Aku nak kongsikan sedikit info tentang Mac yang orang perlu tahu sebelum keluarkan duit beli Mac:
1. Dulu Apple gunakan prosesor IBM PowerPC. Dulu yoyo-o jer Steve Job kata prosesor PowerPC tu bagus gila bagai berbanding x86 yang dibuat oleh Intel. Aku ingat lagi statement dia, “We not talk about GigaHertz. We talk about GigaFlop”. Tapi sekarang Apple sendiri beralih kepada Intel. Maknanya Steve Job ni kaki temberang. Entah apa lagi yang dia temberang, tak tahulah.
2. Komputer Apple ni dibuat dari aluminium yang “agak” susah patah, tapi mudah BENGKOK jika terdedah kepada kepanasan melampau seperti dalam bonet kereta yang terjemur di lot parkir terbuka. Mudah KEMEK bila jatuh. Komputer bengkok atau kemek mana lawa. Huduh lah sangat. Cuba search di Internet, kita akan jumpa post pengguna Mac yang komplen pasal MacBook/MacBook Pro yang bengkok.
3. Steve Job tak kasik beg. Apple jual komputer diorang dalam keadaan togel “out of the box”.
4. Bukan semua pencetak dan pengimbas serasi dengan Mac. Malah ada yang sama sekali tak berfungsi langsung dengan Mac seperti kita attach-kan pengimbas tu ke mesin basuh separa otomatik keluaran Haier.
5. Harga second hand Mac memang tinggi berbanding komputer jenama lain, tapi sebab tinggi tu lah orang tak nak beli. Nak jual balik payah tu…
6. Genius ialah gelaran kepada mamat/minah yang melepak kat kaunter kedai Apple yang menawarkan diri untuk menjawab persoalan tentang Mac. FYI, ada banyak soalan tentang Mac yang diorang tak tau jawab, malah tak tau langsung. Berani pulak pakai t-shirt “Genius”. Tak percaya? Cuba tanya diorang macam mana nak run query XML-RPC di Automator yang built-in dalam Mac tu “out of the box”.
7. Grafik cantik Mac ni bukanlah lawa mana pun jika dibandingkan dengan Windows 7 atau Ubuntu. Lagipun Mac cuma ada dua warna, putih dan perak. Sedangkan PC ada macam-macam warna untuk dipilih. Dulu punya Mac ada macam-macam warna, tapi sekarang dah jadi monokrom. Teknologi warna di Mac bukan ketinggalan, sebaliknya bergerak menuju ke belakang.
8. Office Suit (iWork’09) di Mac mahal, RM299 cuma dapat 3 perisian; Pages, Number dan Keynote. Sedangkan jika gunakan PC dengan Windows 7, kau boleh guna Office 2010 Student/Home package dengan harga RM269 dengan 4 perisian; Word, Excel, PowerPoint dan Notes.
9. Kalau kita ada Webcam ke atau Kamera digital yang dibekalkan sekali perisian khas untuk editing di komputer, perisian tu bukan untuk Mac, tapi untuk Windows. Jadi, CD atau DVD yang dapat masa beli Kamera tu jadi sia-sialah jika guna Mac. Rugi lah tak guna perisian Original tu.
10. Mac tak perlukan antivirus tambahan, Mac OS X ada antivirus integrated-nya sendiri. Rata-rata orang tahu, antivirus perlu up-to-date dengan virus definition yang boleh di muat turun dari web pengeluar antivirus tu. Mac pula download definition/patch tu dari server Apple sendiri. Tapi, fail yang dimaksudkan tu besar mana? Kadang-kadang failnya lebih 100MB. Rasanya pengguna Windows tak perlu muat turun fail definisi virus sebesar tu.
Jadi, sebelum beli Mac, fikir-fikirkanlah 10 sebab di atas, benar atau tidak. Nanti, aku tulis pulak kemanisan Mac. Hari ni aku saja cerita yang kelat masam jer. Huhu…
Tentang Penulis:
Seorang Pengguna Tegar Mac
aizuddin says
tau takpe..pakcik kayo je boleh layan mac ni..
cikguhairul says
Heheh.. tengah berkira2 nak dapatkan satu. Tapi tengok harga tu macam belum mampu.
Amar says
Apa lagi, pinjam Along la. Along Mekya tu banyak duit….
Cikgu Hairul says
Along Mekya? Heheh Siapakah gerangannya dia tu?
Amar says
Along Mekya anak tokey butik kat BTR tu ler…
SamsulAhmad.com says
rasa terbantut plak nak beli Mac nie… hahaha…
Cikgu Hairul says
Takper.. kayuh pelan2.. guna je apa yg ada kan.. hehe
SamsulAhmad.com says
hehe… betul tu, ckup la guna ipad dgn iphone nie.. mac tu klu ada duit lebih x taw nak buat apa mgkin beli kot… hahaha…
Zil-el-Saif @ The Encik Saif says
Saya sokong ubuntu…
Sabahan Bloggers Club says
Kalau minat mac, ok ler kot.
Saya kurang sikit dengan Mac ni….
Sutan Mustaffa Salihin says
Salam semua.
Saya mencari di google search berkenaan dgn mac book pro lalu terjumpa la page ni.
Saya sdg planning nak beli mac book pro. Bukan krn 1st time nak beli laptop. Saya dah ada beberapa laptop sblm ni spt Toshiba, Acer, HP & yg terbaru Lenovo G450.
Banyak betul masalah dgn laptop sblm ni spt bateri tak tahan lama & hard disk panas….hang & black out tiba2…..so, saya plan nak terus bertukar ke mac book pro…
banyak pendapat ttg kebaikan & keburukan mac book pro ni yg saya tlh baca…tapi kebanyakannya adalah bagus ler…(agaknya kot)
utk pengetahuan semua, saya pengguna tegar laptop krn selalu travel & banyak buat paperwork, video & pesentation (krn saya adalah seorg Trainer)
minta pendapat kalau boleh share ttg planning saya nak beli mac book pro ni…
di mudah.my (best price dot com) menjual mac book pro (new) ni lebih murah dari apple online….betul ke baru & ada warranty? ada sapa2 tahu ttg penjual di mudah.my tu?.,,,
harap dapat bantu, terima kasih byk2
Abg G says
Jangan terpedaya dengan jualan murah yg tak munasabah di mudah.my, byk yg terpedaya. Sila lawat website fotoedia malaysia forum utara, ada kisah ni.. Byk tertipu…
Cikgu Hairul says
Betul tu.. Jarang beli di mudah.my
Jai says
Saya sentiasa sedar tentang hal ini. Tidak pernah minat produk apple. Nak kena buat apple ID lagi. Leceh. Hidup android.
auc dot com says
memang x pernah minat dgn jenama buah epal ni, baik desk, laptop, iphone dsb x taulah memang x berkenan dari dulu lagi 🙂
Cikgu Hairul says
Tak berkenan takpe. Gunalah apa yang ada. Lagipun produk apple ni mahal.
hafiz says
tak berminat nak beli mac..sebab ramai orang cakap leceh..baik pakai laptop yang mesra pengguna..pegi mane2 kedai accesori pc, macam2 bleh dapat
Cikgu Hairul says
Mungkin yg cakap tu tak pernah guna mac. Mac adalah laptop paling mesra pengguna. Keluar kotak terus gua. Tak macam laptop lain. Keluar kotak nak kena install segala bagai..