Bismillahhirrahmanirrahim.
Dengan adanya blogger yang mempunyai app mereka sendiri di App Store, Cikgu Hairul pun tertarik hatilah juga untuk membangunkan app sendiri supaya tersemat di skrin iPhone-nya sebagai satu app “Cikgu Hairul”. Saya kata itu mudah, malah dah ada pun.
Jika saudara/saudari sampai ke sini dengan Safari dalam iPhone, boleh terus ke step #2.
Tap lama sikit header Cikgu Hairul dan pilih Open in New Tab. Di New Tab, tap Action di bahagian bawah Safari (butang yang di tengah).
Tap Add to Home Screen. Tap Add. Siap.
Sebetulnya ia hanyalah pintasan ke blog Cikgu Hairul. Ia lebih mudah berbanding membangunkan App native yang terpaksa pula melalui proses penapisan oleh Apple sebelum dapat diluluskan memasuki App Store. Tak berbaloi untuk App percuma. Apa yang penting blog mestilah dipasang dengan Themes yang menyokong paparan skrin kecil seperti iPhone.
Sesiapa yang juga menulis blog menggunakan platform WordPress dan Blogspot, bolehlah cuba juga. Try at your own risk.
Uuuu… hebat.. Boleh belajar dengan tuan nanti. 😀
Tak susah. Shortcut jer. Yang penting blog kita tu guna themes yang sokong paparan skrin kecil seperti smartphone.
Tahniah Cikgu!
Kemain lagi, siap ada app sendiri lagi. Hehe. Bila nak buat untuk Google Play?
Sedang diusahakan. App untuk AR.
kira ini sekadar shortcut kan bro..ke memang ada app blog bro nie
Ni shortcut je bro.. Kalau buat apps tak berbaloi menunggu giliran masuk store.
eh, boleh buat app sendiri rupanya ye? baru saya tahu.. ^_^
tq for the tips. senanglah nak masuk web ni pasni.