Dalam kelekaan mendidik bangsa dan masyarakat, sedar tak sedar semakin buruk output yang dihasilkan. Tengok sajalah akhlak orang kanan kiri kita. Akhlak dari anak-anak sampailah kepada moyang kanak-kanak, semuanya hampir sama.
Mana silapnya? Apakah instutsi pendidikan terutamanya sekolah yang akan dipertanggungjawabkan? Kalau singkat fikiran itu je la yang ditalanya. Lepaskan kesalahan sendiri pada orang lain. Itu kan senang. Menduding jari kepada pihak lain di atas keruntuhan akhlak masyarakat. Puas hati!
Bila bercerita tentang masalah anak-anak lari dari rumah, masyarakat cepat menyalahkan anak-anak. Apa yang lagi menyedihkan bila ibu bapa pulak menyalahkan pihak sekolah.
Saya nak kongsikan satu cerita anak lari dari rumah. Siti (bukan nama sebenar) bukanlah seorang murid yang bermasalah. Pelajarannya baik, akhlaknya baik. Akhir-akhir ini dia sering tak masuk kelas. Bila petang, dia tak balik ke rumah, alasannya nak buat study group.
Satu hari di hari Rabu, waktu petang Siti tak hadir kokurikulum. Bila ditanya kepada kawan-kawannya, Siti ada masa waktu persekolahan tadi. Dia juga ada dilihat bersama rakan-rakannya sebelum aktiviti kokurikulum dijalankan. Tapi ke mana menghilangnya Siti? Tiada siapa yang tahu.
Sampailah waktu pukul 645, Emak Siti menelefon sekolah. Dia bertanya ke mana anaknya. Penjelasan diberikan, makian diperolehi. Emaknya menuduh sekolah tak bertanggungjawab. Dia kata banyak sangat aktiviti sekolah dijalankan setiap hari sampai anaknya datang pagi pulang malam. Ada kalanya terpaksa bermalam di sekolah. Katanya… Terkejut la jugak.. mana ada sekolah buat macam tu.
Malam tu puaslah pekerja tanpa gaji ni mencari Siti. Habis semua tempat digeledah. Tak jumpa… Lebih kurang pukul sepuluh malam, dapat berita dari maknya, Siti dah balik. Dia pegi rumah kawannya tanpa memberitahu keluarganya.
Hangin satu badan.
Esoknya siasatan dijalankan. Melalui cerita Siti, dia tak betah duduk di rumah. Rumah yang besar ibarat neraka baginya. Emaknya sentiasa mengongkong hidup Siti. Siang, malam, pagi, petang Siti mesti baca buku. Nak tengok kartun jauh sekali. Kalau ada pun cuma rancangan Astro Tutor TV dan National Geografi. Oleh sebab tekanan itu, Siti ambil keputusan untuk tidak berada di rumah.
Itu cerita Siti. Carita bapanya lagi menyayat hati. Mereka adalah sebuah keluarga besar yang tinggal di sebuah rumah besar. Dalam rumah tu tinggallah Siti dengan ibu, bapa, adik beradiknya, atuk dan nenek, pakcik dan makcik serta sepupu-sepupunya. Siti adalah anak sulung dari bapanya yang juga sulung.
Setiap kali bapanya menegur ibunya mengenai sikapnya itu, neneknya pula menyokong. Emaknya nakkan Siti cemerlang. Dalam masa yang sama keluarganya juga mengharapkan Siti menjadi cemerlang. Maklumlah anak sulung dan cucu sulung. Semua nak dicontrolnya. Bapanya ibarat tiada kuasa. Membiarkan anaknya dikongkong sehinggakan berlaku kejadian tersebut.
Saya taknak menyalahkan sesiapa. Ibu bapa dan keluarga ada hak mengongkong anak perempuan. Lantaran dari persekitaran yang sangat mendesak ini, kecemerlangan dalam hidup menjadi keutamaan. Cara dan kaedah terpulang kepada cara masing-masing. Tapi kalau sampai anak-anak memberontak, apa kesudahannya?
Ibu-ayah sekelian…
Didiklah anak gaya Rasulullah. Kita didik ikut cara Nabi. Insyallah tak ada masalah lepas ni. Caranya macam mana? Saya taknak mengulas cara mendidik anak gaya Rasulullah. Carilah ustaz yang boleh mengajar kita cara mendidik anak. Banyak masjid-masjid menyediakan pengajian percuma. Bawalah isteri, anak-anak dan ibu bapa sekali ke majlis ilmu tersebut. Biar kita jadi terbaik dan tak dipersalahkan nanti.
anif says
Anak-anak harus dibesarkan dalam situasi yang ideal. Walaupun ideal itu subjektif, seboleh-bolehnya cuba untuk dapatkan yang terbaik buat anak-anak.
Cikgu Hairul says
Saya setuju tu..
rahman says
Menjadi seorang pendidik di zaman ini tentunya lebih mencabar, semoga cikgu dapat menangani situasi sukar ini dengan sebaiknya 🙂
Cikgu Hairul says
Insyalah..
kulanz says
Sesekali ibu bapa perlu berfikir di luar kotak untuk mencari jalan terbaik mendidik anak-anak.
Cikgu Hairul says
Masalahnya ramai langsung taknak berfikir dan hanya ikut hati.
tehr says
Pentingnya kerjasama dalam mendidik anak2
Kesabaran memang perlu ada di depan sekali
Cikgu Hairul says
Betul tu cikgu. Kadang2 sabar tu yang susah nak tiba.. Bila dah tiba hilang la pulak.
suri says
jangan salahkan sesiapa..sb smua pengaruh ada dimana2..
persalhkan cara didikan anak dari kecil..itu juga perlu d selidik terlebih dahulu..
Cikgu Hairul says
Semuanya bermula dari rumah.. So sapa kat rumah? Kita la kan.. Mesti didikan bermula dari rumah. Insyallah semua kan ok.
suri says
suri walau dah bergelar ibu bapa pada anak2 suri mash jga mencari buku keibubapaan..
beli baca dan renung nilai apa yang terbaik utk anak2 masa hadapan..mmg setuju benar akan admin ibu bapalah corak anak2..
erk smlm ada bli buku pasal didikan anak perempuan hurm bagus isinya mmg manfaat utk sy baca waktu lapang selain layan blog baca novel ada juga buku2 yg harus di jadikan panduan..
Cikgu Hairul says
Nanti puan suri kongsikanlah ye cara didik anak perempuan. Saya pernah dengar mendidik anak perempuan ni kena lebih sikit tapi sampai umurnya baligh je. Yang lebih diutamakan anak lelaki kena didik lagi lebih dari anak perempuan sebab umur balighnya berbeza..
Naziman says
betul tu..budak2 zaman sekarang ni. tak boleh juga di biar sangat,tak boleh juga di manja sangat, tak boleh juga di kongkong sangat.. semua perlu sekata.
Cikgu Hairul says
Bila tak cukup ilmu mendidik tu yg jadi macam tu.
titan says
kalau nak cari salah. aku cuma nampak 3 orang aje. mak, ayah atau penjaga. orang ketiga..diri sendiri. Yang lain tu, sidekick aje..
Cikgu Hairul says
Masyarakat sekeliling juga harus dipertanggungjawabkan. Kalau datang bala, kena kat semua bro.
Dulu Lain Sekarang Lain says
Menarik citer di atas. Boleh buat pkir-pikir sikit sobab kawe sedang menulis artikel pasal budak lari dari rumah juga, cuma dari perspektif lain dan isu yg lain juga. Tak tahu la bila nak siap…. 😀
Cikgu Hairul says
Saya tunggu artikel bro.. Boleh share2 idea..
chii says
anak2 kalau dikongkong,,jiwanya akan memberontak..tu lagi bahaya..
jgn terlalu di desak dan diletakkan harapan yg terlalu tnggi..sampai membebankan
Cikgu Hairul says
Harapan tinggi ibu bapa kengkadang tak fikirkan akibat perbuatannya.
Jebeng Otai™ says
jika tinggal didalam ‘keluarga besar’ mmg begini jadiknya..
hanya pendapat saya 🙂
Cikgu Hairul says
Tapi yang besar itu kan lebih baik dari yang kecil. Besarnya famili, besarlah ideanya.
misskonspirasi says
kebanyakannya anak yg rosak tu..sbb terlalu dikongkong and tak pernah merasa hidup sosial…namun anak yg dibiarkan bukanlah smua baik belaka…so dedua ada baik buruknya gak..even dah negeri islam..gadis dah bertudung..tapi knp masih bnyk dikalangan mereka itu..(gadis islam bertudung aktif buat maksiat?)
Cikgu Hairul says
Kalau ikut cara nabi, insyallah semuanya baik belaka.