Semasa memandu ke tempat kerja tadi saya mendengar Radio Ikim. Perbincangan agak berat. Ia berkisar tentang maksiat yang dilihat semakin biasa. Laluan ke tempat kerja macam biasa sesak. Tersengguk-sengguk, bersimpang siur, berserabut. Sama seperti apa yang ada dalam kotak fikiran saya.
Kesah dalam berita hari ni, seorang remaja perempuan sanggup membunuh anak luar nikahnya dengan merendam bayinya sampai lemas benar-benar buat hati saya tersentuh. Apa taknya, kekejaman demi kekejaman disajikan oleh media setiap hari. Ia dah jadi biasa.
Masyarakat hari ini macam dah tak kesah dengan maksiat. Cuba perhati sekeliling kita. Apa jenis maksiat yang sedang berlaku? Semuanya ada. Tapi sedikit pun hati kita tak tersentuh.
Maksiat bukan sekadar berdua-duaan di tepi tasik. Cuba lihat maksiat secara lebih mendalam. Dalam tak sedar, mungkin kita juga sedang melakukan maksiat. Mata melihat benda haram, telinga mendengar caci maki, kaki pergi ke tempat perjudian.. pendek kata dalam diri kita sendiri sudah terbiasa dengan maksiat.
Memetik kata-kata seorang pendengar tadi, manusia jadi macam ni sebab utamanya adalah tidak tahu tujuan diciptakan. Anak-anak tidak diberitahu tentang tujuan hidupnya, malahan ibu bapa juga kelabu tentang hala tuju hidpunya.
Sesungguhnya manusia itu dijadikan untuk menjadi khalifah di muka bumi dan beribadat kepada Allah.
Apabila kita tahu tujuan kita dihidupkan, maka kita akan ikut panduan yang diberikan. Panduan terbaik untuk manusia ialah Al Quran dan Al Hadith. Ikutlah dua-dua panduan ini, nescaya kita akan selamat dari kemusnahan.
Jebeng Otai™ says
mmg kene slalu muhasabah diri..dalam x sedar kita dh bergelumang dgn maksiat..
Cikgu Hairul says
Betul tu bro. Kanan kiri depan belakang semua maksiat. Macam mana nak elak?
shraqs says
Dah jadi lumrah sekarang ni… semua yang berkaitan dengan maksiat digambarkan dengan cara yang hebat dan gah. Bila ke arah kebaikan, orang buat tak peduli je…
Cikgu Hairul says
Mungkin kita sebagai ibu-bapa boleh ubah mindset tu. Yang buruk kita gambarkan ia buruk dan sebaliknya.
anif says
Perlu sentiasa mengingatkan diri dan keluarga tentang tujuan kita hidup di dunia ini..
Cikgu Hairul says
Itulah yang sebaiknya bro. Kadang-kadang kita lupa tentang tu.
Ahmad Ijat says
Apabila maksiat menjadi perkara biasa, itu tandanya kiamat dah semakin hampir….
Cikgu Hairul says
Sediakan apa-apa yang patut.
titan says
itulah masalah orang kita. aduhh..
Cikgu Hairul says
Kena baiki, supaya tak dipersoal nanti.
Izzuddin Fauzi says
Dan apabila membiasakan maksiat… Meninggalkan amar makru nahi mungkar…
Cikgu Hairul says
Bila macam tu, terasa berat sangat tanggungjawab. Tak tegur salah, ditegur salah.
muazfaris says
maksiat yg paling bahaya adalah jahiliah dlm diri kita.. ramai tak sedar tentang perkara ini.
Cikgu Hairul says
Jom kita sedarkan.. melalui cara menulis. tak dapat sedarkan dengan berceramah dan bagi kuliah, kita sedarkan melalui penulisan
iza says
Assalam…
Dunia akhir zaman…
Kadang kala, bila kita tegur tentang perlakuan (maksiat) tu, kita dimarahnya. Kawan pun lari dan ada yang kata kita ni ketinggalan zaman..Nauzubillah. Moga kita sentiasa beringat tentang dosa dan pahala..
Cikgu Hairul says
Wslm Kak Iza,
Itulah lumrah orang berdakwah. Takpe, asalkan kita ada semangat nak mengubah itu dah cukup baik. Biar orang tak suka kita sebab mengajak kepada kebaikkan, jangan orang sanjung kita sebab kita melakukan kemungkaran.
segalabenda says
sekarang ni perkara maksiat dianggap biasa..berjalan berpegang tangan lelaki dan perempuan bukan muhrin pun dianggap sudah kebiasaanya..akhirnya generasi seterusnya tak dapat beza yang mana betul dan yang mana salah
Cikgu Hairul says
Itu yang sangat-sangat kita takut. Rasulullah pun ada cakap yang masa akhir zaman ni yang hak dan yang batil kita tak dapat beza.
Mus says
bersama-sama kita menjaga maruah bangsa dan agama kita dari terus tercemar..
Cikgu Hairul says
Insyallah
tehr says
kata pepatah
alah bisa tegal biasa
memang ramai yang dah tak kisah dengan maksiat
benjy says
Prinsip Benjy senang je … jangan buat benda orang tak suka dan jangan menyusahkan orang lain. ikutlah norma2 kehidupan yang betul kerana manusia tidak kira agama, bangsa dan warganegara melarang melakukan perbuatan yang tidak baik 😀
Akulah.com says
betul tu, hidup kita ada panduan.. agama islam adalah panduan kita..
cik tom says
camtulah jadinya bila duniawi dah dijadikan raja dalam hati..
ohcikgu says
risau dengan budak-budak sekolah sekarang ni..
Cikgu Hairul says
Risau juga dengan masyarakat.. macam tak kesah je dengan apa yang remaja buat. Bila dah biasa macam tu la jadinya.
Hafizul says
Emm maksiat dimana-mana. Nafsu nak wak jahat kuat sekali..Haiya….
alieza dayasari says
kena selalu muhasabah diri agar kita sentiasa ingat.
sememangnya setiap org melakukan kesilapan tp jgn ulang kesilapan.
ProfHariz says
Ya Allah peliharakanlah aku daripada segala kemungkaranMu ya Allah. Saya anak muda mmg banyak godaan maksiat ni
Cikgu Hairul says
Aminn.. moga Allah lindungi Hariz dan semua.