo says
memang susah hati kalau dapat duit koyak..kadang-kadang orang sengnaja nak bagi tukar supaya duit itu laku..
Amar says
Itu ialah tektik memindahkan beban kepada kambing hitam. Kita mesti lebih berhati-hati.
Ahmad Ijat says
Duit koyak tu boleh simpan kot. Lagi 20 thn boleh jual kat collector. Brg ‘rare’. Hehe 🙂
abdfatah says
ada dapata jugak duit koyak nih… rm50. gi benk nak tukar dia suh gi bank hsbc… staff hsbc ambik terus tukar terus..
rm5 yang koyak bleh buat koleksi banyak2 laa…
kumpul banyak2 baru laa gi tukar…
FaizAlias says
boleh tukar rupanya kalau rosak…ingat dah rugi camtu jer..thanks atas perkongsian ini..
KHAIRUL AMRAN says
Memang boleh. Sama2 bro.
eya says
Macam mana pulak kalau duit matawang asing,boleh tukar tak?
KHAIRUL AMRAN says
Matawang asing bukan BNM yg keluarkan. Confirm tak boleh tukar.
sitihawa says
duit saya koyak boleh ke tukar. dimana ada ya penukaran duit d bnk sandakan ni tolong dulu
Khairul Amran says
Owh, kalau duit koyak memang boleh tukar. Cuma bank negara ada panduannya.. Boleh tukar di bank2 berdekatan.
Kitun says
Baru je keluarkan duit dr atm, RM30… Salah satu keping koyak sikit bahagian bawah, tak perasan kondisi duit kertas tu, pergi buat bayaran kat Subway bawah Menara CIMB tu… Budak tu tak terima… Aik??? Baru je keluarkan… Ni bukan berurusniaga dengan orang jualbeli… Ini keluarkan duit dari mesin atm… Atm CIMB kot… Macamana tu??? Kalau tgk, sikit je terkoyak, sbb tu tak perasan, lepas tu ada tulisan pensil “50” atas ruang takda gambar atau corak… Macamana kalau kes begini? RM10 walaupun sikit tapi nilai besar bagi saya… Dah tu wat malu saya kat depan orang…