Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Apple Melampau! iPhone 5S Pencuri Maklumat Sulit

Apple Melampau! iPhone 5S Pencuri Maklumat Sulit

12 September 2013 by Cikgu Hairul

iPhone 5S- Gambar dari Apple
iPhone 5S- Gambar dari Apple

Memang melampau la Apple ni. Satu-satu dia curi dalam diam. Kita tak perasan dan hampir tak tahu yang segala yang diperlukan untuk menjual diri telah kita berikan dengan rela hati. Dengan kehadiran iPhone 5S yang baru dilancarkan, satu lagi langkah mencuri maklumat diri kita akan diatur secara terancang.

Sebelum ni, Apple telah meminta maklumat peribadi dalam pembelian iPhone. Pergi la mana-mana pusat jualan atau pembelian secara online, dah pasti maklumat peribadi kita diminta. Sampai nak aktifkan phone pun Apple akan minta email kita.

Tidak terhenti setakat itu, pembelian di AppStore juga memerlukan kita memberikan data kad kredit. Walaupun Apple kata data selamat bersamanya, apa jaminan mereka data itu akan selamat selamanya?

Sekarang ni pun Apple dah mula mengawal segala-galanya. Apa-apa aplikasi yang terinstall di semua produknya seperti boleh diremote dari jauh. Mereka berkuasa sepenuhnya meremove atau mengupdatenya sesuka hati tanpa kebenaran pengguna.

Ada sesetengah aplikasi tu, tidak berfungsi bila kita matikan location service. Kenapa? Sebab Apple mahu menjejak kita sampai ke lubang cacing. Mereka mahu melihat apa kita lakukan setiap saat dan ketika. Bukankah itu satu bentuk pencurian terancang?

Ada yang tidak sependapat dengan pandangan saya? Tak apa. Saya tambah lagi spekulasi mendebarkan.

Fungsi TouchID
Fungsi TouchID

Produk terbaru iPhone 5S menyediakan fungsi Touch ID. Fungsi ini membolehkan kita memasukkan cap jari untuk unlock telefon. Fungsi TouchID juga boleh digunakan untuk pengenalan diri ketika membeli Aplikasi di iTunes. Sudah tentu data cap jari kita yang memang ternyata diakui seluruh dunia boleh menjadi pengenalan diri, ada dalam simpanan database Apple.

Nampak tak permainan dia? Segala data ni telah tersimpan dalam server Apple. Cukup mudah mereka nak memanipulasi data yang mereka ada itu sebaiknya.

Terpulang kepada kita samada nak menggunakan produk dari Apple atau tidak. Kalau nak guna juga, hadkan data peribadi anda daripada diketahui Apple. Mereka sedang menunggu masa yang sesuai untuk membuat sesuatu kejutan.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. shraqs says

    12 September 2013 at 04:11

    Yang lain tu saya setuju tapi untuk Touch Id tu tak berapa tepat. Fingerprints pengguna di encrypt dan disimpan locally di A7 chip processor dan tidak dibackup di server Apple dan iCloud.

    Touch Id hanya mainkan peranan yang sama sebagaimana passcode yang biasa kita guna di peranti Apple dan tak lebih dari itu.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      12 September 2013 at 06:34

      Maknanya data cap jari hanya disimpan dalam iPhone? Abistu masa pembelian di itune bukankah data juga dihantar ke sana? Saya rasa semakin keliru dan tak jelas dengan fungsi yang satu itu.

      Reply
      • Amar says

        12 September 2013 at 07:55

        Cap jari tu encripted dlm cip. Touch ID akan aktifkan passcode lock dan password AppleID. Dalam proses pembelian, yang dihantar ke AppStore ialah password.

        Tapi disebabkan iOS 7 tu close source, hati-hati tu perlu ada. Boleh juga scan cap ibu jari kaki sebagai ganti.

        iPhone boleh digunakan oleh orang banyak. Tapi sangat tak sesuai untuk seorang VVIP. Sebab iPhone akan dedahkan identiti, lokasi, serta banyak maklumat sulit lain.

        Gerakan illuminati tu sangat halus.

        Reply
        • Cikgu Hairul says

          12 September 2013 at 08:10

          Kaedah yg ni aku cuka. Guna selain dari jari utk pengenalan diri. Meminimumkan maklumat yang terlepas.. Yess… Dapat solusinya.. Boleh ambik 5C hehehe.

          Reply
          • Amar says

            12 September 2013 at 23:20

            Sayangnya iPhone 5c tak ada fungsi fingerprint. Cuma tersedia dalam iPhone 5s. Apapun, iPhone 5s ialah bayangan kepada iPhone 6. Finally they found the way to project 3D display without the red-blue glass.

        • shraqs says

          12 September 2013 at 15:15

          Idea penggunaan cap jari kaki tu memang bagus… 🙂

          Reply
          • shraqs says

            12 September 2013 at 15:28

            Kalau ikut penerangan terbaru jurucakap Apple lepas banyak isu dibangkit termasuk National Security Agency (NSA) katanya : Pelanggan yang ingin mengguna Touch ID juga perlu membuat passcode sebagai backup. Hanya passcode sahaja (bukan fingerprint) boleh diguna untuk unlock iPhone jika tidak direboot atau dalam tempoh 48 jam. Tujuan utama adalah untuk menghalang dan melambatkan penggodam daripada mencari jalan untuk memintas pengimbas cap jari.

          • hafizmd says

            17 September 2013 at 13:25

            nak kena standby kaki selalu utk scan =) hehe

  2. blogger lelaki says

    12 September 2013 at 09:48

    dalam kecanggihan itu..ada perkara yg kita tak terfikir..hu3..ada udang disebalik mee kah semua ini/

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      12 September 2013 at 10:02

      cuma andaian dari seorang blogger. memandangkan Apple sebuah syarikat yahudi.. jaga-jaga juga atas tindak tanduk mereka sejak akhir-akhir ini.

      Reply
  3. hafiz says

    12 September 2013 at 11:52

    Nasib baik bro bagi info, baru tau muslihat apple ni…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      12 September 2013 at 15:46

      sebagai persediaan. kita dah lama bersangka baik. sampai segala maklumat peribadi kita bagi dengan rela hati. sesekali kena juga beringat-ingatan.

      Reply
  4. Irwan Alessa says

    12 September 2013 at 15:43

    wow… agak panas entri ini..tapi mungkin security nya di perketat.. ada pro dan kontra setiap teknologi.. apa pun design dan kelebihannya ada pada produk Apple, tetapi cuma membebankan sediikit, tetapi bagi penggemarnya tak lah sesusah mana..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      12 September 2013 at 15:49

      design memang tak terkalah. saya pun dah tertarik ni. mungkin juga akan terjebak juga. tapi bab sekuriti agak mendukacitakan. banyak forum-forum yang membincangkan isu ni..

      Reply
  5. Aku Penghibur says

    12 September 2013 at 16:47

    wahh serious baru tahu, terima kasih kerana bagitahu .. bahaya jgk nie

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      17 September 2013 at 19:57

      Minta tolong sampai-sampaikan la pada yang tak tahu lagi.

      Reply
  6. Izzuddin Fauzi says

    12 September 2013 at 17:38

    Ya, ia seperti kita menyerah diri. Nanti sebelum apa2 baca TnC yang Apple berikan. Nanti tak adalah kita jadi tak terbela…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      17 September 2013 at 19:50

      Setiap tnc yang dibekalkan mesti akan dipaksa kita tik setuju. kalau tak setuju, mereka rela tidak berurusan dengan kita. nak guna, guna je tapi kenalah pandai-pandai jaga diri.

      Reply
  7. titan says

    12 September 2013 at 18:40

    gua belum terbuka hati lagi nak angkat satu..aduhaii..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      17 September 2013 at 19:52

      Simpan duit banyak2 nak buat apa bro? Ada baiknya hadiahkan jiwa tu dengan sesuatu yang bernilai.. Duit dari blog sebulan pun tak abis la beli ipong 5s nih.. heheh

      Reply
  8. maza says

    12 September 2013 at 19:35

    Oh begitu… maza tidak pernah mengambil peduli perihal iphone ini. Sementara itu maza juga tidak terdaya memilikinya huhuhu…

    Maza kira soal2 maklumat peribadi tidak sepatutnya dikongsikan begitu mudah. Bahaya apatah lagi fitnah di alam maya amat rapuh dan berleluasa.

    Apa2hal pun satu nota nasihat yg baik daripada cikgu.. hehehe

    (y)

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      17 September 2013 at 19:53

      tak berdaya memiliki tak pe. tak berkudis pun tak pakai iphone nih.

      Reply
  9. Bahrain says

    12 September 2013 at 20:06

    tak terfikir plak pasal nie, lagipun bukan pengguna apple. bahaya nie..kena berjaga2x kalau tak habis maklumat bocor silap2x no pin bank pun dia tahu..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      17 September 2013 at 19:54

      gerakan halus yang jarang orang ambik tahu. kalau pun tahu, ramai yang sangat bersangka baik. akhirnya……….

      Reply
  10. Hazmin Hamudin says

    15 September 2013 at 12:41

    Betul ke habis semua maklumat sulit kita apple ambik ni. Masalah jugak apple ni. Adoi.

    Reply
    • Amar says

      16 September 2013 at 19:11

      Gerakan illuminati tu sangat halus.

      Ada banyak app dalam iPhone yang ada fungsi camera yang tak dapat berfungsi tanpa ON-kan Location Service terlebih dahulu. Apple paksa kita beritahu dimana suatu gambar itu diambil. Dengan banyaknya gambar yang dirakam beserta maklumat lokasi, Apple boleh bangunkan peta 3D seluruh muka bumi yang berpenghuni. Apa pun alasan yang Apple beri, pasti ada sesuatu yang disembunyi dan sedang menyusup.

      Reply
  11. hafizmd says

    17 September 2013 at 13:27

    erm…mesti panas topik ni….

    ambe berkenan jugak tgk 5c tu..colourful =)

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      17 September 2013 at 19:56

      kat forum pun panas jugak. ramai yang menyalahkan apple dalam hal ni. isu nasional security jadi bualan seusai keluar iphone 5s.

      Reply
  12. Achik Ezz says

    20 September 2013 at 20:52

    Huhuhu…sebab tu i tak guna product Apple..( tak mampu kot~ ayat cover)

    Reply
  13. Rina says

    25 September 2013 at 08:30

    kian hari produk2 canggih ni makin jauh masuk ke dalam ruang privacy. moga2 ini bukan tanda2 dari konspirasi ….

    Reply
  14. Denaihati says

    3 October 2013 at 12:26

    setuju dengan bro, kena hadkan data peribadi kita daripada diketahui . umumnya sebarang yang melibatkan data peribadi online mesti kita nak hadkan.

    Reply

Trackbacks

  1. Aku Seorang Paranoid Ke? says:
    17 October 2014 at 10:47

    […] kali produk iPhone keluar, ada je yang tak kena dimata aku. Sampaikan fungsi thumb print tu pun aku nak kaitkan dengan pengumpulan data oleh pihak Yahudi. Kelakar kan? Sedangkan semua […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in