Bismillahhirrahmanirrahim.
Tahun lepas (kira-kira dua bulan lepas) seorang ahli akademik di Universiti Malaya berikan pautan intranet kepada Prof Hal bertanyakan pendapat tentang beberapa manuskrip lama yang ada dalam arkib Universiti Malaya. Entah apa ke sengetnya ditanya kepada Prof Hal? Bukan Prof Hal ahli dalam manuskrip Peradaban Melayu pun malahan bukan bidang dia. Prof Hal panjangkan kepada kami melalui email.
Saya akses terus ke FTP. Saya cermati satu demi satu halaman pdf yang ada. Ia tentang sejarah Kesultanan Melayu dan Bugis. Risalah perubatan dan jampi. Dan kitab catatan orang-orang Maarifat.
Saya akui catatan jawinya sangat sulit untuk dibaca. Saya kira ketika ia diarkib, peralatan yang digunakan tak bersedia untuk merakam perinciannya. Ada halaman yang telah rosak ketika dirakam.
Memandangkan pautannya boleh dicapai tanpa perlu saya godam, saya kira ia bukanlah dokumen sulit. Semalam saya sajikan kepada sahabat saya di kampung yang mengaji pondok. Terkulat-kulat juga nak membacanya. Kiranya ada dari kalangan pembaca yang bersungguh nak mengkaji dan menulis semula dalam jawi komputer yang lebih mudah dibaca, dan diambil faham boleh hubungi saya di shamsulamar[alias]gmail.com
Terima kasih.
Kakiblog says
manuskrip lama begini mesti dijaga dengan sebaik mungkin agar ia boleh ditatapi oleh generasi yang akan datang
TehR says
bukan senang nak baca tulisan jawi
tambah2 lagi kitab dan manuskrip lama
Alongxp says
ok, saya dah email kepada tuan
Amar says
OK. Noted. Replied.
Najib Ariyan says
Saya sangat berminat dalam dokumen dan manuskrip lama bersejarah macam tu… kalau boleh nak ikutserta dalam terjemahannya… macam mana saya boleh join hal hal macam ni yer… ada ker saya hanya boleh melalui jawatan tertentu atau boleh sekadar menjadi sukarelawan…
pls email me kalau ada info: [email protected]
Amar says
Menterjemahnya tak perlu, kerana ia memang ditulis dalam bahasa Melayu. Ditulis dalam tulisan jawi. Untuk orang Jawi membacanya. Menulisnya semula ke tulisan rumi ialah kerja sia-sia. Kerja menterjemah boleh dipohon terus kepada ITNM dengan memenuhi beberapa syarat yang mereka tetapkan. Apapun, kita perlu terlebih dahulu memahami “tujuan”.
Dr Fattah says
banyak naskah berharga untuk rujukan di masa depan.